Monday, February 14, 2011

Berbuat Baik dan Mengerjakan Kebaikan


Assalamualaikum,
Saudara, kita teliti pula perbuatan kebaikan yg mendatangkan pahala jika kita melakukannya. Di dalam hadith berikut disebutkan beberapa aspek penting dalam istilah ‘sedekah’. Dalam Islam sesiapa yang bersedekah mendapat ganjaran pahala yang banyak, pahala yang merupakan pelabran untuk hari akhirat. Disebutkan lima bentuk perbuatan yang mendatangkan pahala seumpama pahala bersedekah dengan wang ringgit. 
Diriwayatkan hadith daripada Malik bin Mirth hadith daripada bapanya hadith daripada Abi Zarr (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tabassumuka fi wajhi akhika laka sadaqatun wa-irsaduka bil-ma’rufi wa-nahyuka ‘annil munkari sadaqakun wa-irsyadukar-rajula fil ardid-dolali laka sadaqatun wa-basaruka lil-rajulir-radi-il basorilaka sadaqatun wa-imatotukal-hajara wasy-syaukata wal-‘azma ‘annit tariqi laka sadaqatun wa-ifraghuka min dalwika fi dalwi akhika laka sadaqatun.' [Maksud: Adapun senang engkau akan wajah saudaramu baginya sedekah dan memerintah engkau dengan berbuat kebaikan (adalah) sedekah dan mencegah engkau akan perbuatan mungkar (kejahatan) (adalah) sedekah, dan menunjukkan seseorang lelaki di dalam dunia kerana tersesat bagi engkau (adalah) sedekah, dan menuntun (yakni, memimpin) kepada lelaki buta matanya bagi engkau (adalah) sedekah, dan jika membuang engkau batu dan duri dan tulang dari jalan bagi engkau (adalah) sedekah dan meletakkan engkau dari timba di dalam timba saudaramu bagi engkau (adalah) sedekah.] [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaiki Silaturrahim] 
Bentuk-bentuk perbuatan atau amalan yang dikira sedekah, yakni mendapat pahala sedekah, adalah disenaraikan dalam hadith tersebut seperti berikut: 
 Pertama, menunjukkan air muka yang membayangkan rasa kasihsayang, seumpama tersenyum kepada seseorang saudara Islam apabila berdepan dengannya; 
Kedua, menyuruh saudara Islam lain supaya berbuat kebaikan (amal ma’ruf);              Ketiga, menegah seseorang Islam yang lain daripada melakukan kemungkaran (kejahatan); 
 Keempat, menunjukkan jalan kepada orang yang tersesat jalan; 
 Kelima, memimpin seorang yang buta dalam perjalanan, seumpama untuk menyeberangi jalanraya; 
 Keenam, membuang batu atau duri atau tulang di jalan supaya tidak terpijak oleh orang lain, yg mungkin mencederakan mereka; dan 
 Ketujuh, mengambil air dan memberikan kepada seseorang yang lain.
Begitu mudahnya di dalam Islam mendapat ganjaran pahala seumpama sedekah wang ringgit. Maka dengan itulah di dalam Islam tidak semestinya yang kaya dan berada sahaja boleh bersedekah. Yang miskin atau manusia biasapun boleh mendapat banyak pahala melalui perbuatan baiknya (amal makruf) terhadap manusia lain.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment