Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi perbincangan kita mengenai tajuk di atas dan sinario yg diberitahu kpd kita oleh Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 21, Surah Ibrahim tersebut.
Sinario itu benar dan pasti akan berlaku. Kenapa terjadi? Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita di akhir zaman nanti umatnya akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, semuanya mengakui mereka Islam, tetapi 72 golongan atau firqah tak dapat syurga, tapi masuk neraka. Apabila ditanya golongan satu yg berjaya dapat syurga itu golongan mana? Rasulallah (s.a.w) menjawab golongan yg mengikuti 'ma ana 'alaihi wa-ashabi' (yg bermaksud: yg mengikuti jalanku dan jalan sahabatku), yakni yg berpandukan dan berpegang pada as-Sunnah - sunnah beliau dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin dan mereka itu 'wahiya jama'ah' (yakni, anuti Islam secara berjema'ah). [Hadith at-Termidzi dll].Mereka itulah yg sebenarnya diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'h' itu. Bukan mereka itu amalkan Islam berpegang kpd fahaman mazhab, tetapi berpegang pada as-Sunnah secara berjema'ah spt yg diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). [Nota: Rujuk Ayat 80, Surah an-Nisa' (i.e, taatkan Rasulallah (s.a.w) bererti taatkan Allah (a.w), Ayat 7, Surah al-Haysr (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), Ayat 103, Surah ali-Imran (i.e. hendaklah anuti Islam secara berjema'ah) dan Ayat 59, Surah an-Nisa' (i.e. taatkan 'ulil amri' (yakni, Imam jema'ah) selagi 'ulil amri' tidak mengajar atau menyuruh sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dan juga Ayat 21, Surah al-Ahzab (i.e. ikut contoh Rasulallah (s.a.w) kerana dia adalah 'uswatun hasanah')].
Saudara, kedua-dua golongan - guru atau yg membimbing dan murid atau pengikut - tersasar dari Islam dan syairatnya yg haq kerana tidak akur dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) iaitu: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahi wa-sunnati nabiyi' (yg bermaksud: Aku tinggalkan pada kamu sekelian dua perkara, jika kamu berpegang kpd kedua-duanya dalam kehidupan kamu sebagai umat Islam, maka tidak akan sesat kamu sekelian sedikitpun atau sama sekali, iaitu Kitab Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan Sunnah NabiNya (i.e. as-Sunnah)' [Hadith al-Hakim dll]. Sesiapa yg berpandukan selain dua hazanah panduan dan ilmu ini pasti sesat tidak dapat mencari jalan lurus ke syurga atau tidak dapat kerahmatan Allah (a.w).
Firman Allah (a.w): 'Dan, mereka semuanya (di padang makhsyar) akan berkumpul (i.e. berhimpun) mengadap Allah (a.w), lalu berkatalah orang-orang yg lemah (maksudnya, murid atau orang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari gurunya) kpd orang-orang yg sombong (yakni, guru-guru mereka): 'Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu (i.e. anak murid atau orang yg belajar ilmu dari kamu dan orang yg kamu bimbing), maka dapatkah kamu menghindarkan daripada kami (yakni, menolong kami dari) azab Allah (a.w) biarpun sedikit?' Mereka (yakni, guru atau yg mengajar atau yg membimbing) menjawab: 'Seandainya Allah (a.w) memberi petunjuk kpd kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kpd kamu (semasa di dunia dahulu). Sama-samalah kita (atau samalah bagi kita - kami yg mengajar dan membimbing dan kamu yg diajar dan dibimbing), apakah kita mengeloh atau apakah kita bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari siksaan neraka yg akan kita temui sebentar lagi).' [Ayat 21, Surah Ibrahim]
Ayat itu menyebutkan bahawa jika kita (yg menjadi guru atau pembimbing atau jika kita adalah murid kpd guru atau pengikut kpd pembimbing sesuatu ajaran) tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, sebaliknya berpandukan kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia, maka kita, lambat laun, akan tersasar dan tersesat, kecualilah guru atau pembimbing kita atau kita belajar dari guru atau pembimbing yg ajarannya semata-mata bersandarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah, guru atau pembimbing dan kita akan tersasar dan tersesat. Itulah peringatan Rasulallah (s.a.w). Dan, peringatan Rasulallah (s.a.w) tersebut pasti betul, kerana Rasulallah (s.a.w) bercakap atas dasar wahyu Allah (a.w) [Rujuk Ayat 2 dan 3, Surah an-Najmi].
Saudara, kita wajar berhati-hati dari siapa kita mendapat ilmu atau panduan tentang Islam dan syariatnya, tentang amal dan ibadah yg wajib maupun sunat, tentang bentuk-bentuk amalan atau ibadah, tentang cara dan kaedah mengamal atau ibadahkan, supaya tidaklah kita tergolong dari kalangan murid atau pengikut yg rugi sebagaimana diberitahu dalam Ayat 21, Surah Ibrahim itu. Dan, kalau kita guru atau pemimpin masyarakat atau jema'ah Islam, wajarlah kita semak sumber ilmu dan panduan ugama yg kita ajarkan atau pimpin orang lain atau masyarakat atau jema'ah kita. Kerana jika batil, berat atas kita. Berat kerana dosa dari amalan dan ibadah kita yg batil, dosa kerana mengajarkan orang lain dan dosa yg kita terima dari amalan atau ibadah batil murid atau pengikut kita. Kita pasti masuk neraka. Tak mungkin kita dapat memohon ampun dari mereka yg mendapat ilmu yg batil dari kita, kerana ilmu yg disebarkan akan meresap jauh dan berterusan walaupun kita sudah lama mati! Oleh itu, berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
http://youtu.be/MTBIhKPJKJs
ReplyDelete