Monday, February 14, 2011

Berbuat Baik dan Mengerjakan Kebaikan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat pula sepotong hadith lain setetlah kita teliti satu hadith mengenai tajuk di atas itu, iaiatu hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Jabir bin Abdullah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Kullu ma’rufin sadaqatun wa-inna minal- ma’rufi an talqa akhaka biwajhin talqin wa-an tufrigha min dalwika fi inai akhika.' [Maksud: Tiap-tiap perbuatan baik adalah sedekah, dan sesungguhnya (antara perlakuan) dari kebaikan bahawa menjatuhkan engkau wajah merendahkannya (yakni, merendahkan diri) dan mendatangkan timba engkau (menolong mengambil air) dalam tempat saudara engkau.] [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaiki Silaturahim] 
Di dalam hadith di atas pula disebutkan bahawa antara perlakuan yang danggap sedekah adalah juga perlakuan berikut: 
Pertama, secara umum, semua perbuatan yang baik (amal makruf) adalah berupa sedekah; 
Kedua, sifat merendahkan diri terhadap orang lain, seperti tidak mendongak ketika melihat orang lain, adalah sedekah; dan 
Ketiga, mendapatkan air dan memberikan kepada saudara Islam yang lain adalah sedekah. Ramai orang beranggapan bahawa berbuat baik itu mendatangkan pahala tetapi, tidak ramai yang sedia mengamalkannya. Perkara merendahkan diri itu adalah sifat yang baik bagi seseorang yang Islam. 
Tetapi, hari ini berapa ramaikah orang yang merendahkan diri, yakni memiliki sifat rendah diri, terhadap orang lain. Yang sering diketemui adalah orang yang suka membangga diri, membanggakan kedudkan dan pangkat, keturunan dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Yang sering kita temui adalah orang yang angkuh, bongkak, sombong, besar diri dan menonjolkan keturunan dan kedudukan serta mempamerkan kemewahannya. Apabila berada dalam sesuatu majlis keramaian, dia inginkan sanjungan dan diberikan tempat duduk yang dapat menyerlahkan kedudukan, pangkat atau mertabatnya. Jarang sekali kita temui orang yang merendah diri. Tidak menonjolkan pangkat dan darjat serta kedudukan mereka. Sifat-sifat sedemikianlah sepatutnya berleluasa di kalangan umat Islam yang beriman, kerana semua mereka setaraf. Yang membezakan antara satu sama lain di sisi Allah (a.w) adalah keimanan serta ketaqwaan mereka.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment