Assalamualaikum,
Sauadara, dalam post sebelum ini kita diberitahu tentang ketetapan hadith bahawa janganlah kita tergolong dari golongan orang yg akui dirinya Islam dan beriman, kemudian apabila diberitahu sesuatu ketetapan as-Sunnah dia enggan terima atau berdalih atau berhujjah mempersoalkan ketetapan tersebut. Akibatnya buruk. Terkeluar dari islam. Inilah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 14, Surah an-Nisa', selain ayat-yat yg kita rujuk dalam post itu. malah orang yg sedemikian itu juga tergolong dalam golongan orang yg dimurkai Allah (a.w) pada ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'Ya aiyuhallazina amanu ati’ullaha wa rasulahu wala tawallau ‘anhu wa antum tasma’una.' [yg bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Taatkanlah Allah (a.w) (yakni, ikuti ketetapan al-Quran) dan (taatkanlah) RasulNya (yakni, ikuti ketetapan as-Sunnah) dan janganlah ingkar dari (segala perintahNya dan perintah RasulNya) dan adapun kamu mendengar (yakni, perintah-perintah Allah (a.w) dan RasulNya itu telah diperjelaskan atau diberitahu di dalam al-Quran dan di dalam as-Sunnah).’ [Ayat 20, Surah an-Anfal]
Dan apabila seseorang yang mengakui dirinya Islam dan beliau ‘berikrar’ ‘mentaati Rasulallah (s.a.w)’. Jika setelah berikrar dia tidak pula akur atau ikut ketetapan Rasulallah (s.a.w), maka dia berpura-pura. Malah, dia juga pada hakikatnya tidak mentaati Allah (a.w). Dan, jika tidak taat maka balasannya adalah neraka:
Firman Allah (a.w): 'Wa mai yuti’illaha wa rasulahu wayatta’adu khududahu yudkhilhu naran.' [Yg bermaksud: Dan, barangsiapa menentang Allah (a.w) (yakni, tidak akur dengan ketetapan al-Quran) dan (menentang) RasulNya (yakni, tidak ikut ketetapan as-Sunnah) dan melanggar batas-batas ketetapan yang ditetapkan (oleh Allah (a.w) (seperti yang terdapat dalam al-Quran) dan RasulNya (seperti yang terdapat dalam ketetapan al-Hadith atau as-Sunnah)) dimasukkan ke dalam neraka] [Ayat 14, Surah an-Nisa’]
Di dalam hadith berikut diceritakan suatu peristiwa dan akhirnya menunjukkan bahawa ketetapan Rasulallah (s.a.w) wajib diterima oleh orang iman.
Bahawasanya Abdullah bin Zubair menceritakan: ‘Bahawasanya seorang lelaki daripada kaum Ansar bertengkar, Zubair di sisi Rasulallah (s.a.w) di dalam urusan parit tanah (yang mengalirkan air) yang mengalirkan air ke dalam kebun-kebun kurma mereka. Maka berkata orang Ansar: ‘Melepaskanlah air supaya melalui kebunnya. Maka enggan atas (permintaan tersebut). Maka mengadulah apa-apa yang diperselihkan di sisi Rasulallah (s.a.w). Maka berkata dia: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Bahawasanya ada dia anak ibu engkau? Maka berubah muka Rasulallah (s.a.w) menjadi merah (kemarahan), kemudian berkata: ‘Wahai Zubair! Lepaskan air. Kemudian menahanlah air sehingga kembali kepada permatang.’ Berkata Abdullah (r.a) (yang menceritakan peristiwa tersebut): ‘Maka berkata Zubair: ‘Demi Allah (a.w)! Sesungguhnya aku tidak menyangka aku ini ayat yang diturunkan di dalam demikian: '
Fala wa rabbuka la yukminuna hatta yuhakkimuka fima sajara bainahum thumma la yajidu fi anfusihim harajan mimma qadaita wa yusallimu taslim’ [Yg bermaksud: Dan demi Tuhan kamu! Tidak beriman (mereka) sehingga menghukum kamu (Rasulallah (s.a.w)) di dalam apa-apa perselisihan antara mereka kemudian tidak menjumpai dalam diri mereka keberatan (menerima) dari apa-apa menghukum engkau dan berserah mereka sebenar-benar menyerah (pasrah).’ (Ayat 65, Surah an-Nisa’)[Hadith ibnu Majah]
Di dalam hadith di atas diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) perintah Allah (a.w) dalam Ayat 65, Surah an-Nisa’, bahawa apabila didatangkan oleh Rasulallah (s.a.w) sesuatu hukum atau ketetapan atau keputusan, maka hendaklah diterima hukum atau ketetapan tersebut. Tidak boleh tidak wajib diambil. Jika tidak, perbuatan sedemikian itu menunjukkan keingkaran terhadap Allah (a.w). Justeru itu, sesiapa yang diberitahu sesuatu ketetapan Rasulallah (s.a.w) di dalam as-Sunnah atau al-Hadith dibiarkan atau tidak diambil endah, adalah engkar terhadap Allah (a.w).
Saudara, dalam Islam janganlah kita kerana sesuatu sebab tertentu, kita menolak sesuatu ketetapan as-Sunnah tanpa sandaran ilmu, yakni dalam kejahilan. Hendaklah kita berhujjah atau berkata sesuatu mengenai Islam dgn ilmu. Dan, dalam Islam 'ilmu' itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan kata sifolan atau sianu, walaupun sifolan atau sianu itu adalah ulamak muktabar sekalipun! Yg benar tetap al-Quran dan as-Sunnah bukan kitab karangan manusia. Yg selainnya mungkin benar kalau dia berpandu kpd dua ilmu atau panduan tersebut dan dia faham ketetapan al-Quran dan as-Sunnah yg dia merujuk.
[Nota: Contoh. Apakah 'bida'ah hasanah' itu benar atau batil? Jika ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah mengiyakannya, maka benar; jika tiada, maka batil. Semamangnya 'bid'ah hasanah' itu batil, kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu 'syarrul-umuri' (i.e. seburuk-buruk perkara dalam Islam) adalah 'pembaharuan dalam perkara atau urusan ugama', dan semua atau setiap 'mukhdathatin' (yakni, pembaharuan) adalah bid'ah, tanpa pengecualian, dan setiap atau semua bid'ah adalah kesesatan, dan setiap atau semua kesesatan tempatnya dalam neraka, wal iyazubillah. Mereka yg kekal bertegang dgn perkara ini, kemukakan satu hadith mengenai bid'ah hasanah atau sepotong ayat al-Quran]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment