Assalamualaikum,
Saudara, setelah kita tahu bahawa kita wajib sebut kalimah 'Bismillah' ketika memulakan wudu' dan bukanlah lafaz yg dizahirkan sebagai kelaziman sekarang, kita lihat pula anggota-anggota wudu' dan bagaimana membasuh atau menyapunya dgn air dan had-had basuhan atau sapuan kpd anggota-anggota wudu' tersebut.
Had Basuhan Ketika Berwudu'
Saudara, kita lihat hadith berikut yg amat jelas memberitahu kita bagaimana berwudu' itu dari mula hingga ke akhirnya sebagaimana yg didemokan oleh Abdullah b Zaid, seorang sahabat Nabi (s.a.w):
Diriwayatkan hadith dari Omar b Yahya al-Mazini hadith dari bapanya bahawasanya berkata kpd Abdullah b Zaid b 'Asim, dan adalah dia seorang sahabat Nabi (s.a.w), dan dia adalah datuk kpd Omar b Yahya: 'Adakah dapat engkau apabila menunjukkan kpdku bagaimana ada Rasulallah (s.a.w) berwudu'?' Berkata Abdullah b Zaid: 'Ya!' Maka meminta dia air (untuk) wudu', maka dituangkannya air atas kedua-dua tangannya maka membasuhnya dua kali dua kali. Kemudian berkumur-kumur dia dan menghisap air ke dalam hidungnya tiga kali; kemudian membasuh mukanya tiga kali; kemudian membasuh kedua-dua tangannya dua kali sehingga paras kedua sikunya; kemudian menyapu kepalanya dgn kedua tangannya, maka dimulakannya dgn kedua tangannya memulakannya dari atas dahinya ditariknya ke belakang kepalanya kemudian menjalankan kedua-dua tangannya sampai ke tengkuknya, kemudian dibalikkannya (i.e. ditariknya semula kedua tangannya ke depan) hingga ke bahagian asal yg memulai tadi (yakni, ke bahagian atas dahinya); kemudian membasuh kedua-dua kakinya (sampai ke buku lalinya).' [Hadith an-Nasa'i]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa bapa Omar b Yahya bertanya kpd Abdullah b Zaid, iaitu datuknya, bagaimana Rasulallah (s.a.w) berwudu'. Datuknya, Abdullah b Zaid adalah seorang sahabat Nabi (s.a.w) ketika Nabi (s.a.w) hidup. Maka dia melihat perlakuan Rasulallah (s.a.w) dgn jelas. Maka apabila dipinta oleh Omar, cucunya, dia demokan bagaimana Nabi (s.a.w) berwudu', diapun meminta sebekas air, untuk didemokannya. Maka diceritakannya kpd cucunya, OImar, perlakuan Rasulallah (s.a.w) ketika berwudu'; spt berikut:
1. Membasuh kedua-dua tangannya (di luar bekas air) dua-dua kali - kanan 2 kali dan kemudian kiri 2 kali;
2. Berkumur-kumur bersekali dgn memasukkan air ke dalam hidungnya (dan kemudian hisembur dan dihembuskan keluar) 3 kali;
3. Membasuh muka atau wajahnya 3 kali;
4. Membasuh kedua-dua tangannya sehingga paras kedua sikunya 2 kali kanan, kemudian 2 kali kiri;
5. Menyapu (bukan membasuh) kepalanya dgn kedua-dua tangannya yg dibasahi air wudu' dari kawasan atas dahinya, dgn kedua tangannya ditarik ke belakang sampai ke bahagian tengkuknya dan kemudian ditarik semula kedua tangannya ke depan sampai ke bahagian atas dahi sebagaimana memulakan sapuan tadi; dan
6. Membasuh kedua-dua kakinya sekali kanan dan kemudian sekali kaki kiri.
Hadith di atas itu adalah satu hadith yg meyebut secara lengkap dan sempurna proses berwudu' itu, kecuali ada beberapa perkara yg tidak disebutkan. [Nota: Dalam hadith lain kita diberitahu bahawa kita basuh muka, kedua tangan dan kedua kaki itu sama ada sekali atau dua kali atau tiga kali. Yg terbaik adalah dibasuh tiga-tiga kali, kecualilah menyapu kepala sekali sahaja. Wudu' kita sah kalau dibasuh sekali atau dua kali atau tiga kali. As-Sunnah menunjukkan bahawa had basuhan kedua tangan adalah ke paras siku, kaki ke paras buku lali dan kepala hendaklah disapu seluruh bahagian kepala. Menyapu telinga itu tidak diwajibkan, kerana 'kepala', mengikut sabda Rasulallah (s.a.w), dikira sebahagian dari kepala kita. Namun, boleh disapu telinga selepas tangan yg ditarik ketika menyapu kepala tadi sampai ke atas bahagian dahi, kita teruskan menyapu kedua telinga].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment