Assalamualaikum,
saudara, dalam blog ini kita akan sering peringatkan saudara yg mengikutinya atau yg membaca postnya dan amnya orang yg mengakui dirinya Islam, terutama yg ingin memahami Islam dan ingin mendalami ilmunya mengenai Islam, bahawa kesemua amalan dan ibadah kita itu hanya sah dan diterima Allah (a.w) sekiranya memenuhi dua syarat; iaitu: syarat pertama, niatnya adalah benar-benar ikhlas yakni menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Israk (mencari kerahmatan Allah (i.e. inginkan balasan syurga) dan takutkan siksaan Allah (a.w) (i.e. neraka); dan syarat kedua, amalan atau ibadah tersebut menepati atau sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (banyak ketetapan al-Quran dan as-Sunnah mengenai perspektif in. Rujuk post-post yg lalu).
Saudara, sebagai seorang Islam yg beriman, pastilah kita menjalani kehidupan kita di dunia ini melakukan segala sesuatu dgn harapan agar di akhirat kelak kita terselamat dari neraka dan berada di dalam syurga. Tidak guna kita berjaya di dunia seumpama menjadi seorang jutawan yg tersenarai dalam Guinnesse Books of Records atau Forbes List of the Richests atau List of the Richests in Malaysia dalam Malaysian Business dan seumpamanya, atau kita diberi gelaran Bapa Malaysia Moden atau Bapa Pembangunan Malaysia atau anugerah CEO of the Year atau CEO of the Future atau apa jua gelaran fancy yg dianugerahkan oleh manusia kerana kejayaan kita di dunia, jika apabila mati kita disiksa di dalam kubur tanpa henti-henti, kemudian apabila kiamat dunia kita diserahkan Kitab Catatan Amalan di tangan kiri atau disebelah kiri kita kerana kita adalah ahli neraka yg akan disiksa selama-lamanya!
Saudara, tidak guna kita diberi sanjungan dan penghormatan sebagai ahli ugama atau ulama' tersohor atau Model Ulama' dan seumpamnya jika apabila kita diberikan Kitab Catatan Amalan kita di padang makhsyar kelak, kitab itu tidak mengandungi sebarang catatan amal soleh atau ibadah, walaupun seingatan kita kita telah secara istiqamah mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg wajib dan yg sunat! Bukan setakat itu saja, lebih rugi lagi apakala kita tidak diberi syurga tetapi dicampakkan ke dalam neraka pula! Semua kerana kita tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w).
Sinario di atas itu pasti akan berlaku, kerana Kita diperingatkan spt berikut:
Pertama, taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) maka kita berjaya mendapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa');
Kedua, taatkanlah Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah), maka sudah pasti kita taatkan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa');
Ketiga, kita wajib ambil pakai dan terima serta kerjakan, sekuat mampu, apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) dan tinggalkan (atau, jauhi) apa-apa yg ditegahnya (Ayat 7, Surah al-Hasyr);
Keempat, Rasulallah (s.a.w) itu diutus Allah (a.w) untuk membawakan dan mengajarkan serta mencontohkan manusia Islam (yakni, as-Sunnah), ugama yg ditetapkan oleh Allah (a.w) untuk manusia sejagat (Ayat 107, Surah al-Anbiya);
Kelima, jika kita sayangilah Allah (a.w) maka Allah (a.w) akan menyayangi kita; dan jika kita sayangi Allah (a.w) hendaklah kita ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah), maka sudah pasti Allah (a.w) menyayangi kita dan menghapuskan (atau melebur) dosa-dosa kita (Ayat 31, Surah ali-Imran);
Keenam, janganlah sengaja menjadikan diri kita orang kafir kerana jika kita tidak mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah), kita jatuh kafir (Ayat 32, Surah ali-Imran)
[Nota: Saudara, bagi mereka yg mengaji ilmu al-Quran dan as-Sunnah mengikut kaedah yg betul iaitu secara 'mangkul' = ada guru yg mengajar muridnya (i.e. kita yg belajar) ilmu (yakni, al-Quran dan as-Sunnah) secara berdepan dgn guru yg mendapatkan ilmunya pula secara mangkul, kerana ilmu itu disandarkan kpd ilmu yg diturunkan dari Rasulallah (s.a.w); secara 'musnad' = ada sandaran asal usul ilmu tersebut spt orang yg meriwayatkan hadith tersebut, yakni barisan guru yg mengajarkannya, sampai kpd Rasulallah (s.a.w), orang yg mengasaskan dan menyampaikan ilmu tersebut yg diterimanya dari Allah (a.w), melalui wahyu, dan ditunjukkan praktikalnya oleh Jibrail (a.s); dan ada 'muttasil' = urutan atau barisan guru-murid tersebut bersambung tanpa putus atau wujud gap semenjak diasaskan oleh Rasulallah (s.a.w) berdasarkan isnad penyampai ilmu tersebut.
Saudara, amalan dan ibadah yg didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah sahaja yg sah dan diterima Allah (a.w). Itulah mesej dalam ayat-ayat al-Quran yg kita rujuk di atas itu. Itulah mesej Rasulallah (s.a.w) apabila Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma in tamasaktum bihima, kitaballahu wa-sunnati nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara, jika kamu berpegang kpd kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya.' [Hadith banyak riwayat, termasuk al-Hakim]. Kalau kita gunakan selain al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan dan rujukan ilmu dan amalan, maka sia-sialah segala amalan dan ibadah kita - tidak sah, tercemar, lari dari specsnya dan tidak diterima Allah (.w). Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Man amala amilan laisa amruna fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa (atau sesiapa) yg mengamalkan suatu amalan yg tidak termasuk dalam perkaraku (i.e. as-Sunnah), maka dia (yakni, amalannya) ditolak) [Hadith Bukhari dan Muslim]
Amalan dan ibadah yg selamat adalah yg didasarkan kpd al-Quran dan as-Sunnah. Bukan yg diasaskan kpd kitab atau buku karangan manusia. Bukan secara ikut-ikutan (taklid) atau contoh perlakuan atau cakap-cakap sifolan sifolan. Pendeknya, dalam Islam wajib dan selamat apabila berpandukan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment