Thursday, February 24, 2011

Haji & Umrah Mengikut As-Sunnah: Pahalanya (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, adalah menjadi lumrah dunia bahawa orang yg senang dan mewah itu tidak bersungguh-sungguh mengerjakan tuntutan ugamanya. Yg kaya itu mungkin solat, mungkin berpuasa, mungkin menderma, mungkin berkali-kali melancung ke luar negara, namun berapa kalikah mereka menunaikan umrah dan haji? Dan, berapa banyakkah mereka  menginfaq atau membelanjakan sebahagian kesenangan hidupnya fi sabilillah? Lazimnya, yg kaya itu kedekut berbelanja demi Islam dan umat Islam. Mereka lebih rela berbelanja membazirkan harta dan kekayaan mereka. Yg miskin pula mungkin solat, mungkin beruasa, mungkin menghulurkan derma satu atau dua RM, tapi menghadapi masalah yg berat dalam menyediakan sumber untuk menunaikan haji atau umrah. Namun, bagi yg miskin, mereka boleh menyediakan diri untuk menunaikan haji dan umrah dengan berdikit. kalaulah mereka simpan sebulan RM 100.00 contohnya, mereka dapat RM 1,200.00 setahun x 10 tahun dapat RM 12,000.00 - cukup untuk membiayai dirinya untuk menunaikan haji. Tidak sulit bagi orang yg miskin itu menyimpan untuk ibadah hajinya. Bukankah simpanan sedemikian itu amat berkat?
Selain itu, orang kaya dan berada yg faham Islam dan tuntutannya pasti bersedia menyumbang kpd biayaan orang miskin menunaikan haji mereka. Tidak rugi mereka membelajkan RM 10,000.00 kpd seorang yg miskin untuk membolehkan dia menunaikan hajinya. Malah jutawan Islam berpeluang banyak untuk melabur demi akhirat mereka dgn membiayai kos ibadah haji bagi seramai mungkin orang iman tidak mampu atau berkemampuan untuk menunaikan haji. Kalau disponsor 100 orang dgn kos RM 10,000.00 seorang, dia hanya membelanjakan sejumlah RM 1,000,000.00 sahaja setahun (harga lebih murah dari harga kereta Ferrari atau Lamborghini yg dibelinya yg tidakpun mempunyai nilai second-hand, dan menambah pula kpd dosanya apabila dia berlagak dgn sombong pula di depan manusia lain. Dan, lebih teruk lagi, dia mungkin tergolong dari kalangan orang yg membazirkan harta - sifat yg dibenci Allah (a.w) pula!] 
Allah (a.w) berfirman dalam al-Quran: 'Innal mubazzirina kanu ikhwatus-syayatini' (yg bermaksud: Orang-orang yg membazirkan harta itu adalah sahabat akrab syaitan!) [Ayat 27, Surah al-Isra']
Bagi orang yg kaya berstatus jutawan, perbelanjaan itu hanyalah 100000/jutaaan yg dia ada melebihi keperluan kelaziman hidupnya dan keluarganya. Sedikit saja. Dan, pahalanya begitu besar. Kerana dia memperolehi pahala seumpama mengerjakan 10 kali haji pada tahun itu. Kalau dia, lakukan setiap tahun selama 10 tahun, bererti dia mendapat pahala haji sebanyak 100 x 10 atau 1,000 kali menunaikan haji! Dengan syarat, orang yg disponsornya itu mengerjakan hajinya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Dan, dia juga melaksanakan Islam untuk dirinya menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Yg sponsor untung dan yg disponsorpun untung, tak siapa rugi dalam Islam!
Sebaliknya, kalau dia jutawan, dia menderma dan bersedekah, kemudian dihabhebohkan pula. Tiada pahala, malah dia mendapat dosa pula sebagai orang yg riak. Batal pula keIslamannya!
Insya Allah, kita akan teliti perkara ini kemudian nanti. Ini adalah salah satu kurniaan Allah (a.w) kpd mereka yg dikurniakan Allah (a.w) rezki yg melimpah ruah yg membolehkan dia menempah tempat terbaik di syurga, masya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment