Friday, February 11, 2011

Peringatan Pada Hakim (Juru Hukum)

Assalamualaikum,
Saudara, di dalam Islam hakim atau juru hukum tu berat tanggungjawabnya dan besar peranananya. Di dalam Islam seseorang yg ingin menjadi hakim, hendaklah dia benar-benar faqih dalam ilmu al-Quran dan as-Sunnah, kerana, itulah ketetapan atau hukumhakam yg haq. Segala sesuatu dalam keadilan itu berpunca dari dan ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah.
Hari ini ada 'undang-undang syariah' ada sistem kewangan syar'iyah, tetapi sebenarnya belum menepati ketetapan Islam. Kerana, belum ada ahli hukum yg benar-benar faham dan faqih dalam undang-undang Islam yg haq. Namun, sedeikit sebanyak telah dimulai usaha untuk menterjemahkan keadilan Allah (a.w) di dunia, walaupun masih dikira rudimentary - masih teramat jauh. Kadang-kadang, kerana mengikuti pendapat dan pandngan manusia, hukumhakam Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu tidakpun dinbatkan!
Diriwayatkan hadith dari abi Buraidah hadith dari bapanya hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Juruhukum itu ada tiga golongan. Satu golongan masuk syurga dan dua golongan masuk neraka. Maka adapun yg berjaya mendapat syurga itu adalah lelaki (yg menjadi juruhukum) yg arif dengan yg haq (i.e. kebenaran) dan menghukum dia dgn kebenaran. Dan, lelaki (juruhukum) yg arif tentang kebenaran, tetapi durhaka dia di dalam menghukum (yakni, menghukum dgn sebaliknya, yakni kebatialn), maka dia dalam neraka. Dan, lelaki yg menghukum manusia dalam kejahilan (yakni, dia tak tahu, tetapi tetap berlagak tau), maka dia di dalam neraka.' [Hadith Abu Daud, Kitab Kehakiman]
Ketetapan ini terpakai bukan sahaja kpd hakim atau juruhukum, tetapi juga kpd mereka yg menjadi pembela, i.e. pendkwa dan peguambela. Dalam perundangan dunia, banyak perkara boleh terjadi, kerana kejahilan atau kerana kurang fakta atau maklumat, maka penyelesaian yg batil terjadi. Atau, ada pertimbangan-pertimbangan strategik atau kepenting yg menjadikan orang yg mendakwa dan orang yg membela melakukan sesuatu, walaupun salah, tetap cuba menegakkan kebenaran, terutama dipihak lawan mereka tiada maklumat yg cukup mengenai kes tersebut. Mereka juga tertakluk kpd ketetapan ini.
Mudah-mudahan, mereka yg ingin jadikan lapangan mencari rezki mereka undang-undang, spt juruhukum, pendakwa dan pembela, berhati-hati supaya jangan terlepas di dunia di akhirat tetap gagal, kerana majoriti (i.e. 2/3) akan masuk neraka sekiranya tidak berpandukan yg haq.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment