Assalamualaikum,
Saudara, terpampang di muka depan akhbar Utusan Malaysia (UM) hari ini (17 Feb. 2011) komen Dr Mahathir Mohamed, mantan PM Malaysia, terhadap Tok Guru Nik Aziz, MB Kelantan. Saudara boleh baca apa kata beliau tentang Tok Guru itu. UM kata komen Mahathir itu 'pedas', dan disenaraikan rumusan penulis (atau UM); iaitu: pertama, Tujuan hidup Nik Aziz adalah nak menang pilihan raya dan kekal memerintah bersama DAP dan PKR [Nota: Rumusan yg sama juga boleh ditujukan kpd Mahathir dan UMNO. Mana ada parti atau orang politik tak lakukan segala sesuatu untuk menang pilihanraya?]; kedua, Nik Aziz adalah 'nasionalis', kata Mahathir, tapi nasionalis jagohan dalam tempurung aja kerana tidak melihat nasionalisma dalam konteks global [Nota: Tiada gunanya nasionlaistik kalaulah tidak membela ugama Allah (a.w), umat Islam dan bangsa sendiri]; ketiga, Mahathir tidak akui bahawa dia semasa menerajui kerajaan pusat selama 22 tahun bertanggungjawab menghapuskan 'tulisan Jawi' walhal dalam eranya banyak dibangunkan sekolah-sekolah ugama moden. [Nota: Yg jelasnya 'tulisan jawi' mula tandus dan hidup beragan mati tak mau dalam era tersebut. Sehinggakan hari ini begitu ramai orang Melayu, termasuk yg berusia 50 tahun ke atas yg buta-jawi. Mengapa. Kerana tidak diberikan penekanan oleh kerajaan dalam era beliau sehingga sekarang. Maka, akibatnya, sukar nak mendalami ilmu ugama Islam].
Kemudian, akhbar UM merumuskan intipati kata-kata Mahathir: 'Saya akui pengetahuan agama Nik Abdul Aziz dalam tetapi alangkah baiknya jika beliau berhenti daripada menyalahtafsir Islam demi kepentingan politik diri sendiri. Tidak ada siapa yg dapat lari daripada hari pengadilan yg dijanjikan Allah (s.w.t)' [Lihat lapuran muka depan UM]

Menarik, rumusan Mahathir dalam dua ayat ini. Ayat pertama menyebutkan bahawa Nik Aziz mensalahtafsirkan Islam. Apakah orang yg berkata sedemikian itu telah betul mentafsirkan Islam, khususnya al-Quran dan as-Sunnah? Majoriti para ulama' dan ilmuwan Islam hari ini salah tafsirkan al-Quran dan 'salah-tempatkan' pula as-Sunnah. Mereka lihat dan tafsirkan al-Quran melalui kacamata atau teropong fahaman kemazhaban, walhal mereka sendiri tidak tahu bahawa ajaran yg mereka ikuti bukanlah ajaran orang yg mereka katakan 'pengasas fahaman kemazhaban' [Nota: Sila rujuk nasihat imam yg empat yg kita muatkan dalam blog ini]. Ayat kedua itu benar. Mahathir dan Nik Aziz akan mendapat keadilan atas tindak-tanduk masing-masing sebagai orang Islam dan sebagai pemimpin di akhirat kelak. Itu memang pasti. Kitapun sama. Sebagai individu kita akan diadili. Sebagai orang yg diberi pula tanggungjawab kepimpinan, dalam apa jua bentuk, akan diadili pula sebagai pemimpin.
Mahathir akui Nik Aziz memiliki 'ilmu' dalam perkara ugama, lebih mendalam ilmunya berbanding beliau. Mungkin. Namun, tak semua orang yg kelihatan secara lahiriah ahli ugama itu, benar-benat faham tentang ugamanya. Ramai ulama' dan ilmuwan Melayu yg tersohor sebagai ulama' - menjadii menteri ugama, menjadi mufti, menjadi pemimpin NGO Islam, menjadi penasihat ugama, menjadi profesor dan lain-lain ahli akademik dan menjadi 'pakar motivasi' pula. Tapi, apakah mereka benar-benar faham Islam? Apakah mendalam ilmu mereka tentang Islam?

Apakah mereka faham Islam? Apakah mereka faqih dgn syariat Islam? Belum tau.Kita telah kerapkali sebutkan bahawa orang yg faham Islam dan tuntutannya itu adalah orang yg faham bahawa ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu sama tarafnya dan sejalan. Tapi, hari ini berapa ramaikah ulama' dan ilmuwan yg benar-benar faham bahawa, sebagai contoh, Islam iitu hanya sah jika dianuti secara berjema'ah dan ada kepimpinan Islam dalam jema'ah Islam? Segala sesuatu tentang Islam dan syariatnya itu diperjelaskan dan diperincikan oleh as-Sunnah? Dan, wajib umat Islam berilmu tentang as-Sunnah untuk benar-benar dapat melaksanakan perintah dan suruhan Allah (a.w) dan RasulNya?
Orang yg boleh dianggap faham Islam dan mendalam ilmunya mengenai Islam adalah orang yg faham dan faqih tentang Islam dan syariatnya serta segala dimensi penterjemahan pengadbian kpd Allah (a.w) itu. Paling kurang mereka alim atau berilmu tentang al-Quran, bukan setakat pandai membaca (seumpuma Us Azahari, yg tersohor seluruh dunia Islam sebagai qari), bukan orang yg al-Hafiz (seumpama Dr Harun Din al-Hafiz), bukan juga orang yg faqih dalam tafsir al-Quran, kalau orang-orang yg sedemikian itu tidak alim atau memiliki ilmu yg banyak dan faham serta faqih pula dgn ilmu as-Sunnah atau al-Hadith. Bukanlah orang yg menjadi champion fahaman kemazhaban, kerana dalam Islam tiada tuntutan supaya anuti Islam secara bermazhab. Malah Islam melarang bermazhab, kerana perlakuan sedemikian itu, memecahbelahkan Islam [Nota: Rujuk al-Quran dan as-Sunnah yg banyak menyebut suoaya jangan berfirqah]. Segala sesuatu yg menyebabkan perpecahan Islam atau rosaknya perpaduan Islam melalui apa jua kaedah dan strategi orang yg terlibat, maka itu ditegah. Itu ketetapan haq dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Hari ini pemimpin Melayu, bukan setakat memecah-belahkan umat Melayu kerana bawaan politik dan ideologi yg ditelan bulat-bulat dari pemikir politik, sosiologi, ethnicity dan sebagaimana dari Barat, tetapi lebih parah lagi pemimpin Melayu kerana politik, memecah belahkan mereka dalam ugama pula. Dimanakah perterjemahan firman Allah (a.w) dalam Ayat 10, Surah al-Hujurat bahawa setiap orang iman itu adalah saudara kpd orang iman yg lain, maka hendaklah berbuat baik dan mengasihi antara satu sama lain. Dan, as-Sunnah memperincikan lagi akhlak tentang silatur rahim dan persaudaraan itu. As-Sunnah menyuruh kita jangan mengaibkan satu sama lain, jangan memaki hamun, mencari dan mencerca satu sama lain, jangan menjatuhkan air muka saudara yg lain, dan banyak lagi perintah. Di beritahu pula ada perbuatan melalui kata-kata dan tindak tanduk yg membatalkan segala kebaikan yg kita kerjakan. Dalam politik, kesemua ketetapan al-Quran dan as-Sunnah itu seringkali dilanggar. Kadang-kadang tindak tanduk kita sebagai orang yg kononnya Islam jauh lebih buruk dari orang yg tidak Islam. Terkadang kita jadikan orang bukan Islam rakan akrab dan kita musuhi orang Islam pula!
Janganlah kita jadi bapa ketam yg mengkritik anaknya tidak berjalan lurus. Janganlah kita jadi bapa yg burik namun tak tahu dan mengkritik pula anaknya yg rintik pula! Janganlah kita nampak kuman di seberang sungai, walhal gajah di depan mata kita tak nampak!
Hisablah diri sendiri, bak sabda Rasulallah (s.a.w), sebelum kita dihisab di depan Allah (a.w).
Sebenarnya sistem politik dan kepimpinan Islam itu adalah terbaik, kalaulah kita yg Islam, termasuk orang Islam spt Nik Aziz dan Mahathir benar-benar faham Islam itu. Kefahaman hanya diperolehi dari usaha mengaji dan mempelajari Islam sebagaimana yg diterjemahkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam realiti dunia, yakni fahami dan ikutilah as-Sunnah. Mari mengaji. Buat permulaan ikutilah blog ini, insya Allah (a.w), dapat diberikan kefahaman tentang Islam dan syariatnya yg haq dalam semua persepektif dan dimensinya. Islam bukanlah apa yg difahami oleh majoriti orang Melayu, iaitu tiada sangkut paut dgn dunia. Mereka tersilap. Islam adalah untuk dunia dan untuk akhirat. Dunia mencorakkan akhirat kita.

Allah (a.w) tidak mewujudkan dichotomy - Islam itu ugama dan dunia itu secular - tidak ada perpisahan antara Islam dan dunia. Apa yg dilakukan di dunia akan mencorakkan apa yg kita dapat diakhirat. Kita menerima habuan dunia di akhirat, walaupun kita sering lupa dan alpa seolah-olah habuan dunia itu apa yg kita dapat di dunia, dan di akhirat itu lain, tidak ada relevannya! Islam amat relevan dgn dunia. Semua pemimpin harus faham bahawa di akhirat kelak, mereka akan ditanya apakah yg telah mereka lakukan demi Islam dan demi umatnya dan demi rakyat yg diterajuinya dan dipimpinnya ... sebelum dihisab Kitab Catatan Amalannya.
Jazakallahu khairah
Tuan,
ReplyDeleteNak dapatkan penjelasan tentang tulisan bab Abdullah bin Ubay yang bina Masjid Dhirar.
Kalau seorang munafiq atau fasiq buat masjid, bagaimana ya?
Kalau seseorang tu, buat perkara yang baik, tapi dia seorang yang makan rasuah, aniaya orang lain, dan/atau dari pendapatan rasuah bagaimana ya?
Kira ok ke kebaikannya sekiranya banyak dari perbuatannya banyak yang sebaliknya.
A.Alshukor