Saturday, February 26, 2011

Peringatan: Segala Perlakuan Diperhati dan Dicatit

Assalamualaikum,
Saudara, setiap manusia itu sentiasalah setiap saat dan ketika ditemani oleh dua kumpulan malaikat yang memerhati dan mencatitkan segala perlakuan dan perbuatannya. Mereka disebut ‘Kiraman’ (maksudnya, yg mulia) dan ‘Katibin’ (maksud, yg mencatit). Dalam ayat yg lain disebutkan malaikat Rakib (maksudnya, yg hampir) dan Atid (bermaksud, yg sentiasa hadhir). Ini disebutkan di dalam firman Allah (a.w) berikut: 
Firman Allah (a.w): 'Wainna ‘alaikum lahafizina @ Kiraman katibina @ Ya’lamuna ma ta’lamuna) [Maksud: Sesungguhnya padamu ada malaikat-malaikat yang menjaga (yakni, mengawasimu) @ Kiraman (yakni, yang mulia-mulia) dan Katibin (yakni, penulis yang mencatat) @ Mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan (yakni, sesungguhnya semua amalan perbuatanmu tercatat dengan teliti oleh para malaikat yang taat dan jujur, mencatat semua amal baik dan buruk.][Ayat 10, 11 & 12, Surah al-Infithar] 
Malaikat tersebut tidak pernah berbohong dan sentiasalah taat mencatitikan segala sesuatu yang kecil mahupun yang besar. [Nota: Ada ulama' berpendapat bahawa malaikat itu tidak ikut serta ketika kita berada dalam tandas. walaupun demikian, segala sesuatu itu diketahui oleh Allah (a.w). Ada ulama' berpandangan segala wirid dan zikir kita hanya hendaklah dikumatkamitkan mulut supaya dilihat oleh malaikat yg mencatit kerana malaikat tidak tahu sesuatu yg tidak dizahirkan. Wallahu 'alam]
Yang penting diingatkan adalah ilmu Allah (a.w) itu meliputi segala sesuatu. Sebenarnya tidak perlulah ada orang yang menjaga dan mencatit kerana Allah (a.w) mengetahui segala sesuatu. Tetapi, sebagai al-Malik (raja segala raja) wajarlah ada hamba-hambaNya yang diberi tugas untuk mencatit perlakuan hambaNya.
Saudara, sesiapa yg mengaji al-Quran dan as-Sunnah, secara berguru, akan diberitahu bahawa setiap kita yg Islam dan iman itu akan diserahkan Kitab Catatan Amalan masing-masing di padang makhsyar kelak. Disebutkan di dalam al-Quran jika diserahkan dari arah kiri, pastilah kita ahli neraka. Jika diserahkan dari arah kanan atau di tangan kanan kita, maka pastilah kita ahli syurga. Setiap seorang kita memiliki 99 buah Kitab. Dan, diberitahu dalam hadith bahawa setiap lembaran (atau muka surat) dalam Kitab itu adalah sepanjang sejauh mata memandang. Segala sesuatu itu dicatitkan. Mereka yg Islam tetapi mengerjakan amalan tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah akan dapati segala amalan dan ibadah yg dikerjakannya sepanjang hidupnya tidak dicatitkan (yakni, kosong sahaja) dalam Kitab Catitatan Amalannya, kerana Allah (a.w) tidak terima segala amalan dan ibadah yg tidak didasarkan dgn ilmu yg haq - al-Quran dan as-Sunnah - atau tidak menepati apa yg diajarkan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Ingatkan kembali firman Allah (a.w) bahawa Rasulallah (s.a.w) itu adalah 'uswatun hasanah' (i.e. model ikutan terbaik dalam semua perkara, terutama dalam perkara amalan dan ibadah. Ingatkan firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: janganlah kamu kerjakan atau lakukan sesuatu amalan dan ibadah tanpa kamu terlebih dahulu tahu ilmu mengenainya) [Ayat 36, Surah al-Israk] dan Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam as-Sunnah: 'Al-ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan dan ibadah) [Hadith Abu Daud]. Dan, Rasulallah (s.a.w) ingatkan kita bahawa ilmu yg haq (yakni, benar) mengenai Islam dan syariatnya adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Dan juga, peringatan Rasulallah (s.a.w): 'Man 'amala 'amilan laisa amruna fahua raddun' (yg bermaksud: Sesiapa yg mengamalkan suatu amalan dan ibadah yg tiada dalam perkara yg aku (Nabi) bawakan, maka dia (i.e. amalan dan ibadahnya) di tolak (oleh Allah (a.w)) [Hadith Muslim]
Saudara, 
sebelum kita terlambat, menyesal kemudian takda gunanya, yakni ketika kita masih hidup dan brkesempatan membetulkan amalan dan ibadah kita, maka wajiblah kita mengaji dan belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Supaya tidaklah kosong catatan kebaikan (i.e. pahala) kita, walhal, sebaliknya pula, segala keburukan yg kita lakukan sama ada didasari ilmu atau tidak tetap dicatatkan sebagai dosa!

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment