Assalamualaikum,
Saudara, ada diantara kita yg miskin atau faqir, hanya mampu bak kata pepatah kais pagi makan pagi kais petang makan petang. [Nota: dalam Islam, 'faqir' adalah kedudukan yg lebih dhaif dari yg dikelompokkan sebagai 'miskin'. Faqir hanya dapat sumber untuk sara hidup untuk hari itu sahaja, saraan esok perlu dicari pula esok. Kalau tak dicari rezki esok, akan kelaparan. Miskin mendapat saraan hidup untuk hari itu dan ada lebih sedikit untuk disimpan untuk saraan hari esok. Jadi, perlu tambah sahaja esok. Kalau tak bekerjapun ada sedikit sumber untuk sara hidup esok, walaupun tak cukup kalau tidak dicari lagi esok].
Ada dikalangan kita yg kaya dan mewah. Apa yg dibelanjakannya sehari dikelab eksklusifnya cukup untuk menyara sara hidup sebuah keluarga enam orang biasa sebulan! Bagi kita yg mengaji as-Sunnah, kita akan diberitahu bahawa begitu ramainya ahli neraka itu terdiri dari orang yg kaya, kerana mereka kufur nikmat. Kerana membazirkan rezki kurniaan Allah (a.w) adalah kufur nikmat.
Saudara, kalaulah kita sudah mampu untuk menunaikan umrah atau haji, dan kita bersedia untuk memulakan perjalanjan kita untuk menunaikan haji, kemudian ditakdirkan sampai ajal mati kita belum sempatpun menunaikan haji bagaimana?
Diriwayatkan hadith dari 'Atak b Yazin al-Laithiyi hadith dari Abu Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (atau sesiapa) yg keluar (dari rumahnya) untuk menunaikan ibadah haji, maka mati dia (belum sempat mengerjakan hajinya), ditulis baginya oleh Allah (a.w) pahala mengerjakan haji sempurna sehingga kiamat dunia; dan barangsiapa (atau sesiapa) yg keluar (dari rumahnya) untuk mengerjakan umrah, maka mati dia (sebelum sempat mengerjakan umrahnya), ditulis baginya pahala umrah yg sempurna sehingga kiamat dunia; dan barangsiapa (atau sesiapa) yg keluar (dari rumahnya) untuk berperang fi sabilillah, maka mati dia (sebelum sempat berperang), ditulis Allah (a.w) baginya pahala seumpama orang yg berperang fi sabilillah sehingga tiba kiamat dunia.' [Hadith at-Tobrani]
Saudara, demikianlah besarnya pahala orang yg telah menyediakan dirinya untuk mengerjakan haji atau umrah itu. Sebaik sahaja dia melangkah turun tangga rumahnya, tiba-tiba dia terjatuh atau tersungkur dan mati, belumpun sempat naik kapal atau kapalterbang, belumpun menjejak kakinya di Arab Saudi, dia diberi pahala oleh Allah (a.w) seumpama sempurna mengerjakan haji atau umrahnya! Begitulah pemurahnya Allah (a.w) dan begitu besar ganjaran pahala menyediakan diri untuk menunaikan haji atau umrah itu.
Mudah-mudahan, saudara yg sudahpun mampu bersegeralah mengerjakan haji. Kerana kita ada dua pilihan sahaja; iaitu: pilihan pertama, apakala sudah mampu wajib mengerjakan haji kerana ditakuti jika tak sempat mengerjakan haji, sampai ajal kita, maka mati kita, matilah sebagai seorang kafir, wal iya zubillah; atau pilihan kedua, kalau kita sudah mampu dan bersedia untuk mengerjakan haji, malangnya, ajal kita sampai belum sempat mengerjakan haji, kita diberi pahala seumpama mengerjakan haji sempurna. Alangkah baiknya pilihan kedua itu??
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment