Sunday, February 20, 2011

Peringatan kpd ulama' dan Ilmuwan Islam!

Assalamualaikum,
Saudara, kita yg Islam pastilah sering diperingatkan oleh Allah (a.w) jikalah kita membaca al-Quran dan faham makna atau isi kandungan dan mesej al-Quran itu. Kita juga sentiasa diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) sekiranya kita mengaji dan belajar al-hadith atau as-Sunnah secara berguru. Kerana, semua yg tertulis di dalam al-Quran dan yg tercatit dalam hadith adalah peringatan bagi kita.
Kita tidak mungkin dapat diperingatkan oleh seseorang atau sesiapapun jika kita tidak membuka dan membaca atau belajar secara berguru tafsir al-Quran. Begitu jugalah dgn al-hadith. Malangnya, hari ini kebanyakan para ulama' dan para ilmuwan juga termasuk, sering meneliti manuskrip atau kitab-kitab atau buku-buku yg ditulis oleh orang-orang yg menjadi idola mereka yg mereka nobatkan di hati sebagai ulama' atau ilmuwan yg tersohor dan dikagumi kepintaran otak mereka. Maka dgn itu, apabila mereka berceramah atau menyampaikan kuliyah kpd audience mereka spt mahasiswa dalam kelas atau bilik syarahan atau anggota qariah suatu majlis atau program ilmu spt Kuliyah Subuh atau Kuliyah Maghrib atau kpd hadiran umum dalam ceramah atau tazkirah atau bengkel atau seminar atau simposium, mereka akan membawa bersama mereka kitab-kitab atau buku-buku atau tulisan-tulisan sedemikian. Mereka tidak akan bawa al-Quran dan jauh sekali kitab-kitab himpunan hadith sumpama Sahih Bukhari/Muslim atau Sunan Abu Daud, sebagai contoh. Al-Quran dan as-Sunnah tidak lagi dijadikan asas atau panduan pokok dalam membincangkan Islam dan syariatnya! Walhal, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa ilmu yg wajib dijadikan panduan dan sandaran ilmu dan amalan adalah al-Quran dan as-Sunnah. Jelaslah, hari ini manusia lebih mengutamakan pendapat dan pandangan manusia dan bukan ketetapan Allah (a.w) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w)! Ramai para ilmuwan dan ulama' semasa yg mungkin terasa kolot atau ketinggalan zaman kalaulah mereka bercakap sesuatu dan kemudian membuka al-Quran dan kitab hadith. Mereka lebih yakin dgn imej ilmuwan dan ulama' zaman maya ini kalaulah ada di sisi beliau beberapa kitab atau buku karangan ulama' tersohor. Mereka merasa bangga quote atau sebut nama-nama mereka itu apakala bersyarah atau bercakap.
Saudara, kita diperingatkan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut supaya jangan tergolong dari kalangan orang yg mengutamakan kitab-kitab atau bukuk-buku karangan manusia dalam membicarakan perkara Islam dan syariatnya, dan ketepikan al-Quran dan as-Sunnah.
Rasulallah (s.aw) bersabda: 'Barangsiapa yg membaca al-Quran (yakni, dia meneliti ketetapan al-Quran dan termasuklah as-Sunnah) maka melihat dia bahawa ada seorang yg diberikan sesuatu (kitab atau buku atau panduan) yg dia berpandangan lebih utama (atau baik) daripada al-Quran (atau as-Sunnah) yg telah diberikan kpdnya (yakni, ada dalam miliknya atau dalam pengetahuannya), sungguh-sungguh dia telah mengagungkan (i.e. menomborsatukan) sesuatu yg diremehkan (atau diperkecilkan oleh) Allah (a.w) (dan Rasulallah (s.a.w)) dan dia meremehkan (atau menomborduakan) sesuatu yg diagungkan (atau diutamakan atau dinomborsatukan) oleh Allah (a.w) (yakni, al-Quran dan juga as-Sunnah). [Hadith at-Tobrani]
Saudara, hadith ini memperingatkan kita bahawa dalam perkara Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg terkait dgnnya, kita tidak boleh utamakan cakap-cakap atau kata-kata manusia, dan tinggalkan kalam Allah (a.w) dan as-Sunnah. Maka dgn itu dalam majlis ilmu yg haq itu, penceramah atau guru atau mahaguru akan merujuk dahulu kpd al-Quran dan as-Sunnah kemudian barulah dia merujuk kpd beberapa pendapat manusia. Pendapat manusia lain itu diteliti semata-mata untuk menunjukkan kpd audience penjelasan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan bukan untuk mentafsirkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah secara batil atau songsang, kerana ingin memberi justifikasi kpd sesuatu yg berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Contoh: Ramai ulama' dan ilmuwan menyebut tentang 'bid'ah hasanah'. Mereka merujuk kpd pendapat beberapa 'ulama' tersohor yg membolehkan 'bid'ah hasanah' diamalkan, walhal Rasulallah (s.a.w), secara trang lagi khusus, melarang. Ini adalah kebatilan. Contoh: Ramai para ulama' dan ilmuwan Islam mentafsirkan kalimah 'jami'an' dalam Ayat 103, Surah ali-Imran sebagai 'kesemuanya' atau 'keseluruhannya', walhal kalimah 'jami'an' itu bermaksud 'secara berjema'ah', kerana kalimah yg sama digunakan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Ini adalah kebatilan. Inilah contoh manusia menomborduakan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan menomborsatukan pendapat atau pandangan manusia.Kerana pentafsiran yg berpandukan pendapat manusialah hari ini umat Islam tidak faham konsep dan hakikat berjema'ah itu. Dan, kerana itulah syarat mutlak dalam Islam bahawa Islam dianuti secara berjema'ah itu terbiar dan tidak pernah dibincangkan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam!
Mereka yg berpendirian sedemikian itu tergolong dari kalangan orang yg disebutkan dalam hadith di atas itu. Mereka telah diperingatkan. Tapi, secara terang-terangan menolak ketetapan Rasulallah (s.a.w). Maka mereka tersesat dan menyesatkan pula orang lain, wal iyazuibllah.
Semoga kita terselamat dari menjadi ahli kpd golongan yg dimurkai Allah (a.w) sebagaimana yg diperingatkan oleh hadith di atas itu, insya Allah

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment