Sunday, February 6, 2011

Keluar dari Islam jika ...? (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam blog ini telah diturunkan ketetapan as-Sunnah tentang kebatilan 'bid'ah', termasuklah 'bid'ah hasanah'. Namun, majoriti umat Islam di Malaysia - malah di mana-manapun - sangat menentang sesiapa atau mana-mana pihak yg memperingatkan mereka mengenainya. Yg menentang itu adalah orang yg merasai dirinya pengikut setia fahaman kemazhaban, termasuk para ulama dan ilmuwan Islam. Kita telahpun tuliskan tak lama dulu bahawa ulamak muktabar yg mereka katakan pengasas fahaman mazhab, iaitu Imam as-Syafie (Mazhab as-Syafie), Ahmad ibnu Hanbal (Mazhab Hanbali), Abu hanifah (Mazhab Hanafi) dan Malik b Anas (Mazhab Maliki), sendiri telah menidakkan sesuatu: iaitu buang ajaran mereka jikalah ada ketetapan as-Sunnah yg bertentangan dgn pendapat atau pandangan mereka. Mereka tidak suruh ambil pandangan mereka jika pandangan mereka itu menyalahi as-Sunnah. Tapi, hari ini begitu banyak ketetapan kemazhaban yg dikatakan ajaran mazhab yg bertentangan dgn as-Sunnah, kita jadikan amalan yg dikatakan tidak boleh ditinggalkan! Ketetapan atau pandangan atau ajaran sedemikian itu seolah-olah menetapkan bahawa 'fahaman mazhab' mengatasi atau mendahului ketetapan as-Sunnah. Suatu pendirian yg sama sekalu melanggar ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa, Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat7, Surah al-Haysr! [Nota: Silabaca semula dan fahami kata penutup imam-imam mazhab tersebut]
Saudara, dalam post yg lalu mengenai tajuk ini kita telah turunkan sepotong hadith yg jelas memberi peringatan kpd kita semua, supaya jangan lakukan larangan hadith tersebut. dalam post ini kita turunkan sepotong hadith tentang akibat mengamalkan, mengajarkan dan menyebarluaskan bid'ah (termasuklah 'bid'ah hasanah') sebagai peringatan kita. Akurlah, kalau saudara inginkan kejayaan dan keselamatan dan kesejahteraan di akhirat. Yg rugi bukan penulis post ini, yg rugi saudara semua. Tepok dada tanyalah iman kita...
Saudara, Allah (a.w) peringatkan kita dalam firmanNya berikut yg menyuruh kita ikutilah Raslallah (s.a.w) atau as-Sunnah: 
Firman Allah (a.w): ‘Katakan olehmu (wahai Muhammad (s.a.w)) ‘Wahai sekelian manusia sesungguhnya aku adalah Pesuruh Allah (a.w) kepada kamu sekelian, (diutus oleh Allah (a.w)) zat yang menguasai (tujuh lapis) langit dan bumi, tiada Tuhan (yang berhaq disembah) melainkan Dia, (Dia) Yang Menghidupkan dan Yang Mematikan. Oleh itu berimanlah kamu kepada Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan kepada RasulNya (yakni, as-Sunnah atau al-Hadith), Nabi yang ummi (tidak berpelajaran, maksudnya tidak berpelajaran sbelum diangkat Rasul) beriman kepada Allah (a.w) dan kalimah-kalimahnya (yakni, al-Quran) dan ikutilah dia (yakni, ikutilah Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w)), mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk (atau hidayah).’ [Ayat 158, Surah al-A’raf] 
[Nota-1: Rasulallah (s.a.w) bersifat 'ummi' bukanlah 'buta huruf' sebagaimana yg kita fahami sekarang. Rasulallah (s.a.w) itu tahu membaca dan menulis tetapi tidaklah padai menulis kitab setanding dgn para sasterawan dan penyair Arab zamannya. Beliau diutus kepada masyarakat Arab ketika itu yang pandai membaca dan menulis serta mengarang syair dan lain-lain karya bahasa dan budaya. [Nota-2Di dalam Ayat 12, Surah at-Tallaq disebutkan ada tujuh lapis langit. Di dalam al-Quran juga disebutkan bahawa di atas langit lapisan ketujuh itu lautan dan terbangunnya ‘Arasy Allah (a.w) di atas lautan tersebut, yang dipikul oleh delapan orang malaikat yang begitu besar. Paras laut dan permukaan laut itu hanya setinggi tapak kaki dan buku lali malaikat yang lapan tersebut, walhal dalamnya lautan tersebut adalah 70 atau 71 tahun perjalanan manusia. Disebutkan di dalam sepotong hadith bahawa jukalah dunia ini dibandingkan dengan Arasy Allah (a.w), saiz dunia hanyalah seumpama sekeping syiling 20 sen sahaja di atasnya. Nota-3Mereka yang mendapat petunjuk atau hidayah itu akan berjaya mencari dan mendapatkan jalan yang lurus (siratul mustaqim) jika mereka berpandukan as-Sunnah.] 
Kemudian, satu drpd tegahan Rasulallah (s.a.w) adalah apa yg disebutkan dalam hadith berikut yg menyatakan jika kita lakukan maka kita pasti terkeluar dari Islam tanpa kita sedari: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdillah bin ad-Dalamii daripada Khuzaifah bin Yamani (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Tidak diterima Allah (a.w) ahli-ahli bid’ah (yang mencipta, yang mengajar, yang menganjurkan dan yang mengamalkan bid’ah) amalan puasanya, tidak diterima amalan solatnya, tidak diterima amalan sedekahnya, tidak diterima amalan haji dan tidak (juga) amalan umrahnya, dan tidak diterima amalan jihadnya, dan tidak diterima amalan-amalan fardu dan tidak (juga) amalan-amalan sunatnya. Maka keluar dia dari Islam seperti keluarnya sehelai rambut dari adunan (tepong) roti.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Saudara, dalam hadith lain, Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa taubat orang yg mengamalkan atau menyebarluaskan atau mengajarkan bid'ah tidak akan diterima selagi dia melakukannya, wal iya zubillah. oleh itu beringatlah sebelum terlambat. Nak tahu sepenuhnya apakah yg digolongkan sebagai bida'ah itu, mengajilah dan fahamilah Islam dgn mempelajari ilmu al-Quran dan as-Sunnah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment