Tuesday, February 1, 2011

Perdebatan Yg Batil dan Sia-sia

Assalamualaikum,
Saudara, blog ini diusahakan semata-mata untuk mencelikkan saudara kpd sesuatu yg haq, iaitu memahami dan menghayati ilmu yg haq, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Mudah-mudahan dgn pendedahan dalam post-postnya akan tercuit hati sanubari saudara untuk meminati is kandungannya dan akan terbuka hati dan sanubari untuk mengaji dan belajar tentang Islam dan syariatnya yg haq berlandaskan semata-mata ilmu Allah (a.w) yg tertera dalam al-Quran dan yg sebahagiannya disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) untuk memimbing manusia dalam kejahilan supaya dapat melihat cahaya keimanan. Tidak ada tujuan lagi.
Bagi mereka yg tercuit kalbu dan hatinya untuk menhampiri diri kpd Allah (a.w) dan untuk menyempat-nyempatkan dirinya mencari ilmu dan panduan yg haq dan kemudian mengamalkannya, maka untunglah mereka. Namun, yg dimuatkan dalam blog ini tidak mencukupi untuk benar-benar berjaya memenuhi tanggungjawab kita menepati perintah Allah (a.w) Allah (a.w) pada Ayat 56, Surah az-Zariat, di bawah:
Firman Allah (a.w): 'Wama khalaqtul jinna wal-insa illa liya’budni.' [yg bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri mereka (yakni, beribadah) kepadaKu] [Ayat 56, Surah az-Zariat]. 
Itulah dia tanggungjawab pertama setiap saat, iaitu 'mengabdikan diri kpd Allah (a.w)', yg bermaksud 'mengerjakan amalan dan ibadah kerana mengEsakan dan mengAgungkan Allah (a.w) dan meleksanakan segala suruhan dan menghindarkan segala tegahanNya dgn harapan di akhirat kelak kita berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka. Kita kerjakan sesuatu amalan itu juga dgn harapan bahawa apabila kita mati tidaklah kita mati tidak Islam. Dan, supaya segala amalan dan ibadah kita menepati ketetapan Allah (a.w) dan contoh yg diberikan atau ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w). Dgn itu kita benar-benar berada di jalan yg lurus menuju syurga dan mendapat ganjaran terbaik iaitu masuk syurga selara dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan terselamat dari ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa'. Dgn ilmu itu, kita memenuhi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa', Ayat 7, Surah a-Haysr, Ayat 30, Surah ali-Imran, Ayat 103, Surah ali-Imran dan Ayat 46, Surah al-Anfal, Ayat 132, Surah ali-Imran. Dgn itu juga segala amalan dan ibadah kita dijamin diterima Allah (a.w) [Ayat 36, Surah al-Israk].
Saudara, 
dalam blog ini berkali-kali kita ulangi peringatan Rasulallah (s.a.w) bahawa menuntut ilmu itu adalah kewajipan bagi setiap orang yg akui dirinya Islam, bahawa ilmu yg wajib ditutntut atau dipelajari itu adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bahawa janganlah kita mengerjakan amalan dan ibadah - bentuk-bentuk ibadah dan amalan, cara dan kaedah mengamalkannya atau mengibadahkannya, hendaklah menepati ketatapan al-Quran dan as-Sunnah, tidak dicemari oleh sesuatu yg syirik dan bersifat tahyul, kurafat, taklid dan bid'ah.
Saudara, kita wajib berpandukan as-Sunnah dan mengikuti contoh yg ditunjukkan oleh Rasulallah (s.a.w), kerana Allah (a.w) memberitahu kita bahawa Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah' [Ayat 21, Surah al-Ahzab] dan yg dibawa oleh Rasulallah (s.a.w) kpd kita adalah petunjuk atau hidayah terbaik. Tidak ada petunjuk yg lebih baik selain petunjuk dari Rasulallah (s.a.w) dan tiada kitab ilmu untuk rujukan mengenai Islam dan syariatnya selain al-Quran. Dan, tiada panduan amalan dan ibadah serta cara hidup mukmin yg terbaik selain as-Sunnah. Jika kita akur dgn perkara-prkara yg disebutkan di atas itu, pastilah kita orang yg akan berjaya di akhirat [Ayat 52, Surah an-Nur dan Ayat 54, Surah an-Nur dan Ayat 71, Surah al-Ahzab]. Itulah mesej komposit yg cuba disampaikan kpd saudara dalam blog ini. Untuk mendapatkan ilmu yg sah serta sempurna saudara perlu mengajaji. [Nota: Sesiapa yg ingin mendalami ilmu yg cebisannya disampaikan dalam blog ini bolehlah hubungan blog ini melalui ruangan komen. Insya Allah akan dijawab dimana ilmu yg haq itu boleh didapati dan dipelajari secara sistematis lagi sempurna.]
Saudara, majoriti orang Islam tidak benar-benar berpandu kpd panduan dan sumber ilmu yg haq, maka dgn itu kelak mereka tersasar. Firman-firman Allah (a.w) di atas itu jelas. Kemudian bagi mereka yg mengaji atau belajar ilmu as-Sunnah, akan lebih jelas pula ketetapan-ketetapan yg haq yg menjelaskan dan memperincikan lagi ketetapan-ketetapan induk di dalam al-Quran, terutama ayat-ayat yg dirujuk di atas itu. Malangnya ramai sekali orang Islam yg berpandukan kitab-kitab dan lain-lain media, tanpa berpandukan kpd al-Quran. Ramai orang Islam mencari petunjuk dari orang lain - termasuklah mencari petunjuk dari ulama' dan ilmuwan Islam - tanpa terlebih dahulu memahami  dan meyakini bahawa petunjuk terbaik dan contoh terbaik adalah pada diri Rasulallah (s.a.w). [Nota: Oleh kerana Rasulallah (s.a.w) sudah tiada bersama-sama kita, petunjuk itu didapati melalui as-Sunnah atau ilmu mengenai al-Hadith. Majoriti umat Islam tidak belkajar al-Hadith. Mereka belajar dari kitab-kitab, buku-buku dan lain-lain tulisan manusia, walhal segala-galanya mengenai Islam dan syariatnya ada pada as-Sunnah. malah kita tidak perlukan yg lainnya.
Saudara, kerana kita tidak berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka kita tersasr dan menyimpang, maka di akhirat kelak, di padang makhsyar, di depan Allah (a.w) kita akan berdebat satu debat agung tetapi ketika itu tidak ada gunanya lagi debat atau kritikan kita terhadap mereka yg mengajarkan kita atau yg mengilmukan kita semasa di dunia dahulu. Kemudian, apabila dilemparkan ke neraka, kita dan mahaguru kita akan berdebat pula dgn syaitan, pun tiada gunanya. Insya Allah, kita akan lihat senario ini dalam post yg akan datang. Kita akan rujuk Ayat 21, 22 dan 23, Surah Ibrahim].

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment