Assalamualaikum,
Saudara, kita telah teliti dalam post sebelum ini dua pilihan bagi kita dalam perkara haji itu; iaitu: pertama, apabila mampu tak kerjakan haji, maka jika ditakdirkan kita mati, mati kita dalam kekafiran; dan kedua, jika kita telah menyediakan diri untuk mengerjakan haji, kita ditakdirkan mati belumpun sempat menunaikan ibadah haji tersebut, kita diberi pahala seumpama menyempurnakan haji kita.
Selain pahal yg disebutkan di atas itu, kita lihat pula pahala yg lain. Jelasnya, bagi orang yg iman, pahala sampingan mengerjakan haji itu amat banyak. Keseluruhan amalan dan ibadah dalam mengerjakan haji itu merupakan kemuncak pelaburan seseorang iman untuk dirinya untuk akhiratnya!
Menceritakan hadith oleh Isa b Sawadah hadith dari Ismail b Abi Khalid, hadith dari Zadan berkata: 'Jatuh sakit Ibnu Abbas suatu keadaan sakit yg bersangatan (i.e. teramat gering), maka memanggil dia akan kesemua anak-anaknya, maka berkata dia (kpd anak-anaknya): 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa (atau sesiapa) yg mengerjakan haji dari Mekah berjalan kaki sehingga kembali (i.e. sampai semula) ke Mekah, ditulis oleh Allah (a.w) baginya bagi setiap langkahnya (gandaan pahala) 700 gandaan kebaikan, setiap kebaikan semisal (atau seumpama) pahala 'al-Haram'. Dikatakan (yakni, ditanyakan oleh seorang sahabat):'Dan apa itu pahala 'al-Haram' ?' Bersabda (Nabi) (menjawab): 'Dengan setiap kebaikan (digandakan pahala) 100,000 (gandaan) pahala.' [Hadith Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak, Kitab Manasik (Peraturan) Haji]
Saudara, begitu besarnya pahala orang yg mengerjakan haji itu dgn berjalan kaki - bermula dari Mekah (pada 8 Zulhijjah berniat Haji pergi ke Arafah untuk Wukuf, pada 9 Zulhijjah; kemudian ke Muzdalifah, mabit pada 9 Zulhuijjah; kemudian ke Mina untuk melontar Jamrah Aqabah, 10 Zulhijjah; dan akhirnya kembali ke Mekah semula untuk Tawaf Ifadah, tanggal 10 atau 11 atau 12 atau 13 Zulhijjah). Setiap langkah itu mendatangkan pahala gandaan sebanyak 700 x 100,000 gandaan = 70,000,000 gandaan pahala! Sekali lagi, begitu pemurahnya Allah (a.w) itu kpd hambaNya yg dgn penuh keikhlasan menyambut seruanNya dan menjadi tetamuNya datang untuk mengerjakan haji dan bersusah payah pula mengerjakan haji dgn berjalan kaki. [Nota: Jarak jauh perjalanan apabila berjalan kaki itu adalah kira-kira 23.6 kM dari Mekah ke Arafah, 10-12 kM dari Arafah ke Muzdalifah, 6-8 kM dari Muzdalifah ke Mina, dan 8-10 kM ke Mekah semula. Kira-kira 53.6 kM sahaja].
Saudara, dalam hadith yg lain, telahpun dimuatklan dalam post yg lalu dalam blog ini, sesiapa yg mengerjakan haji 'masian' atau berjalan kaki dari Mekah kembali ke Mekah mendapat ganjaran pahala seumpama mengerjakan 70 kali haji berkenderaaan atau secara menaiki kenderaan! Siapakah yg boleh mengerjakan haji sebanyak 70 kali dalam hidupnya? kalau kita mampu dari segi ekonomi. Kalau kita sehat dari segi fisikalnya. Kalau kita umur panjang dari segi tempoh hidup yg boelh dikerjakan! Kalaulah kita panjang umur seumpama Mahathir dipanjangkan umur oleh Allah (a.w), katalah 85 tahun, dan kita baligh ketika berumur 15 tahun, kemudian kita mampu dari segi kewangan dan kesihatan tubuh badan, kita naik haji setiap tahun, maka selama tempoh hayat baligh kitam i.e. 85 - 15 tahun = 70 tahun, baru kita dapat pahala mengerjakan haji 70 kali itu? Fikirkanlah. Maka dgn itulah kita dinasihatkan supaya tunaikan haji ketika muda dan sihat, sebelum tua dan lemah!
Saudara, berapa ramaikah di antara kita yg begitu bernasib baik sebagaimana Mahathir dikurniakan Allah (a.w) umur yg panjang, dan sihat pula? Dan, sudahlah kita panjang umur, kita pula diberi Allah (a.w) rezki yg melimpah sehingga mampu pergi haji setiap tahun? kalau kita panjang umurpun dan mampu dari segi kewangan, tidak mungkin dapat kita kerjakan haji setiap tahun, kerana kuota yg dikawal oleh Tabung Haji. Kalau dah dapat sekali, kena tunggu 5 tahun pula, baru boleh sekali lagi tunakan haji! Jadi, dalam keadaan sekarang, mustahil, kalaupun sihat, mampu dan panjang umur!
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment