Tuesday, February 1, 2011

Perdebatan Yg Batil dan Sia-sia (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, kita sambung lagi perkara di atas dgn merujuk semula kpd firman Allah (a.w) pada Ayat 21, Surah Ibrahim dalam post yg lalu.
Ayat tersebut menceritakan apa yg akan berlaku ketika manusia dibangkitkan dari kubur masing-masing, mereka terus pergi ke padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing dan dihisab segala amalan semasa di dunia. Sinario itu menunjukkan dua golongan orang Islam yg berbalah di depan Allah (a.w) setelah diberikan Kitab masing-masing. Kedua-dua golongan tersebut diserahkan Kitab mereka dari sebelah kiri mereka, bererti mereka adalah calun neraka atau akan menjadi penghuni neraka. Golongan pertama adalah guru atau ustaz yg mengajarkan Islam dan syariatnya kpd murid atau pengikut mereka. Golongan kedua adalah murid atau orang yg dibimbing oleh golongan pertama. Kedua-dua golongan walaupun Islam dan mengamalkan segala sesuatu dalam Islam spt solat, puasa, zakat dan infaq dan menunaikan haji dan umrah, mendapati kesemua amalan dan ibadah tersebut batil atau batal, tidak dicatitkan sebagai amalan atau ibadah dalam Kitab masing-masing, kerana apa? Kerana dua sebab; iaitu: pertama, kerana asas ilmu mereka beramal tidak menepati firman Allah (a.w) pada Ayat 36, Surah al-Israk: 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: 'janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah, contohnya) tanpa terlebih dahulu tahu dan faham ilmu mengenainya) [Ayat 36, Surah al-Israk], dan niatnya tersasar jauh, tidak sejajar dgn ketetapan firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Israk: '...wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna 'azabahu' (yg bermaksud: kerana mencari kerhamatan (i.e. syurga) Allah (a.w), dan takutkan azab (i.e. siksaan dalam) neraka Allah (a.w)) [Ayat 57, Surah al-Israk]; dan kedua, kerana segala amalan dan ibadah mereka tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak sejajar dgn apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (walhal, Rasulallah (s.a.w) adalah 'uswatun hasanah').
Oleh yg demikian, jika niat tidak betul, maka segala amalan dan ibadah adalah batil dan batal. Kalau bentuk-bentuk amalan dan ibadah serta cara dan kaedah diamal dan diibadahkan berlainan dari yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka segala amalan dan ibadah tersebut batil dan batal, tidak diterima Allah (a.w). Inilah peringatan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah: 'Man 'amala 'amilan laisa amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa mengerjakan suatu amalan (atau ibadah) yg tidak termasuk dalam perkaraku (i.e. yg aku (Nabi) tunjukkan atau bawakan), maka amalan (atau ibadah) tersebut ditolak (oleh Allah (a.w) (i.e. tidak diterima Allah (a.w))' [Hadith Bukhari dan Muslim]
Saudara, kita rujuk berdebatan atau perbalahan tersebut yg difirmankan oleh Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan, mereka semuanya (di padang makhsyar) akan berkumpul (i.e. berhimpun) mengadap Allah (a.w), lalu berkatalah orang-orang yg lemah (maksudnya, murid atau orang yg belajar ilmu mengenai Islam dan syariatnya dari gurunya) kpd orang-orang yg sombong (yakni, guru-guru mereka): 'Sesungguhnya kami dahulu (di dunia) adalah pengikut-pengikutmu (i.e. anak murid atau orang yg belajar ilmu dari kamu dan orang yg kamu bimbing), maka dapatkah  kamu menghindarkan daripada kami (yakni, menolong kami dari) azab Allah (a.w) biarpun sedikit?' Mereka (yakni, guru atau yg mengajar atau yg membimbing) menjawab: 'Seandainya Allah (a.w) memberi petunjuk kpd kami, nescaya kami dapat memberi petunjuk kpd kamu (semasa di dunia dahulu). Sama-samalah kita (atau samalah bagi kita - kami yg mengajar dan membimbing dan kamu yg diajar dan dibimbing), apakah kita mengeloh atau apakah kita bersabar. Sekali-kali kita tidak mempunyai tempat untuk melarikan diri (dari siksaan neraka yg akan kita temui sebentar lagi).' [Ayat 21, Surah Ibrahim]
Saudara, 
yg berkumpul atau berhimpun di padang makhsyar itu adalah orang Islam dan iman yg menjalani kehidupan dunianya dan yg beramal dan mengerjakan ibadah semasa di dunia menepati al-Quran dan as-Sunnah sahaja akan dinilai segala amalan dan ibadah mereka. Kenapa? Telah ditetapkan dalam al-Quran pada Ayat 13, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) dimasukkan ke dalam syurga.' Orang yg dapat syurga itu adalah orang yg beramal dan beribadah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ketetapan ini diperkuatkan lagi oleh firman Allah (a.w) pada Ayat 80, Surah an-Nisa': 'Barangsiapa mentaati Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) sungguh telah mentaati Allah (a.w) (i.e. menepati al-Quran)'. Diperkuatkan lagi oleh firman Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr: 'Apa-apa yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) hendaklah kamu ambil (i.e. terima pakai), dan apa-apa yg ditegah olehnya hendaklah kamu sekelian jauhi'. Kedua-dua perintah Allah (a.w) ini menyuruh umat Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, terutama as-Sunnah, dalam menjalani kehidupan sebagai orang iman dan dalam mengerjakan sebarang amalan dan ibadah. Maksudnya: Panduan as-Sunnah itu mutlak, tidak boleh tidak hendaklah dijadikan panduan. 
Golongan guru dan golongan murid dalam Ayat 21, Surah Ibrahim itu, telah tersasar dari ketetapan-ketetapan di atas, terutama Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr itu. Guru mengajarkan murid atau pengikutnya tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka murid atau pengikutnya terima ilmu dan kerjakan amalan dan ibadah yg tidak diasaskan kpd ilmu tersebut, tidak menepati al-Quran dan as-Sunnah. Maka segala amalan dain ibadah murid atau pengikutnya terbatal. Maka mereka meminta supaya guru mereka tolong mereka dari terkena siksaan neraka. Guru pula menyedari kebatilan ilmu mereka kerana mengajarkan atau membimbing pengikutnya tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Maka segala amalan dan ibadah gurunya batil dan batal, dia (i.e. guru) tersebut pula menerima kiriman dosa yg bertimbun-timbun pula dari muridnya atau pengikutnya! Dalam keadaan sedemikian, guru sebok dgn masalah yg dihadapinya, dan di akhirat guru tidak dapat menolong diri mereka sendiri, manakan mungkin menolong pula murid atau pengikutnya! Di akhirat tidak ada pertolongan dan bantuan dari sesiapa, kerana setiap seorang akan menanggung atau memikul akibat apa yg dia sendiri kerjakan di dunia.
Saudara, sebelum terlewat dan kelewatan, wajarlah segera kita semak segala amalan dan ibadah kita selama ini berpandukan al-Quran dan as-Sunnah (yg sedikit sebanyak, yg utama, diberikan dalam post-post blog ini), supaya kita pasti amalan dan ibadah kita yg akan muncul dari hari ini sampai tiba ajal mati kita, adalah sejajar dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, bukan menepati cakap-cakap atau kata-kata orang, tak kira siapa mereka, kecualilah kita pasti apa yg diajarkan oleh mereka adalah menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment