Friday, February 11, 2011

Kontroversi SUK Selangor ...

Assalamualaikum,
Saudara, penulis rasa terpanggil untuk komen sedikit tentang tajuk di atas, kerana hari ini dilapurkan dalam akhbar the Sun hari ini ( 11 Feb. 2011) m.s. 3 atas tajuk 'Selangor has every right to impose restriction, says don' yg memuatkan komen seorang pakar undang-undang UIAM, Prof Dr Abdul Aziz Bari. Beliau menyuarakan pendapat yg hampir-hampir sama dgn apa yg penulis nukilkan dalam blog ini tak lama dulu. Pendapat Datuk Mohd Satim Diman, ketua pembangkang Selangor, tentang 'illegality' membahagikan mesyuarat Ex-Co itu tak betul. Sebenarnya, mesyuarat Ex-Co (MMK) boleh berjalan tanpa dihadhiri oleh tiga ex-Officio dalam Ex-Co, iaitu SUK, PUN dan PKN. Sebenarnya, mereka itu hadhir untuk memberi nasihat kpd MB atau ahli Ex-Co jika diperlukan, sebagaimana  KSN hadhir dalam mesyuarat Kabinet atau Jema'ah Menteri. Selalunya mereka tidak bebas bercakappun, takpun bercakap, dan hanya bercakap apabila diminta oleh Pengerusi Ex-Co, i.e. MB sahaja. Itupun, nasihat mereka tak wajib didengar, kecualilah nasihat tersebut melibatkan pentadbiran, perundangan dan kewangan yg Ex-Co wajar dimaklumkan saja supaya mereka boleh membuat keputusan yg bijak dan kemas. MB dan Ex-Co bertanggung jawab kpd kerajaan dan rakyat, walhal SUK, PUN dan PKN bertanggungjawab kpd MB.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment