Monday, February 28, 2011

Bersedia Sebelum Terlewat ...

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu bahawa solat itu adalah ibadah yg paling utama bagi seorang Islam. Kita telahpun diberitahu dalam blog ini, berdasarkan ketetapan as-Sunnah, beberapa perkara: pertama, solat adalah amalan atau ibadah yg pertama-tama dihisab di padang makhsyar kelak. Kita menunggu di padang makhsyar untuk mendapat 'tauliah' sama ada kita berjaya ke syurga tau tidak, iaitu Kitab Catatan Amalan, kita selama 50 tahun kiraan tahun akhirat. Dan, setiap sehari di akhirat, diberitahu dalam al-Quran dan as-Sunnah, selama 1,000 tahun. Fikirkanlah, betapa lamanya kita berbaris dalam perhimpunan agung terbesar dalam hidup kita itu! Kedua, solat adalah penentu kpd hisaban amalan dan ibadah lainnya, spt puasa, zakat, haji dan seumpamanya, yg wajib dan yag sunat. Baik hisaban solat fardu, maka baiklah hisaban amalan yg lain. Mudah hisaban solat fardu, maka mudahlah hisaban ibadah yg lainnya. Ketiga, ditinggalkan satu waktu solat fardu, katalah Solat Subuh atau Solat Asar, kerana disebokkan oleh dunia, tanpa uzur syar'i (i.e. hilang akal atau gila), maka kita menjadi kafir. Apabila kafir, maka akan disiksa dalam neraka kelak. Keempat, solatlah yg membuktikan kita benar-benar mematuhi ketetapan Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 57, Surah az-Zariat, iaitu: 'wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' (yg bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu (Allah).' [Ayat 57, Surah az-Zariat]. Mengabdikan diri bermaksud mengerjakan segala amalan dan ibadah yg ditetepkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, dan ibadah yg utama adalah disebutkan dalam Rukun Islam. Pendeknya, ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa'.
Saudara, kalau kita tak solat, maka kita melanggar ketetapan ayat ini. Melanggar ketetapan ayat ini bererti kita melanggar ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' (yakni, bukan ahli syurga) dan kita secara otomatis tergolong dikalangan orang g disebutkan dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' (yakni, masuk neraka).
Saudara, orang yg akui dirinya Islam dan beriman, yakni tahu dan yakin dia bahawa ada kehidupan yg lebih utama baginya selepas matinya, di alam barzah (i.e. alam kubur), kemudian di padang makhsyar menunggu untuk dihisab segala amalannya - baik dan buruk - untuk menentukan sama ada dia ahli atau penghuni syurga atau neraka, dan kemudian kehidupan yg haq, firman Allah (a.w), adalah kehidupan di akhirat yg kekal, iaitu dalam syurga atau dalam neraka. Kita boleh pilih. Jika tidak solat, bererti sudah barang pastilah dia ahli neraka yg haq atau hakiki.
saudara, kita diberitahu bahawa seseorang yg mengakui dirinya Islam dan beriman, jika meninggalkan satu waktu solat, katalah Solat Zohor tengahari ini dengan sengaja, maka dia jatuh kafir atau menjadi seorang yg kafir secara otomatis. maka dgn itu dia akan didera di dalam neraka, wal iya zubillah. Justeru itu, orang yg consistently tidak bersolat pastilah dia ahli neraka. Namun, Allah (a.w) tetap memberi peluang padanya sebelum ajalnya tiba untuk bertaubat. Jika taubatnya diterima Allah (a.w), maka terhapuslah dosanya kerana tidak solat itu. Namun, apakah Allah (a.w) akan terima taubatnya? Wallahu 'alam. Ditakuti kita menjadi sebagaimana firaun zaman Nabi Musa (a.s) ketika air laut menenggelaminya, dia baru nak bertaubat dan menyebut kalimah syahadah untuk mengakui Allah (a.w), Tuhan Nabi Musa (a.s). Tapi, sudah terlewat. Justeru itu, seseorang yg nak bertaubat hendaklah sebelum nyawanya sampai ke tengkorok atau halkumnya atau sebelum 'sakratal maut'nya tiba ketika akan mati!
saudara, justeru itu yg paling bijak yg wajar kita lakukan adalah janganlah tinggalkan solat (fardu). begitu jugalah jangan tinggalkan Solat Jum'at, kerana yg meninggalkan Solat Jumat itu akan dikunci hatinya dari menerima keimanan dan ketaqwaan. Orang yg tidak mengerjakan amalan sunat, terutama solat-solat sunat itu, adalah orang yg belum mensyukuri nikmat yg dikurniakan Allah (a.w) kpdnya.
Mudah-mudahan nasihat pendek atau tazkirah pagi ini memanfaatkan saudara semua.

Jazakallau khairah

No comments:

Post a Comment