Assalamualaikum,
saudara, semua orang tau pahala haji dan umrah. Walaupun begitu, kita lihat juga sandaran nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah seterusnya.
Pahala Ibadah Haji
Pahala haji amat beesar. Sesiapa yg menunaikan haji ikhlas dan menepati syarat bagi amalan dan ibadah yg diterima Allah (a.w), i.e. niatnya betul menepati Ayat 57, Surah al-Isra', dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mendapat penagmpunan dari dosa-dosanya seolah-olah dia dilahirkan dari perut ibunya. Ini disebutkan dalam hadith-hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Aba Hazim berkata: 'Aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: 'Aku mendengar Nabi (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa menunaikan haji semata-mata kerana Allah (a.w) maka tidak menjimak dia (akan isterinya ketika berikhram) dan tidak melanggar (pantang larang haji), kembali dia (dari hajinya) seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya.' [Hadith Bukhari, Kitab Haji]
Seseorang yg menyempurnakan hajinya tanpa melanggar syarat yg disebutkan dalam hadith di atas itu, dia seumpama dilahirkan ke dunia dalam keadaan fitrah, yakni bersih dari dosa. Pahala yg serupa disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari 'Asim hadith dari Syaqiq hadith dari Abdillah b Mas'ud (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Mengikuti antara haji dan umrah. maka sesungguhnya kedua-duanya menghapuskan kefakiran dan dosa sebagaimana menghapuskan api pelebur karat terhadap besi dan emas dan perak, dan tiadalah balasan yg setimpal bagi orang yg haji mabrur itu (yakni, haji yg diterima Allah (a.a.w) sempurna) pahalanya kecuali syurga.' [Hadith at-Termidzi, Kitab Haji]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa pahala haji yg sempurna yg diterima Allah (a.w) adalah tidak kurang dari pahala mendapat syurga.
Orang yg Haji dan Umrah adalah tetamu Allah (a.w)
Saudara, tiada siapa yg boleh mendapat mertabat sebagai menjadi tetamu Allah (a.w) kecualilah tiga golongan; iaitu: pertama, orang yg berperang dalam sabilillah; kedua, orang yg mengerjakan haji; dan ketiga, orang yg mengerjakan umrah. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Makhramah hadith dari bapanya yg berkata: 'Aku mendengar Suhaiil b Abi Solleh berkata: 'Aku mendengar bapaku berkata: 'Aku mendengar Aba Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Tetamu Allah (a.w) itu tiga golongan: (iaitu) (pertama) orang yg berperang dalam sabilillah; (kedua) orang yg menunaikan haji; dan (ketiga) orang yg menunaikan umrah.' [Hadith an-Nasa'i, Kita Peraturan Haji]
Demikianlah besarnya dan tinggi mertabat orang yg dalam tiga golongan trsebut. Maka dgn itulah ramai orang menyebut tentang 'seruan haji', kerana diseru ke Mekah oleh Allah (a.w) untuk menunaikan haji atau umrah.
Haji Adalah Seumpama Jihad
Dalam membina Islam dan mengimarahkan ugama Allah (a.w_ zaman awal Islam, umat Islam berjihad mempertahankan islam dan mengembangkannya di kalangan manusia melalui peperangan sama ada melawan musuh Islam yg menyerang umat Islam atau mengembangkannya ditanah-tanah kerajaan orang musyrik dan kafir. Umat Islam berjihad dgn dirinya dan dgn harta mereka. ramailah yg mati syahid.
zaman akhir ini tiada lagi peperangan atau berjihad dgn senjata. Ketika itu golongan-golongan orang yg tidak dapat berjihad adalah terdiri dari orang-orang yg tua, wanita-wanita, orang-orang yg memang lemah fisikal mereka dan kanak-kanak. Maka Allah (a.w) kurniakan pahala berjihad itu kpd golongan-golongan tersebut. Spt yg disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi Salamah hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Adapun jihad bagi orang yg tua, kanak-kanak, orang-orang yg dahif dan wanita adalah haji dan umrah.' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Manasik (Peraturan) Haji]
Jelaslah begitu besarnya pahala orang yg tergolong dalam hadith tersebut. walaupun tidak dapat pahala jihad dalam Islam kerana tidak mampu berjihad, mereka mendapat pahala jihad dgn mengerjakan haji dan umrah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment