Monday, February 14, 2011

Tasbih Yg Menguntungkan Kita (Jika diamalkan)

Assalamualaikum,
Saudara, mudah-mudahan saudara mempunyai sedikit masa untuk melahirkan kesyukuran kpd Allah (a.w) dgn menyempat-nyempatkan diri bertasbih dan bertahlil dgn membaca, kalimah-kalimah Tahlil berikut, sekurang-kurangnya dua kali sehari. [Nota: Dalam Islam 'bertahlil' bukan bermaksud mengadakan 'Majlis Tahlil' beramai-ramai dan seumpamanya, tetapi dgn menyebut kalimah Tahlil, iaitu 'lailaha ilallah']. Ada tiga kemanfaatan atau keuntungan yg kita perolehi jika kita baca kalimah-kalimah Tahlil dalam hadith ini - sekali selepas Solat Subuh dan sekali selepas Solat 'Asar.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa (atau sesiapa) yg berkata (i.e. mebaca, yakni berdoa): 'Lailaha ilallah, wahdahu la syarikalahu, lahul muku, wa-lahul-hamdu, wa-hua 'ala kulli syai'in qadir' (yg bermaksud: Tiada tuhan yg berhak disembah kecuali Allah (a.w), yg Esa, tiada sesuatupun yg menyamaiNya, bagiNya kerajaan (yg benar) (di bumi dan di langit)  dan bagiNya segala kepujian, dan Dia (Allah) atas segala seuatu zat yg maha berkuasa) pada siang hari 100 kali ada baginya sebanding (i.e. seumpama mendapat pahala) memerdekakan 10 orang hamba dan ditulis baginya 100 kebaikan dan dileburkan (oleh Allah (a.w)) baginya 100 keburukan (yg dikerjakannya) dan ada baginya penjagaan (i.e. dijaga oleh Allah (a.w)) dari godaan (dan gangguan) syaitan pada siang harinya sehinggalah tiba waktu petang; dan tidak didatangkan salah seorang demikian itu dgn kebaikan yg lebih darinya (kecuali) dgn apa-apa yg didatangkan (yakni, diamalkan) oleh lelaki lain yg lebih banyak dari yg diamalkannya.' [Hadith Bukhari, Kitab Doa]
Saudara, Rasulallah (s.a.w), dalam hadith ini, menyuruh kita amalkan suatu yg amat mudah lagi ringan, setiap hari, dan kerna mengamalkannya, kita mendapat tiga jenis kebaikan atau pahala atau keuntungan; iaitu: Pertama, pahala seumpama memerdekakan 10 orang hamba (Nota: walaupun, dalam sistem sekarang ini tiada lagi hamba, kerana tidak ada jihad atau peperangan antara umat Islam dgn orang bukan Islam, maka tiadalah sumber hamba. Namun, mnyebut kalimah-kalimah tersebut, kita seolah-olah memerdekakan hamba]; kedua, kita mendapat pahala 100 kebaikan yg kita lakukan; ketiga, Allah (a.w) hapuskan (i.e. delete) 100 jenis dosa atau kesalahan yg kita lakukan; dan keempat, kita diselamatkan dari gangguan syaitan yg sentiasa menggangu manusia 24 jam sehari - setiap minit dan saat. Rasulallah (s.a.w) memberitahu tiada pahala yg lebih banyak di dapati oleh sesiapapun yg tidak menyebut kalimah tersebut, kecualilah orang itu membacanya lebih dari 100 kali berbanding kita. Maksudnya, lebih banyak disebut, lebih banyak pahala yg kita dapati. Begitulah pemurahnya Allah (a.w), diberiNya kita ganjaran pahala yg banyak semata-mata menyebut kalimah Tahlil tersebut!.
Saudara, dalam Islam segala ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) yg menguntungkan kita itu hanya diperolehi kalau kita yakin. Maksudnya, kita Islam secara benar dan ikhlas. Kita yakin. Baru kita dapat.Kalau kita jadi orang Islam macam Cina atau India percayakan Islam, tak dapatlah. Mereka percaya Islam itu adalah salah satu ugama yg dianuti manusia, tidak lebih dari mertabad ugama mereka! wal iya zubillah. Sesiapa yg menyamatarafkan Islam dgn ugama-ugama lain, maka dia sudah jatuh kafir, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah


1 comment:

  1. Askm,

    Olih itu nyatalah Firman Allah yg mengatakan bahawa " manusia sentiasa dlm keadaan rugi melainkan yg beriman, membuat kebaikan dan yang sentiasa memberi nasihat atas kebenaran dan dalam kesabaran".

    Yang jahil dalam ilmu Quran hadith itu sudah tentu sentiasa rugi.

    ReplyDelete