Monday, February 7, 2011

Peringatan: Bersedia Untuk Mati (Samb.)

Assalamualaikum,
saudara, dalam post sebelum yg ini kita telah tahu tanggungjawab utama kita adalah disebutkan dalam firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah az-Zariat - mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Kemudian kita diberitahu bagaimana mengabdikan diri itu ditetapkan oleh firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' - taatkan Allah (a.w) (bererti, ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (bererti, taatkan Rasulallah (s.a.w). Kemudian, kita diberitahu pula:
Firman Allah (a.w):' ya iyuhallazina amanu, ati'ullaha wa-ati'ur- rasula wa uli amri minkum' (yg bermaksud: Wahai orang-orang yg beriman, taatkanlah Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan (taatkanlah) 'ulil amri' (bererti, orang-orang yg mempunyai perkara ke atas kamu (yakni, kepimpinan jema'ah Islam, i.e. Imam atau Amir (istilah yg dipakai oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah)). Kemudian, Allah (a.w) menyambung firmanNya pada ayat tersebut: 'fain tanazaktum fi syai-in, faruddu illallahi war-rasuli...' (yg bermaksud: Maka, jika berselisih (atau berlainan pendapat kamu) dalam sesuatu perkara, maka kembalilah (i.e. merujuk kpd) Allah (a.w) (bererti, al-Quran) dan RasulNya (bererti, as-Sunnah).' [Ayat 59, Surah an-Nisa']
Saudara, syurga itu pasti kita dapati jikalah kita menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Dan, dgn menepati perintah Allah (a.w) tersebut, kita pasti telah melaksanakan tanggungjawab induk kita yg disebutkan pada Ayat 57, Surah az-Zariat tersebut. Itu jelas. Dgn menepati Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, kita terlepas dari tergolong dalam kalangan orang yg pasti masuk neraka yg disebutkan pada Ayat 14, Surah an-Nisa'. Itu juga jelas dan pasti. Malah, Ayat 13, Surah an-Nisa' itu juga merangkumi ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 59, Surah an-Nisa' itu, kerana sesiapa yg akur dgn Ayat 13, Surah an-Nisa', pastilah dia akur dgn Ayat 59, Surah an-Nisa'. Hanyalah, Ayat 59, Surah an-Nisa' itu memperincikan satu dimensi ketaatan terhadap Allah (a.w) dan ketaatan terhadap Rasulallah (sa.w) yg penting manusia itu faham, iaitu mentaati 'ulil amri' dan batasnya atau hadnya. Kerana batasnya disebutkan secara prinsip dalam Ayat 59, Surah an-Nisa', iaitu jika terbit perselisihan pendapat atau timbul perselisihan faham tentang Islam dan syariatnya dan segala sesuatu yg melibatkan pelaksanaan ketetapan Islam dan syariat Islam itu, orang iman wajib merujuk untuk mencari dan mendapatkan penyelesaian yg muktamad, dgn berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Ini juga sewajibnya jelas.
Saudara, sebenarnya jalan pintas ke syurga itu diberikan oleh beberapa ayat al-Quran. Induk panduan jalan pintas itu adalah Ayat 13 dan Ayat 59, Surah an-Nisa' itu. Justeru itu, yg wajib kita fahami adalah 'ulil amri' tidak boleh membuat peraturan atau ketetapan yg berlainan dari atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Contoh: 'ulil amri' tidak boleh mensyaratkan orang yg berilmu itu mendapat 'tauliah' dahulu sebelum diberi kebenaran atau laluan mengilmukan orang Islam, selagi dia tetap mematuhi ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 'Ulil amri' atau siapa saja yg membataskan proses pengilmuan di kalangan umat Islam adalah melakukan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w) ini dan lain-lain ketetapan yg memerintahkan supaya al-Quran dan as-Sunnah itu disebarluaskan untuk menghapuskan kejahilan umat manusia amnya, dan umat Islam khasnya, tentang Islam dan segala sesuatu mengenainya! Ini wajib difahami.
Saudara, Allah (a.w) perintahkan manusia, terutama kita yg Islam dan beriman, jadikan Rasulallah (s.a.w) itu model ikutan dalam mengabdikan diri (i.e. beramal dan beribadah) kpd Allah (a.w). Allah (a.w) juga memberitahu bahawa sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia mentaati Allah (a.w) [Ayat 80, Surah an-Nisa']. Firman ini memperkuat dan memperjelaskan lagi tentang kewajipan mentaati Rasulallah (s.a.w) (yakni, berpandukan as-Sunnah dalam Islam). Perintah ini diperkuatkan dan diperjelaskan lagi oleh Allah (a.w) apabila Allah (a.w) berfirman supaya segala sesuatu yg dibawakan atau diajarkan atau ditunjukkan atau didemokan dan disuruh olehnya wajib diambil pakai dan diterima dan diamalkan oleh kita, sekuat mampu, dan yg ditegahnya hendaklah kita tinggalkan atau jauhi [Ayat 7, Surah al-Haysr]. Jelasnya, wajib bagi kita ikuti as-Sunnah itu. Contoh: kalau Rasulallah (s.a.w) kata setiap pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah, dan setiap bid'ah adalah kesesatan, dan setiap kesesatan itu menjerumuskan kita ke dalam neraka, maka wajib kita akur. Dan, wajib kita buang apa yg kita kata 'bid'ah hasanah'. Kita diperingatkan lagi oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa pengamal dan penyebar bid'ah terkeluar dari Islam dan jika dia nak bertaubat, taubatnya tidak diterima! Apakah tidak cukup peringatan bagi kita? 
Kemudian, perintah pada Ayat 13 dan 14, Surah an-Nisa', Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Haysr itu juga diperjelaskan pula dalam dimensi lain, iaitu Ayat 103, Surah ali-Imran: yg menyebutkan bahawa Islam itu wajib dianuti secara berjema'ah dan jangan tubuhkan perkelompokan atau mazhab dalam Islam. Jika kita teliti as-Sunnah, begitu jelasnya diperincikan bagaimana melaksanakan perintah Allah (a.w) yg disebutkan dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu. 
Justeru itu, saudara, kita menyediakan diri untuk mati dan berusaha mendapatkan syurga dan selamat dari neraka itu, ketika masih hidup, dgn memahami Islam dan syariatnya dan setelah faham membetulkan kesilapan dalam beramal dan beribadah. Kesilapan beramal dan beribadah ini menyebabkan kita masuk neraka dan tidak mendapat syurga, walaupun kita tunggang terbalik mengerjakan amalan pagi petang, siang dan malam, menjadi sia-sia saja! Inilah hakikat yg 999 drpd 1,000 orang Islam yg tak berjaya dapat syurga itu tidak faham dan kalau fahampun abaikan atau remehkan! Mudah-mudahan, saudara yg telah didedahkan kpd hakikat ini bersedia berfikir. Bersedia untuk mengaji dan mempelajari ilmu as-Sunnah, supaya pasti tergolong dalam golongan yg disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu, insya Allah.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment