Monday, February 21, 2011

Solat Mengikut as-Sunnah: Berwudu'

Assalamualaikum,
saudara, dalam mukaddimah kita tentang ilmu mengenai solat berpandukan as-Sunnah itu, kita telah diberitahu supaya mendidik anak-anak ketika kecil lagi mengerjakan solat. Kita telahpun diberitahu betapa petning dan utamanya solat itu. maka dgn itu, amatlah bahaya mengabaikan solat. Dan, amatlah juga bahawa mengerjakan solat tanpa sandaran atau dibekalkan ilmu yg diwajibkan oleh Islam kita berpandu dalam semua perkara, termasuklah solat. Dalam blog ini disebutkan bahawa Rasulallah (s.w) menyuruh kita: 'Sollu kama ra-aitumuni usolli' (yg bermaksud: Solatlah kamu sekelian sebagaimana kamu melihat aku (Nabi) bersolat' [Hadith Bukhari]. Dan, sebelum mengerjakan sebarang amalan kita diperintahkan oleh Allah (a.w): 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Jangan kamu kerjakan sebarang amalan atau ibadah tanpa terlebih dahulu tahu (dan faham) ilmu mengenai apa yg hendak kita kerjakan'. [Ayat 36, Sura al-Isra']. dan, Rasulallah (s.a.w) mengulangi ketetapan ini dgn sabdanya: 'Al-Ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan sebarang amalan) [Hadith]. Insya Allah, kita akan teliti bersandarkan ketetapan as-Sunnah bagaimana bersolat menepati yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). 

Solat Mewajibkan Berwudu' atau Ada Wudu'

Saudara, solat adalah ibadah yg mewajibkan kita ada wudu'. Bagi mereka yg mengerjakan haji, mereka wajib ada wudu' apabila mengerjakan Tawaf mengelilingi Ka'abah atau Baitullah. tanpa wudu' solat tidak sah. tanpa wudu' yg sah juga solat kita tidak sah.
saudara, dalam kitabnya, Sunan an-Nasa'i, Imam an-Nasai memperjelaskan perintah Allah (a.w) dalam ayat berikut:
'Iza qumtum ilas-solati faghtasilu wujuhakum wa-aidiyakum ilal matafiqi ...' (yg bermaksud: Ketika hendak bersolat kamu, maka basuhlah wajah kamu dan (basuhlah) tangan kamu sampai ke kedua siku kamu ...hingga akhir ayat' [Ayat 6. Surah al-Maidah]
Imam an-Nasai, seterusnya  membuat tafsiran kpd ayat al-Quran di atas tentang wudu', termasuk cara dan proses wudu' dan anggota yg terlibat ketika kita mengambil wudu'
Diriwayatkan hadith dari abi salamah hadith dari abi Hurairah (r.a) bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: 'Ketika bangun salah seorang kamu dari tidur, maka janganlahmemasukkan kedua-dua tangan kamu ke dalam bekas air untuk berwudu' sehingga membasuh kedua tangan kamu tiga kali, maka sesungguhnya salah seorang kamu tidak tahu dimana terletaknya kedua-dua tangan kamu (ketika tidur itu).' [Hadith an-Nasa'i, Kitab Bersuci]
Hadith di atas itu menyuruh kita membersihkan dahulu kedua-dua tangan kita dgn membasuhkanya tiga kali, sebelum menceduk air wudu' ketika hendak berwudu'. [Nota: Dalam zaman Rasulallah (s.a.w) adalah suatu yg sukar untuk mendapatkan air. Maka dgn itu umat Islam menyimpan air dalam sesuatu bekas untuk berwudu' apabila diperlukan (spt menyimpan air dalam bejana atau pasu air dan seumpamanya). Kerana sulit mendapat air yg banyak, maka air yg sedikit itu adalah digunakan secara terbaik untuk berwudu' tanpa menjejaskan kebersihannya. Maka dgn itu, ketika hendak berwuduk disuruh basuh dan bersihkan kedua tangan sebelum menceduk air dalam bekas air untuk berwudu'].
Saudara, bagi saudara yg observant (i.e. suka memerhatikan persekitarannya), jelaslah hadith di atas itu juga menunjukkan bahawa sahnya wudu' itu tidak bergantung kpd air yg banyaknya dua kolah! Air yg sedikitpun, jika bersih, boleh digunakan untuk berwudu'. Maka dgn itu, bagi mereka yg biasa berada di Masjidil haram atau Masjid Nabawi, kerana meremutnya manusia, maka sukar nak berwudu' dgn air yg banyak, maka ramai juga orang Islam mengambil wudu' menggunakan air dalam botol 1 atau 1 1/2 liter.

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment