Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lagi kuliyah kita mengenai haji & umrah itu berpandukan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Wajib diingati saudara bahawa ibadah haji dan umrah yg dikerjakan berlainan dari apa yg dilakukan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah batal dan batil! Oleh itu berwaspadalah. Jangan buat sembarangan.
Cabaran Mengerjakan Haji & Umrah
Saudara, bagi mereka yg telahpun menunaikan ibadah haji atau umrah, mereka tahu beberapa perkara, antaranya: pertama, perbelanjaan yg banyak ditanggungi kerana mengerjakannya; kedua, cubaan serta dugaan serta kesulitan atau kesukaran yg ditempohi apabila hendak mengerjakan haji dan umrah; dan ketiganya, kesulitan yg dihadapi ketika hendak mengerjakan amalan dan ibadah sampingan spt bersolat di dalam Masjidil Haram. Mengerjakan haji itu seumpama berjihad kerana menempuh pelbagai rintangan dan kesulitan yg memberatkan. Jikalah kurang keteguhan iman dan kesabaran sudah barang pasti sukar menempuhinya, maka sudah barang pastilah mendapatkan haji mabrur itu memang sulit tanpa kesungguhan dan kesabaran.
Dalam musim haji itulah kita akan dapati berbagai karenah manusia. Ada yg bersenang-senang sahaja. Mereka mengerjakan solat di tengah-tengah jalan kerana sememangnya ramai manusia bersolat di atas jalan yg safnya hanya dianggap bersambung dgn saf dalam Masjil Haram kerana mereka dengar bacaan imam melalui pembesar suara. Atau, lebih mudah lagi mereka akan duduk dilobi hotel mereka bersolat mengikuti solat Masjidl Haram. Apakah safnya bersambung? Apakah sah solat berjema'ah mereka? Yg diiktiraf sah bersambung jema'ah solatnya hanyalah mereka yg berada di pekarangan, i.e. di luar, kawasan Masjidl Haram yg berhampiran sahaja [Nota: Ditandakan sebagai sah apakala ada garisan saf yg disediakan oleh J/K Masjid. Maka disitulah digariskan garisan safnya]. Di lain tempat atau kawasan? Bagaimana? Pastilah diragui dan dicurigai kesinambungan saf dgn saf di Masjid. Tambahan pula, belum dapat dipastikan apakah tempat kita bersolat di jalan-jalan raya itu bersih dari najis? Itu satu persoalan lagi. Solat sah jika wudu' sah, pakaian kita bersih dari najis, tempat solat bersih dari najis dan sebagainya. Kerana kita tidak boleh yakin tempat-tempat seperti dijalan-jalan raya itu bersih! Yg terbaiknya, dan demi mencari dan mendapat ganjaran haji mabrur itu perlulah kita bersusaha sekuat mampu dan sedaya upaya bersolat dalam masjid atau kawasan yg diktiraf sebagai sebagaian daripada laman atau pekarangan masjid. Justeru itu, bagi mereka yg inginkan haji mabrur, hendaklah dia berusaha untuk mengerjakan segala ibadah dan amalan di dalam Masjidil Haram.
Perbelanjaan/Biayaan Haji & Umrah
Saudara, Allah (a.w) itu amat pemurah. Oleh kerana itu, bukan sahaja kita dikurniakan haji mabrur jikalah kita menepati ketetapan-ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, spt yg disebutkan dalam hadith yg dipostkan sebelum ini, tetapi setiap RM yg kita belajakan untuk menunaikan ibadah haji itu dikira perbelanjaan fi sabilillah kerana Allah (a.w). Wang kita gunakan untuk membayar Tabung Haji (atau pakej haji oleh syarikat swasta), wang yg kita belanjakan di luar yg telah ditetapkan untuk biayaan Tabung Haji, dan wang yg kita tinggalkan sebagai bekalan bagi saraan ahli keluarga - ibubapa dan anak-anak yg tinggal di Malaysia sepanjang pemergiaan kita (25 atau 45 hari) itu, semuanya dikira pahala bersedekah, walaupun kita sendiri yg belanjakan untuk diri kita sendiri. Begitulah pemurahnya Allah (a.w) kpd kita.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Buraidah hadith dari bapanya yg berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Nafkah atau biayaan atau perbelanjaan di dalam mengerjakan haji adalah seum,pama nafkah atau perbelanjaan dalam sabilillah dgn digandakan pula sebanyak 700 kali ganda.' [Hadith Imam Ahmad dalam Kitab Mustadrak]
Demikianlah banyak pahala membelanjakan wang kerana menunaikan haji itu - perbelanjaan kerana fi sabilillah. Alangkah untungnya kita. Secara umumnya kebaikan yg kita kerjakan digandakan pahala sebanyak 10 kali gandaan. Perbelanjaan untuk haji digandakan 700 kali ganda! Maka dgn itu tidak sedikitpun kita kerugian dalam membelanjakan wang ringgit demi menunaikan haji atau umrah! Selain itu, pahala haji dan umrah itu juga bergantung kpd kepayahan kita menunaikannya. Maka dgn itu lebih menyulitkan sesuatu amalan dan ibadah itu, kita cekal dan sabar dan bersungguh, pastilah pahalanya lebih besar. Ia melambangkan komitmen dalam mengerjakan amalan dan iadah.
Saudara, jika begitu mengapakan ramai di antara kita yg liat nak menunaikan haji? Bagi orang yg memang sduah mampu, melambat-lambatkan haji seolah-olah merasa rugi membelanjakan banyak wang kerana nak naik haji? [Nota: Kita telah diperingatkan bahawa sesiapa yg mati dan dia sudah mampu ketika hayatnya, tidak mengerjakan haji, maka matinya mati seorang kafir, cukup untuk menggerakkan hati untuk menunaikan haji].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment