Wednesday, February 2, 2011

Ketetapan Allah (a.w) Yg Utama

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa post yg lalu kita telah teliti satu sinario di akhirat ketika kiamat dah berlaku, dan manusia dibangkitkan dari kubur dan berhimpun di padang makhsyar. Di sana mereka akan menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing. Maka masuklah ke dalam neraka dua golongan manusia - iaitu guru atau pemimpin ugama dan murid atau pengikut pemimpin ugama. Akan terjadilah perbalahan atau perdebatan antara dua golongan manusia yg, semasa di dunia dahulu, mengerjakan amalan dan ibadah secara istiqamah, sebelum dimatikan. Golongan yg berbalah atau bertelagah itu adalah golongan guru/pemimpin suatu jema'ah umat Islam pada suatu pihak. Murid/pengikut di pihak lain. Guru/pemimpin ajarkan murid/pengikut Islam dan syariatnya tanpa panduan dan ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Di padang makhsyar kelak didapati batil ilmu dan ajaran tersebut. Maka, murid/pengikut amalkan apa yg mereka belajar, tapi semuanya tak diterima Allah (a.w). Guru/pemimpin pula tak tau asas ilmu dan panduan yg mereka ajar, maka tak dapat pahala, dapat dosa dan dikirimkan dosa pula! Terlibat pula dgn bid'ah, maka bertambah parahlah guru/pemimpin dan murid/pengikut. Tidak berjaya dapat syurga. Malah masuk neraka. Maka kerana itulah mereka berbalah - murid/murid tuduh guru bahawa murid/pengikut tersesat atau disesatkan oleh guru/pemimpin, mengapa tak tolong sekarang. Malah mengapa Allah (a.w) tidak longggokkan saja dosa-dosa murid/pengikut kpd guru/pemimpin, kerana mereka yg mengajar yg sesat dan menyesatkan murid/pengikut?
Saudara, ketika itu, tidak ada gunanya perbalahan atau menyesalan. Kesilapan di dunia dulu, tidak dapat apa-apa pembelaan di akhirat. Tak ada gunanya lagi sesuatu apapun. Semuanya sudah terlewat.
Maka, dgn itulah dalam perkara Islam dan syariatnya, jangan ambil mudah! Jangan terima bulat-bulat cakap-cakap orang yg kononnya ulamak atau ahli ilmu, kerana mereka hafal ayat-ayat al-Quran dan beberapa hadith, membaca banyak buku tulisan orang-orang yg dianggap berilmu pula, maka wujud kredibiliti yg kokoh dalam personaliti yg mengajarkan kita Islam dan syariatnya. Tapi, apabila dinilai dari segi ilmu yg haq berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, ilmu mereka itu tidak seberapa dan tidak sebaik mana, malah kebanyakannya batal belaka! Kalau kita ikuti mereka membuta tuli, maka mereka memang sudah sesat, maka kita juga akan turut sesat dan disesatkan. Malah mereka (guru dan pengikut) mungkin tak sedar sesat dan disesatkan. Mungkin, guru dan pengikut juga 'sombong' tak mahu dengar cakap-cakap orang lain, terutama orang yg ada ilmu tapi bersekolah pondok, atau tidak nampak ketrampilan mereka. Mereka lihat bulu. Lihat sesuatu itu secara lahiriah saja, tengok luar, isi yg tak nampak, awal-awal lagi ditolak, walaupun haq. Itulah kelaziman. Allah (a.w) ceritakan kpd kita apa yg akan berlaku kalau kita tidak peka dan tidak berusaha mencari kebenaran...
Allah (a.w), pada Ayat 21, Surah Ibrahim, memberitahu kita bahawa kedua-dua golongan itu - iaitu guru/pemimpin jema'ah dan murid/pengikut adalah ahli neraka. Mengapa? Guru atau pemimpin mengajar dan memimpin jema'ah atau muridnya atau pengikutnya ilmu yg batil. Maka, walaupun semasa di dunia kelihatan istiqamah mengerjakan amalan dan ibadah, tetapi di akhirat Kitab Catatan Amalannya kosong, kerana kesemua amalan dan ibadah mereka tidak diterima Allah (a.w).
Saudara, cerita ini benar dan pasti berlaku. Namun, semoga tidaklah kita tergolong dari kalangan dua-dua golongan ini. Semua ajaran dan amalan dan ibadah adalah batal, kerana tidak menepati ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperingatkan pula oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, tapi kita sengaja tolak tepi. Sebaliknya, kita selesa dgn keadaan dan situasi semasa. Malah apabila kita bercakap, kita bercakap seolah-olah fahaman kemazhaban itu yg utama, walhal as-Sunnah itulah yg paling utama. Itulah silap kita.
Sebahagian daripada ketetapan dan peringatan Allah (a.w) dalam perkara ini adalah ayat-ayat berikut:
Pertama, Ayat 13, Surah an-Nisa' memberitahu bahawa kita hanya akan dapat syurga kalau kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah. 
Kedua, kalau kita tolak ketetapan al-Quran dan tolak ketetapan as-Sunnah dan melanggar pula had-had yg khusus ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) pasti kita masuk neraka, ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa'
Ketiga, Ayat 59, Surah an-Nisa' menyuruh kita taatkan pula 'ulil amri', yakni Imam atau Amir dan hirarkinya, yg memimpin jema'ah umat Islam, dgn syarat Imam atau Amir itu perintah jema'ah tidak melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. 
Keempat, Ayat 80, Surah an-Nisa' memberitahu kita kalau kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti as-Sunnah) pastilah kita taatkan Allah (a.w). Justeru itu, satu kesilapan taatkan mazhab! 
Kelima, Ayat 7, Surah a-Haysr menyuruh kita ambil as-Sunnah sebagai panduan cara dan gayahidup orang iman dan ilmu serta panduan amalan dan ibadah, tapi kita tidak beri keutamaan ajaran as-Sunnah, sebaliknya, banyak kalanya pula kita ketepikan as-Sunnah dan terima pandangan atau preskripsi 'mazhab'! Keenam, Ayat 103, Surah ali-Imran menyuruh umat Islam anuti Islam itu secara berjema'ah dan jangan tubuhkan perkumpulan yg terasing, yakni, berfirqah (Nota: Mazhab adalah termasuk kumpulan terasing dari ketetapan as-Sunnah, yg bersalahan dgn ketetapan ayat ini). Kalau kita tidak anuti Islam secara berjema'ah, maka mengikut penjelasannya dalam as-Sunnah, Islam amalan dan ibadah kita batal! 
Kelima, Ayat 46, Surah al-Anfal menyuruh kita dalam mentaati Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu, jangan berbantah-bantah. Kalau ada orang yg tahu dan faham tentang Islam dan syariatnya yg benar berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, terimalah, jangan persoalkan siapa dia. Yg utama ilmunya dinilai dalam konteks al-Quran dan as-Sunnah. 
Keenam, Ayat 132, Surah ali-Imran memberi kita tahu bahawa jika kita ikuti al-Quran dan as-Sunnah pasti kita mendapat kerahmatan Allah (a.w). Kerahmatan Allah (a.w) lah yg menentukan apakah kita dapat syurga atau neraka. Kalau ada orang beritahu sesuatu yg haq itu ada sandaran as-Sunnah maka kita wajib terima, janganlah kita tolak tepi walhal kita sendiri tidak begitu faham. Saudara,
sebagai rumusannya, jika kita akur dan patuhi ketetapan dalam ayat-ayat di atas itu, sudah pastilah juga segala amalan dan ibadah kita dijamin diterima Allah (a.w) . Inilah ketetapan Ayat 36, Surah al-Israk.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment