Assalamualaikum,
saudara, dalam akhbar Sinar Harian hari ini (6 Feb. 2011) ada dimuatkan lapuran tentang hasrat Tok Guru, Nik Aziz, MB Kelantan nak berdebat tentang Islam dan perjuangan dgn tokoh-tokoh politik yg berkuasa, kata lapuran tersebut. Pastilah beliau merujuk kpd orang UMNO dll tokoh politik-ugama seumpama UMNO.Memang tidak dapat dinafikan bahawa gayahidup Nik Aziz tak ramai orang ikuti atau contohi. Beliau tidak duduk rumah resmi. Beliau menjalani kehidupan sebagai Tok Guru dan orang biasa walaupun beliau adalah pemimpin politik utama di Kelantan. Beliau menghabiskan masa terluang mengajarkan ugama kpd orang awam di pondok atau madrasahnya. Tak ada pemimpin parti lain yg Islam yg melakukannya - secara percuma. Yg menarik ada tokoh ulamak-politik UMNO, Mohd Noor, Pengerusi Biro Ugama & Ulama' Veteran UMNO, yg dilapurkan menganggap dirinya setaraf dgn Tok Guru. Maka wajar berdebat dgn beliau. Nik Aziz nak berdebat dgn tokoh pemimpin yg berkuasa, bukan 'tokoh ugama'. Memanglah logik pendapat Nik Aziz itu. Semua orang boleh berdebat dgn beliau. Mungkin staraf ilmunya. Tapi, mereka tiada kuasa. Tak guna. Penyelesaian atau kesepakatan, kalaupun akan ada, tak kemana. Membuang masa aje.
Kalau Nik Aziz berdebat dgn MB atau KM negeri-negeri lain tentang kerajaan dan Islam, baru ada samataranya. Tapi, dlam politik kerajaan negeri tak boleh buat apa, tanpa persetujuan kerajaan pusat. Lagipun, tak nampak adanya MB atau KM yg memiliki ilmu tentang Islam yg dapat menundukkan apa yg beliau nak kata. MB Perak mungkin ada 'ilmu dunia' kerana ada Ph D. Tapi, tentang ugama pastilah dia kalah berbanding dgn Nik Aziz. Dulu TKM P Pinangpun ada Ph D, tapi sejauh manakah beliau dapat ditandingkan dgn Nik Aziz?
Saudara, kalau dinilai dari segi islam dan syariatnya berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah Nik Aziz pun, banyak kekurangannya. Beliau belum nampak apakah sistem kerajaan atau pemerintahan Islam mengikut as-Sunnah itu. Memang tak ramai orang tau. Kalau taupun tak ramai orang yakin dgn sistem sedemikian, sebagaimana tak ramai orang yg yakin dgn Islam dan syariatnya tentang perkara dunia dan perkara akhirat. Walhal, mereka yg memahami sejarah Islam dan temadunnya, pasti tahu bahawa sistem pemerintahan Islam itu telahpun dicontohkan oleh para nabi dan rasul spt Nabi Yusof (a.s) sebagai menteri kewangan Mesir, oleh Nabi Daud (a.s) dan Nabi Sulaiman (a.s) sebagai raja dan pemimpin negara dan rakyat yg dipandu oleh ugama Allah (a.w) zaman-zaman mereka. Malah sistem pemerintahan Islam zaman moden telahpun dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri sebagai Pemimpin Agung Islam, kemudian diwarisi dan dicontohkan pula oleh khalifah ar-rasyidin, malah sedikit sebanyak oleh Amirul Mukminin atau Khalifah kemudian dan mereka yg mengangkat diri mereka raja (al-Malik) zaman pemerintahan feudal Islam selepas Ali (a.s).
Saudara, yg anihnya mengapakan begitu ramai ulamak yg memasukkan diri ke dalam bakul, kemudian mengangkat bertabat diri tanpa orang lain yg menobatkan mereka? Ada ulama' yg syok sendiri. Dan, dalam konteks ini Mohd Noor adalah salah seorang drpd golongan sedemikian, kalaulah lapuran akhbar itu benar...
jazakallahu khairah.
No comments:
Post a Comment