Assalamualaikum,
Saudara, seseorang yg Islam dan beriman itu akan sentiasalah setiap saat dia mencari sesuatu yg dapat menambah pahala yg diperolehinya dari segala perbuatannya. Seorang ketua keluarga - bapa atau suami - itu diberi pahala segala kebaikan yg dilakukannya untuk dirinya dan untuk keluarga atau isteri-isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan hadith dari Miqdam b Ma'dikaribi az-Zubaidi hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak ada pekerjaan (mencari kehidupan untuk dirinya dan keluarganya oleh) seorang lelaki pada suatu pekerjaan yg lebih baik dari pekerjaan (mencari kehidupan) dgn kedua-dua tangannya sendiri. Dan, apa-apa yg dinafkahkan (yakni, dibelanjakan) oleh seorang lelaki itu untuk dirinya dan untuk ahlinya (yakni, isteri-isterinya) dan untuk anak-anaknya dan untuk pembantu rumahnya, adalah sedekah (yakni, mendapat pahala sedekah) baginya.' [Hadith Ibnu Majah, Kitab Jual Beli]
Saudara, hadith ini memberitahu kita bahawa pekerjaan yg terbaik bagi menyara diri dan keluarga atau isi rumah kita itu adalah berusaha dgn bekerja sendiri dgn mengeluarkan peluh atau keringat untuk mendapatkan pendapatan dari pekerjaan tersebut (yg halal). Dan, kita diberitahu bahawa apa-apa sahaja yg kita belanjakan untuk menyara diri kita, isteri dan anak-anak kita dan untuk orang yg membantu rumah tangga kita, adalah mendatangkan pahala seumpama pahala sedekah bagi kita. Justeru itu, sebagai contoh orang yg membuka suatu gedung perniagaan dan seumpamanya, segala gaji dan upahan yg dibayar kpd pekerjanya itu adalah mendatangkan pahala seumpama pahala sedekah baginya di sisi Allah (a.w).
Saudara, apabila kita mengimbau kembali apa yg berlaku di sekeliling kita, kita akan tertanya-tanya mengapakah ada suami yg tidak menyara isteri dan anaknya. Pastilah mereka jahil tentang perkara yg disebutkan dalam hadith ini. Seorang suami yg menceraikan isterinya yg mempunyai beberapa orang anak,yg ditinggalkannya, tidak memberikan nafkah yg sewajibnya bukan sahaja terlepas dari mendapat pahala, tetapi juga menerima dosa selagi anak-anaknya belum baligh. Kerana anak-anak itu kekal tanggungannya. Hadith di atas juga memberi tahu kpd seorang suami itu, walaupun isteriya bekerja, adalah wajib baginya menyara isterinya (memberi makan minum, pakaian dan tempat tinggal semampunya), dan kerana itu dia memperolehi pahala yg tidak terputus selagi dia menanggung nafkah isteri dan keluarganya. Berdosa dia kalau tidak disaranya, kerana isteri dan anak-anaknya adalah amanah Allah (a.w) atas dirinya.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment