Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu dan faham sekarang Solat Tasbih sebagaimana yg ditetapkan mengikut as-Sunnah. Kita telah lihat sepotong hadith Abu Daud mengenai syariat Solat Tasbih ini di dalam post sebelum ini. Kali ini kita lihat pula sepotong hadith lagi, kali ini dari Sunan ibnu Majah. Kita turunkan di bawah ini hadithnya.
Diriwayatkan hadith daripada Ikrimah, daripada Ibnu Abbas (r.a), berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) kepada Abbas bin Abdul Mutalib (r.a): ‘(Maksud:) ‘Wahai Abbas! Wahai pakcikku! Adakah tidak memberi aku kepada engkau? Adakah tidak memberi anugerah aku kepada engkau? Adakah tidak merasa senang (kasih) aku kepada engkau? Adakah tidak apabila mengerjakan engkau (suatu solat), (terhapuslah) sepuluh perkara: ‘Ketika ada engkau berbuat engkau demikian (pekerjaan, yakni solat tasbih) mengampuni oleh Allah (a.w) bagi engkau dosa-dosa engkau yang awal (yakni, yang dahulu) dan yang akhir, dan (dosa-dosa) yang lama dan yang baru, (dosa-dosa) kerana tersilap (tidak sengaja) dan (yang) disengajakan, (dosa-dosa) yang kecil dan (yang) besar, (dosa-dosa) yang samar (yakni, tersembunyi) dan yang terang-terang (yakni, disengajakan), sepuluh perkara (itu). Apabila solat engkau empat rakaat, membaca engkau di dalam tiap-tiap rakaat dengan al-Fatihah Kitab dan satu surah. Maka ketika selesai dari membaca surah di dalam rakaat awal (pertama) berkata (membaca) engkau dan engkau masih berdiri (Subhanallahi), (alhamdulillahi), (la-ilaha illallahi), (allahu akbaru) 15 kali. Kemudian ketika ruku’ maka membaca pula, dan engkau sedang ruku’ 10 kali. Kemudian mengangkat kepala kamu daripada ruku’, maka membaca engkau demikian juga 10 kali. Kemudian turun untuk sujud, maka membaca juga dengan nya dan engkau sedang sujud 10 kali. Kemudian engkau mengangkat kepala engkau daripada sujud maka membacalah (sedmikian) 10 kali. Kemudian tetap sujud pula, maka membacalah 10 kali. Kemudian engkau mengangkat kepala kamu dari sujud (untuk rakaat kedua, duduk sebentar), maka membacalah 10 kali. Maka demikianlah 75 kali bacaan di dalam tiap-tiap rakaat, Mengerjakan engkau di dalam keempat-empat rakaat. Jika mampu engkau bahawa bersolat engkau sedemikian di dalam tiap-tiap hari, maka buatlah. Maka jika tidak mampu kamu berbuat sedemikian pada tiap-tiap hari, maka di dalam setiap Jumat sekali. Maka jika tidak mampu engkau berbuat sedemikian tiap-tiap Juma’at itu (yakni, seminggu sekali), maka di dalam tiap-tiap bulan sekali. Maka jika tidak mampu engkau sedemikian, maka didalam seumur hidup sekali.] [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, hadith di atas itu sama dgn hadith Abu Daud. Jelaslah, Solat Tasbih itu dibuat 4 rakaat terus tanpa dipecah-pecahkan menjadi dua-dua rakaat sebagaimana yg sering ditunjukkan oleh para mutawif Tabung Haji atau syarikat pakej haji. Insya Allah dgn ilmu yg benar ini, Allah (a.w) akan terima solat kita itu dgn pasti kerana, kita diberitahu bahawa segala amalan dan ibadah kita hanya akan diterima, jika dua syarat dipenuhi, iaitu: pertama, niat yg betul kerana Allah (a.w), yakni menepati firman Allah (a.w): 'Wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' (yg bermaksud: Janganlah kamu kerjakan sesuatu (amalan dan ibadah, contohnya) tanpa kamu terlebih dahulu tahu dan faham ilmu mengenainya) [Ayat 36, Surah al-Israk) dan niat yg betul menepati firman Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Israk: 'wa-yarjuna rahmatahu wa-yahafuna 'azabahu' (yg bermaksud: Dan, kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. inginkan syurga), dan takutkan azab Allah (i.e. selamat dari neraka) ). Apabila kita disuruh pasang niat dgn ikhlas, itulah yg dimaksudkan dgn niat itu. Syarat kedua, segala amalan dan ibadah hendaklah menepati apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Jika tepat dan menepati dua pra-syarat ini, amalan dan ibadah itu sah dan diterima Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment