Tuesday, February 15, 2011

Permintaan kpd Pembaca/Pengikut Blog Ini

Assalamualaikum,
saudara, kini sudah hampir tiga tahun blog ini diwujudkan. Sudah banyak ilmu yg disamaikan. Segala-gala yg disampaikan ada perkara haq, yakni kebenaran. Sumbernya juga haq atau benar iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Yg disampaikan bukanlah interpretasi sendiri tetapi dipelajri secara berguru dari guru-guru yg benar-benar berilmu, faham dan faqih dalam perkara-perkara yg disampaikan. Justeru itu, tidak ada yg tersilap dan tiada yg menyeleweng dari yg haq.
Saudara, di dalam Islam adalah menjadi kewajipan atas seorang Islam yg diberikan ilmu atau mendapat ilmu, hendaklah dia berusaha menyampaikannya. Ini tanggung jawab yg berat dalam Islam bagi orang iman. Penulis telah sedikit demi sedikit sampaikan ilmu yg didapati melalui post-post dalam blog ini. saudara yg membaca post dan yg mengikuti blog ini sudahpun diberikan ilmu tersebut. Maka wajib saudara pula sampaikan. Saudara boleh lepaskan tanggungjawab itu apabila saudara memberitahu rakan taulan, sahabat handai, dan saudara mara tentang blog ini. Anak memberitahu kpd ibu bapa mereka dan abang/kakak adik anda. Isteri/suami beritahu isteri/suami. Bos beritahu pada orang yg dibawah kita.
Firman Allah (a.w): 'Dan, apa-apa yg mendahului oleh kamu atas dirimu dari kebaikan  tentu kamu akan mendapat pahalanya di sisi Allah (a.w)' [Ayat 110, Surah al-Baqarah].
Rasulallah (s.a.w) di utus untuk menyampaikan Islam dan syariatnya kpd manusia sejagat, segala sesuatu mengani perintah Allah (a.w), termasuklah mengilmukan manusia tentang ugama Allah (a.w) yg haq:
Firman Allah (a.w): 'Wahai Rasul! Sampaikanlah apa-apa yg diturunkan kpd kamu dari Tuhan kamu (i.e. Allah (a.w)).' [Ayat 66, Surah al-Maidah]
Dan, Rasulallah (s.a.w) telah mengulangi perintah dan suruhan ini dalam hadith berikut. Di dalam hadith berikut, kita diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya menyampaikan apa sahaja ilmu mengenai syariat Islam itu sebaik sahaja kita tahu dan diajarkan. Di dalam hadith-hadith berikutnya, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita supaya jangan menyembunyikan ilmu atau jangan simpan ilmu setelah kita tahu tentang sesuatu ilmu itu.
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sampaikan olehmu daripadaku jikalaupun satu ayat dan ceritakan daripada kaum Bani Israil tiada mengapa dan barangsiapa berbuat bohong atasku dengan sengaja maka hendaklah ambil tempat dudunya daripada neraka.’ [Hadith hasan sahih at-Termidzi]
Hadith di atas menyuruh kita lakukan sesuatu dan berwaspada akan sesuatu. Kita perlu lakukan tiga perkara, iaitu: 
Pertama, jika kita mengetahui sesuatu ilmu – Ilmu al-Quran ataupun Ilmu al-Hadith – hendaklah kita sampaikan kepada saudara seIslam supaya mereka juga tahu; kedua, ilmu tersebut boleh disampaikan kepada orang bukan Islam supaya mereka juga tahu sesuatu yang terdapat dalam syariat Islam; dan Ketiga, jangan sekali-kali kita berbuat bohong atau berbohong atau berdusta mengatakan sesuatu tentang atau didatangkan oleh Rasulallah (s.a.w) jika sesuatu dengan sengaja yang kita sebut dan katakan itu datangnya dari atau dibawa oleh Rasulallah (s.a.w). 
Apakala kita lakukan dua perkara yang pertama kita mendapat pahala mengembangkan as-Sunnah, dan apabila kita lakukan perkara ketiga balasannya masuk neraka, itu pasti. 
Saudara, kita telah tahu beberapa perkara tentang ilmu dalam Islam, iaitu: 
pertama, sebagai seorang Islam kita wajib belajar atau mempelajari ilmu. Jika kita tak belajar, maka kita berdosa setiap saat dan ketika. 
Kedua, ilmu dalam Islam yg haq itu adalah dua, iaitu ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Kalau saudara nak tau tentang Islam dan tuntutannya, janganlah bergantung kpd cakap-cakap orang, ulama' sekalipun, melainkan orang yg memberitahu itu menyebut bahawa dia menulis kitabnya atau bercakap tentang Islam atas sandaran al-Quran dan as-Sunnah. Itu saja sumber dan hazanah ilmu yg haq atau benar dalam Islam. 
Ketiga, mengabdikan diri kpd Allah (a.w) itu hendaklah atas sandaran ilmu. Kerana, Allah (a.w) berfirman: 'Janganlah kamu kerjakan sesuatu amalan atau ibadah atau apa saja, tanpa memiliki ilmu mengenainya terlebih dahulu' [Ayat 36, Surah al-Israk yg kita rujuk seringkali dalam blog ini]. Keempat, sehubungan itulah jangan lupa bahawa kalau kita kerjakan apa-apa amalan dan ibadah, tanpa didasari oleh ilmu al-Quran dan as-Sunnah, paling minima kita tersasar jauh dari kebenaran, atau kita tersesat, dan paling rugi Allah (a.w) tidak terima segala amalan dan ibadah kita, dan kemungkinan besar, mnalah sudah pasti, kita akan tersesat dan terkeluar dari Islam. Kelima, sesiapa yg ada ilmu al-Quran dan as-Sunnah - termasuklah saudara yg mengikuti blog ini dan yg membaca post dalam blog ini - maka wajib saudara sampaikan atau sekurang-kurangnya beritahu mereka yg kita sayangi, kasihi dan kenali, demi kebaikan mereka dan kebaikan kita. saudara yg bagi tau dapat pahala, dan lebih ramai yg tau lebih banyak mendapat kiriman pahala untuk akhirat saudara. kalau saudara tak bagi tahu ancamannya berat, iaitu tidak mencium bau syurga.[Nota: Kita teahpun diberitahu bahawa sesiapa yg ada ilmu tak mau beritahu atau tak mau sampaikan, dia tidak akan mencium bau syurga. Begitulah utamanya ilmu akhirat itu. kalau saudara sorokkan ilmu dunia, tak ada akibat buruk pada kita walaupun kita tetap digam kedekut ilmu. Tapi, ilmu akhirat, jika disembunyikan atau disurukkan, kita diancam dgn ancaman yg amat berat, wal iya zubillah.
Di dalam hadith di atas itu, kita diperintahkan oleh Rasulallah (s.a.w) supaya menyampaikan apa sahaja ilmu mengenai syariat Islam itu sebaik sahaja kita tahu dan diajarkan. Di dalam hadith-hadith berikutnya, Rasulallah (s.a.w) memberi panduan kepada kita supaya jangan menyembunyikan ilmu atau jangan simpan ilmu setelah kita tahu tentang sesuatu ilmu itu. 
Apakala kita lakukan dua perkara yang pertama kita mendapat pahala mengembangkan as-Sunnah, dan apabila kita lakukan perkara ketiga balasannya masuk neraka, itu pasti. 
Saudara, 
supaya kita terlepas dari ancaman tersebut, berilah tahu orang-orang lain belog ini. Untuk itu penulis dan blog ini ucapkan jazakallahu khairah (semoga Allah (a.w) memberikan ganjaran pahala yg lebih baik kpd saudara).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment