Assalamualaikum,
Saudara, Islam mewajibkan seseorang iman itu mensolatkan kesemua solat fardunya di masjid secara berjema'ah, ie. berjema'ah di masjid. Solat-solat sunat pula dibuat di rumah. Antara rasionalnya adalah Allah (a.w) menyuruh hambaNya yg Islam dan iman itu bersolat secara berjema'h. Rasulallah (s.a.w) menyuruh umatnya solatkan solat-solat sunah di rumah, termasuklah solat-solat sunat mengiringi waktu solat-solat fardu itu di rumah. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) membina rumah hampir di masjid supaya beliau mudah solat fardu di masjid dan kemudian kembali ke rumahnya untuk mengerjakan solat-solat sunah.
Saudara,
Solat fardu itu wajib kerana sebagai seorang Islam dan iman solat adalah ibadah yg terutama dan paling utama sebagai membuktikan keIslaman serta keImanan kita sebagai orang Islam yg beriman. Kita telahpun diberitahu bahawa solat fardu itu adalah tiang ugama, jika kita tidak solat, maka runtuhlah ugama kita, dan menjadi kafirlah kita; dan di akhirat kelak solat fardu adalah ibadah yg pertama dan utama dihisab, baik hisabannya, maka baiklah kesudahan hisaban ibadah dan amalan yg lain.Solat fardulah satu drp ciri penting jema'ah Islam, kerana dikerjakan secara berjema'ah di belakang Imam yg mengetuai solat tersebut. [Nota: 'Imam' adalah jawatan kemuncak dalam golongan 'ulil amri', i.e. orang-orang yg diberikuasa mentadbiruruskan jema'ah umat Islam].
Kita lihat beberapa ketetapan as-Sunnah mengenai solat sunat di bawah ini:
(a) Solat sunat di rumah Memberikan Cahaya keImanan di rumah:
Di dalam Islam, tanpa mengerjakan solat di rumah, maka pudarlah rumah itu. maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh orang Islam mengerjakan solat-solat sunatnya di rumah, spt yg disebutkan dalam hadith berikut:

Diriwayatkan hadith daripada ‘Asim bin ‘Amru (r.a) berkata: ‘Keluar rombongan dari Iraq ke atas (yakni, menemui) Omar (r.a), maka apa-apa yang datang atasnya (yakni, rombongan tersebut), maka berkata bagi mereka (i.e. kpd mereka): ‘Dari mana kamu?’ Berkata mereka: ‘(Kami) Dari ahli Iraq .’ Berkata Omar (r.a): ‘Adakah mendapat izin kamu berada di sini?’. Berkata mereka: ‘Ya!’ Berkata (perawi hadith ini): ‘Bertanya mereka atas urusan solat seseorang lelaki di dalam rumahnya.’ Maka berkata Omar (r.a): ‘Bertanya aku kepada Rasulallah (s.a.w), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adapun solat seseorang lelaki di dalam rumahnya menjadi cahaya (pada rumahnya). Maka memberi cahayalah kamu pada rumah-rumah kamu.’[Hadith Ibnu Majah] .
Solat sunat yg disolatkan di rumah itu seumpama memberikan cahaya kpd rumah yg gelap gulita. Di dalam hadith berikut, Rasulallah (s.a.w) mencontohkan kpd umatnya bahawa beliau mensolatkan solat-solat sunat di rumahnya.

Diriwayatkan hadith daripada Haram bin Ma’awiah, daripada makcik Ummu Abdullah bin Said (r.ah) yang berkata: ‘Aku bertanya kepada Rasulallah (s.a.w): ‘Mana yang lebih afdhal? Solat di dalam rumahke atau solat di dalam masjid?’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Adakah tidak engkau melihat pada rumahku? Apa-apa yang mendekati rumahku dari masjid! Maka apabila solat aku (solat sunat) di dalam rumah lebih senang (suka) padaku dari apabila bersolat aku di dalam mesjid, kecuali apabila ada solat fardu (yakni, solat-solat fardu dibuat di masjid).’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith di atas itu menyebutkan bahawa solat-solat fardu dibuat di masjid, i.e. dijema'ahkan, manakala solat-solat sunat itu dikerjakan di rumah.
(b) Solat sunat di rumah Mendatangkan Kebaikan kpd Keluarga.

Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa solat-solat sunat yg dikerjakan di rumah memberi kebaikan kpd rumah dan keluarga.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said al-Khudri (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketika selesai salah seorang daripada kamu bersolat (fardu di masjid), maka hendaklah (bersolat solat di rumah) nescaya di solatkan sunat (di rumah) sebahagian daripada solat sunat. Maka sesungguhnya Allah (a.w) menjadikan di dalam rumah kamu dari solat di rumah itu kebaikan (bagi kamu dan isi rumah kamu).’ [Hadith Ibnu Majah]
(c) Janganlah Jadikan Rumah Spt Kubur
Dalam hadith di bawah ini Rasulallah (s.a.w) mengibaratkan rumah yg penghuninya tidak mengerjakan solat sunat seumpama kubur. Sebagaimana kubur sunyi sepi, tiada apa-apa kegiatan, begitulah rumah kita yg tidak ada orang yg mengerjakan solat-solat sunat di rumah mereka.
Diriwayatkan hadith daripada Nafi’, daripada Ibnu Umar (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Janganlah menjadikan rumah-rumah kamu (seperti) kubur-kubur.’ [Hadith Ibnu Majah] .
Mudah-mudahan, kita sentiasa mencari kesempatan untuk mengerjakan solat-solat sunat di rumah, terutama setelah bangun pada sepertiga terakhir malam untuk mengerjakan solat-solat sunat yg digalakkan iaitu Solat tahajud dan Solat Witir dan lain-lain solat. Seboleh-bolehkan ketika bersolat malam itu hendaklah dibaca surah-surah yg panjang kerana dalam suasana bening malam itu, hati kita lebih terteram dan lebih khusyuk.

Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment