Tuesday, February 8, 2011

Fahaman Mazhab dan Syariat Islam

Assalamualaikum,
Saudara, kalau rajin ikuti beberapa blog yg ditulis oleh para ilmuwan akademik di universiti (spt UKM, UPM,UUM, UPM dan UIAM) dan beberapa pula blog yg dikendalikan oleh veteran ilmuwan atau ulama' yg pernah tersohor dalam kehidupan mereka, kita dapat mereka serinmg merujuk kpd dua perkara; iaitu: Pertama, fahaman dan pendirian kemazhaban, khususnya Mazhab As-Syafie; dan kedua, kpd phrase atau frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Anihnya, mereka tidak pula memberi kita tahu apakah Islam itu sah kalaulah kita bertaklid kpd mazhab as-Syafie, dan tidak sah kalau kita tidak bertaklid kpd mazhab as-Syafie? Atau, adakah kita tidak diakui Islam yg haq (i.e. benar) jika kita tidak bertaklid kpd mazhab, memadai menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan? Mudah-mudahan ada orang yg akui dirinya ulama' dan ilmuwan yg faham tentang hubungkait antara fahaman kemazhaban dgn aqidak Islam, memberi penjelasan dan kefahaman, insya Allah.
Saudara, dalam blog ini kita sering juga sebutkan frasa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' ini semata-mata bertujuan untuk membetulkan tanggapan mnajoriti para ulama' dan ilmuwan Islam yg menyatakan bahawa golongan atau orang-orang yg boleh dikira tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah pengikut mazhab yg empat, terutama Mazhab as-Syafie! Betulke??
Saudara, yg utama pada penulis, dan pastinya saudarapun, adalah bukan label atau cop Islam kita. Yg utama adalah jika kita ikuti jalan Islam yg benar itu, pastilah kita termasuk dalam golongan yg pasti dapat syurga, mengikut firman Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa'. Bukankah itu misi hidup kita? Bukankah itu matlamat hidup dan hajat kita? Jika begitu, apakah jika kita berada dalam Mazhab as-Syafie atau mengikuti sepenuhnya ajaran Mazhab as-Syafie, kita pasti tergolong dalam mereka yg disebutkan dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' itu?? Atau, sebaliknya??
Kalau saudara benar-benar faham fahaman yg dikatakan fahaman Mazhab as-Syafie itu, cuba saudara semak apakah perbezaan antara ajaran kemazhaban dgn ajaran as-Sunnah? Dalam blog ini kita telah lihat sebahagiannya dalam konteks solat dan ibadah haji. Cuba saudara kaji pula tulisan Imam as-Syafie, terutama kitab utama beliau - al-Umm - apakah ajaran beliau itu berlainan drpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah? Atau, apakah segala sesuatu yg kita anggap sebagai ajaran Imam as-Syafie yg kita pegang dan amalkan sekarang ini sebenarnya bukanlah ajaran Imam as-Syafie, tetapi ajaran entah siapa selepas wafatnya Imam as-Syafies 1,200 tahun yg lampau? Dalam suatu post blog ini kita telah salinkan kata-kata penamat atau reservation para imam yg 4 itu tentang pendirian mereka mengenai ajaran mereka. Saudara boleh semak semula. kalau begitulah kata-kata Imam as-Syafie (dan imam-imam yg lain), maka sudah barang pasti beliau tidak mengajarkan sesuatu dalam Islam yg bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Begitu jugalah Imam Malik, Imam Ahmad, Imam Abu Hanifah tidak akan mengajar pengikutnya atau anak muridnya sesuatu yg sama sekali bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah. Jika demikian, tidak salahlah bertaklid kpd mazhab, kerana apa yg diajarkan mazhab sama dgn apa yg diajarkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Jika yg mereka ajarkan berbeza dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, maka bertaklid kpd mazhab adalah mencari jalan kemusanahan kpd diri kita sendiri. Imam as-Syafie tidak akan dapat menolong kita [Ayat 12, Surah Ibrahim] di akhirat nanti. Sudah pasti kita tidak tergolong dalam golongan yg berjaya pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu. Malahan jika berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya, Imam as-Syafie, dan para imam muktabar yg merupakan mereka yg bertanggungjawab kpd kesinambungan fahaman kemazhaban juga akan sama-sama binasa di akhirat kelak. Tapi, Imam as-Syafie telah menyatakan bahawa jika beliau ajarkan sesuatu yg batil kerana ada ketetapan as-Sunnah menyangkal pendapatnya, maka dia tarik balik atau buang pendapatnya! Jelaslah, beliau pasti tidak menyalahi ketetapan as-Sunnah. Tetapi, ada banyak ketetapan yg dikatakan ketetapan Mazhab as-Syafie yg berlainan dari keettapan as-Sunnah, kenapa, mengapa terjadi? Kalau bukan ajaran Imam as-Syafie, ajaran siapa? Yg pasti begitu banyak perbezaaan ketetapan dan suruhan dan ajaran dalam fahaman kemazhaban di malaysia sekarang ini sehinggakan kita wajar tanya diri kita sendiri, apakah kita berpegang kpd fahaman Mazhab as-Syafie yg asli atau yg tipu??
Bersambung ...

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment