Sunday, February 13, 2011

Orang yg Pintar

Assalamualaikum,
saudara, siapakah orang yg bijak dalam Islam? Ramai orang yg bijak mengurus dunianya sehingga menjadi orang yg kaya raya dan berjaya dalam banyak bidang dunianya, melebihi atau mengatasi orang lain. Namun, gagal dia menguruskan akhiratnya. Gagal kerana dia tidak mentaati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w), walaupun dia Islam. Pada kaca mata Islam, orang sedemikian tidak diakui sebagai orang yg bijaksana atau pintar. Dia utamakan yg akan pupus dan lupakan kehidupan akhirat yg kekal! Dalam Islam orang yg bijak itu adalah seorang yg beriman yg menjalani kehidupannya di dunia sebaik mungkin dan begitu juga menguruskan akhiratnya sebaik mungkin. Dia orang yg bijak apabila mengimbangi tuntutan dunia dan tuntutan akhirat. Ini disebutkan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari Anas b Malik (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Lebih besarnya (yakni, yg terbaik) seorang manusia itu apabila dia bercita-cita seorang iman yg mencita-citakan perkara (yakni, kejayaan) dunia dan perkara (kejayaan) akhiratnya.' [hadith Ibnu Majah, Kitab Jual Beli]
Maksud hadith ini menyebutkan bahawa seorang manusia yg beriman yg terbaik adalah orang yg, semasa menjalani kehidupan dunianya, dia adalah orang yg memiliki cita-cita dan keazaman untuk mendapatkan kejayaan untuk dunianya dan untuk mendapat kejayaan dalam kehidupan akhiratnya serentak. Dia usahakan sesuatu dalam hidupnya untuk kejayaan dunia dan pada masa yg sama untuk kejayaan akhiratnya berganding. Tak tinggalkan akhirat kerana dunia, tak tinggalkan dunia kerana akhirat.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment