Assalamualaikum,
Saudara, di akhir zaman ini orang Islam kebanyakannya hanya Islam atas nama sahaja, kerana pengetahuan mereka tentang Islam teramat sedikit. Sebabnya; pertama: Orang Islam sudah tidak mengutamakan pembelajaran ilmu mengenai ugamanya; kedua, orang yg berilmu yg dipanggil 'ulama', 'ustaz' dan sebagainya, tidak lagi dgn sukarela mengajarkan ilmu kpd masyarakatnya; ketiga, orang Islam semakin hari meniru cara dan gayahidup orang-orang yg tidak Islam atau yg tidak berugama; dan keempat, orang Islam semakin lama semakin mirip bertuhankan nafsunya.
saudara, dalam post ini kita lihat sebagai panduan kita tentang ketetapan Allah (a.w) mengenai perkara siapakah yg dibolehkan seorang lelaki itu kahwini:
Firman Allah (a.w): 'Diharamkan atas kamu (lelaki) (mengahwini/menikahi) (pertama) ibu-ibumu; (kedua) anak-anakmu yg perempuan; (ketiga) saudara-saudaramu (i.e. adik beradik) perempuan; (keempat) anak-anak perempuan dari saudara (i.e. adik atau kakak) yg perempuan; (kelima) anak-anak perempuan dari saudaramu (i.e. adik dan abang) yg lelaki; (keenam) ibu-ibu (i.e. wanita) yg menyusui kamu; (ketujuh) saudara perempuan yg sepersusuan (i.e. anak perempuan kpd ibu susuan); (kedelapan) ibu-ibu isterimu (i.e. ibu mertua); (kesembilan) anak-anak isterimu yg dalam pemeliharaanmu (i.e. anak tiri perempuan) dari isteri yg telah kamu campuri (i.e. jimak atau setubuhi), tetapi jika kamu belum campuri (i.e. jimak atau setubuhi) isteri itu (dan kamu telah ceraikan) maka tidak mengapa (i.e. tidak berdosa) kamu kahwini; (kesepuluh) (diharamkan) isteri-isteri anak kandunganmu (i.e. menantu); (kesebelas) (diharamkan) menghimpunkan (dalam perkahwinan) dua wanita yg bersaudara (i.e. adik beradik) kecuali yg telah terjadi dimasa lampau (Nota: Tapi hendaklah diceraikan salah seorang jika mahu dikahwini seorang yg lainnya)...' [Ayat 23, Surah an-Nisa']
Saudara, demikianlah sepuluh kategori wanita yg tidak dibolehkan seorang lelaki menikahi mereka. [Nota: Bagi wanita pula dia dilarang bernikah dgn sepuluh kategori lelaki yg disebutkan. Maksudnya, bagi kalimah 'perempuan' dalam ayat itu diganti dgn kalimah 'lelaki'].
Saudara, perkara ini saudara ketahui atau telahpun diberitahu oleh orang tua kita atau oleh para ulama' atau tok guru kita. Yg penting diingatkan dalm post ini adalah inilah sepuluh kategori orang yg juga termasuk dalam istilah mahram kpd kita. Tidak berdosa kita menyentuh dan bersentuhan dgn mereka. Dan, justeru itu ada banyak kategori wanita yg selain yg sepuluh itu yg berdosa kalau kita bersentuhan dgn mereka, spt kakak/abang ipar bagi seorang lelaki/perempuan, besan kpd ibu dan bapa kita, anak-anak kpd besan dan seumpamanya. [Nota: Lelaki (atau perempuan) yg menyentuh wanita (atau lelaki) yg bukan mahramnya mendapat dosa, walaupun persentuhan itu berlapik (i.e. ada kain antara kulit kita dan kulit wanita tersebut, jika sentuhan itu disenagajakan!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment