Assalamualaikum,
Saudara, sebagai orang Islam dan beriman, kita wajib bersyukur kpd Allah (a.w) atas segala nikmat yg kita kecapi sehingga sekarang. Ada banyak nikmat yg kita terima. Kalau kita nak hitung Allah (a.w) berifrman, tidak mungkin akan terkira atau terhitung oleh kita [Ayat 18, Surah an-Nahl: Dan jikalah kamu hendank menghitung nikmat Allah (a.w) kpdmu tidak mungkin kamu dapat hitung']. Apakah kita telah mensyukuri nikmat-nikmat itu? Jika tidak, bererti, counter factualnya, kita kufurkan nikmat.
Di dalam Islam apabila kita menerima sesuatu kebaikan dari orang lain (yakni, orang, apa jua bentuk kebaikan, kita wajib bersyukur (bak kata biasanya, kita berterima kasih padanya). Kerana, kalau kita tidak boleh bersyukur kpd orang yg berbuat baik kpd kita, bererti kita tidak syukur kpd Allah (a.w). Logiknya mudah: kalau kebaikan yg kita dapat lihat dari sumber yg kita dapat lihat dgn mata kepala kitapun, kita tak tau nak berterima kasih, masakan kita boleh berterima kasih pd Allah (a.w) yg tidak pun boleh kita lihat dgn mata kepala kita!
Diriwayatkan hadith daripada Muhammad bin Ziad hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) la yasykurun-nasa la yasykurullah.' [Maksud: Barangsaipapa tidak bersyukur kepada manusia (maka) tidak bersyukur kepada Allah (a.w)] [Hadith at-Termidzi, Kitab Memperbaiki Silaturahim]
Hadith di atas menyebutkan sesiapa yang tidak berterima kasih atau bersyukur terhadap sesuatu kebaikan dan pemberian orang lain kepadanya, maka dia sebenarnya tidak bersyukur kepada Allah (a.w). Kerana, seseorang yang tidak mensyukuri pemberian makhluk Allah (a.w) pastilah dia tidak bersyukur kepada pencipta makhluk itu. Ramai manusia yang tidak mensyukuri Allah (a.w) kerana tidak mensyukuri manusia yang berbuat baik dan memberikan sesuatu padanya atau melakukan sesuatu kebaikan padanya. [Nota: Penulis blog ini berbuat baik kpd saudara kerana memberitahu suatu yg bersifat ilmu g haq, kalau sadra tak berteima kasih pada penulis jelaslah saudara tergolong dari kalangan manusia yg tidak bersyukur! jauhilah sifat buruk ini].
Di dalam hadith berikut yang diriwayatkan oleh seorang sahabat yang lain, prinsip yang sama disebutkan. Hadith di atas perawinya adalah abi Hurairah (r.a). Hadith di bawah pula perawinya adalah Abi Said al-Khudri (r.a), juga seorang sahabat Nabi (s.a.w).
Diriwayatkan hadith daripada ibni Abi Laila (r.a) hadith daripada ‘Atiyah hadith daripada Abi Said (al-Khudri) (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man (-al) lam yasykurun nasa lam yasykurullah.' [Maksud: Barangsiapa tidak bersyukur kepada manusia (dia) tidak bersyukur kepada Allah (a.w).] [Hadith at-Termidzi, Bab Memperbaii Silatruahim]
Seseorang Islam yang beriman itu sentiasalah dia berterima kasih atau bersyukur kepada seseorang yang memberi dan menolongnya, walaupun mungkin dia tidak kenal orang yang memberi atau membantunya. Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa manusia itu wajib bersyukur kepada sesiapa sahaja yang berbuat baik atau memberi sesuatu padanya atau menolongnya. Jika dia bersyukur terhadap manusia lain yang memberi dan menolongnya, itu adalah sifat seseorang Islam yg beriman, maka orang itu boleh dikira berkemungkinan menysyukuri nikmat yang diberikan oleh Allah (a.w) kepadanya. Jika dia tidak syukur kepada manusia yang dia boleh lihat dengan jelas kebaikan orang lain kepadanya, masakan dia boleh bersyukur dengan pemberian yang tidak dilihatnya, iaitu pemberian dari Tuhannya yang tidak dapat dilihat?
Saudara, mudah-mudahan kita jadikan kelaziman kita mudah menzahirkan kesyukuran kita kpd manusia yg berbuat baik kpd kita. Dan, kerana itu Allah (a.w) senaraikan kita sebagai orang yg bersyukur kpdNya.
Jazakallahu khairah
Terima kasih
ReplyDelete