Assalamualaikum,
Saudara, setelah sekian lama kita berpisah dari zaman awal Islam - kira-kira 1432 tahun yg lampau - umat Islam kembali mengikuti ciri-ciri jahiliah dalam mementingkan keturunan dalam menentukan kedudukan sosial seseorang itu dalam masyarakat. Suatu masa dulu di kalangan masyarakat Melayu, 'syarifah', yakni anak perempuan kpd keluarga 'syed', tidak sekali-kali dibenarkan menikah dgn teruna yg bukan 'syed' atau anak kpd seorang 'syed'. Kononnya tercemarlah darah keturunan keluarga 'syed' tersebut'. Seorang 'syarifah' hanya dibolehkan berkahwin dgn seorang teruna 'syed'. Demikian jugalah mereka yg bergelar 'tengku' atau 'tunku' atau 'tuanku' kerana mereka berkerununan darah atau kerabat 'raja'. Demikian jugalah seorang gadis bergelar 'daeng' atau 'radin', iaitu keturunan nobiliti Jawapun serupa.
Kemudian, masyarakat pula yg membuat penentuan tentang panggilan yg wajar atas gelaran atau keluarga ternama tersebut. Di utara Malaysia, contohnya, suatu masa dulu, orang biasa dikerah memanggil 'syed' dgn membahasakan diri mereka 'hamba' atau 'patik'!. Dan orang yg bernama 'syed' itu disebut 'tuan' - Tuan Syed ABC, sebagai contoh. Kalau keturunan 'raja', maka disuruh panggil 'tuanku' dgn didahului dgn 'yg mulia', dan yg memanggil itu menyebut dirinya 'patik'.
Hari ini amalan atau tegahan kerana keturunan ini kekal dan masih berleluasa. Maka darah keturunan menentukan mulia atau tidaknya seseorang itu atau sama ada setaraf atau tidak sesebuah keluarga itu. Sehinggakan, keluarga yg bukan keturunan 'tunku' atau 'syed' tidak berani melamar atau meminang anak dara keluarga diraja atau keluarga 'syed'! Dan, kerana nama 'tunku' atau 'tengku' atau 'syed' itu hanya dikekalkan jika bapa sianak itu seorang 'tengku' atau 'syed', maka norma dan tatasusila masyarakat mengekalkan tradisi membeza-bezakan kedudukan dalam masyarakat kerana keturunan.
Saudara, soalnya kita yg penuh yakin dgn Islam tahu bahawa nenek moyang manusia itu adalah Adam (a.s) dan Hawa (a.s). Tiada gelaran - sultanke atau syedke atau rajake atau tengkuke atau sebagainya. Jadi, dari mana datangnya gelaran sedemikian? Sehinggakan hari ini gelaran itu dikekalkan menjadi nama. kalau setakat gelaran saja, itu kita faham. Tapi, kini gelaran dinobatkan sebagai nama hakiki? Maka, generasi demi generasi, timbullah perbezaan mertabat semata-mata kerana nama dan keturunan. Ini adalah norma masyarakat jahiliah Arab zaman sebelum Islam, yg telah diambil pakai oleh masyarakat Melayu sehingga ke hari ini.
Saudara, dalam Islam darjat ditentukan oleh Allah (a.w) dan RasulNya (zaman Rasul masih hidup). Dan, darjat itu kerana ketaqwaan, keimanan, kafaqihan, kefahaman dan kealimannya seseorang itu tentang al-Quran dan as-Sunnah. Maka, Allah (a.w) meninggikan darjat seseorang itu kerana ketaqwaan dan keimanan dan keilmuannya, sebagaimana disebutkan di dalam al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith daripada ‘Amir bin Wasilah, yakni Abi Tufaili (r.a,) berkata: ‘Bahawasanya Nafi’ bin Abdil Harith (r.a) berjumpa Omar ibni Khattab (r.a) [Ketika itu Omar ibni Khattab (r.a) adalah khalifah Islam berpusat di Mekah] di suatu tempat (Bandar atau kampong bernama) ‘Usfan. Dan adapun Omar (r.a) telah menjadikan Nafi’ sebagai pentadbir di Mekah. Maka berkata Omar (r.a): ‘Siapakah yang dijadikan pentadbir atas ahli Wadi (danau) (iaitu satu wilayah umat Islam dan bukan Islam) itu?’
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Menjadikan pentadbir atas mereka Ibnu Abza.’
Berkata Omar (r.a): ‘Dan siapa Ibnu Abza?’
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Seorang lelaki dari bekas hamba aku.’
Berkata Omar (r.a): ‘Maka engkau jadikan atas mereka (yakni, jadikan pemimpin memimpin orang iman) bekas hamba?’
Berkata Nafi’ (r.a): ‘Sesungguhnya dia itu qari (yakni, pandai membaca) bagi Kitab Allah (a.w), ‘alim (yakni, banyak ilmunya) tentang (atau dengan) ilmu faraid (yakni, pembahagian harta wraith dalam Islam), qadi (yakni, pandai menghukum berpandukan al-Quran dan as-Sunnah).’
Berkata Omar (r.a): ‘Ada kalanya bahawa Nabi kamu (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) mengangkat (darjat) dengan ini kitab (yakni, al-Quran) beberapa kaum mengangkatkan darjat dengannya yang lain.’ [Hadith Ibnu Majah]
Saudara, selain menunjukkan bahawa dalam Islam kedudukan keluarga atau nama itu tidak penting. Yg penting adalah sesuatu jawatan itu hendaklah diberikan kpd orang yg faham dan faqih tentang tanggungjawab jawatan atau perlantikan tersebut. Dalam hadith ini disebutkan bahawa seorang bekas hamba dilantik menjadi pemerintah suatu daerah umat manusia. Dia dialantik bukan kerana keturunan atau status sosialnya sebelum Islam atau selepas Islam, tetapi kerana beberapa ciri: iaitu, pertama, dia seorang qari (yakni, pandai membaca al-Quran). Maka dgn itu dia boleh mengimamkan solat jema'ahnya. [Nota: Pemimpin dalam islam wajib juga mengimami solat berjema'ah]. Kedua, dia orang yg alim (yakni, orang yg luas ilmunya tentang Islam dan syariatnya dan segala ketetapan menegnainya). Ketiga, dia juga ahli (sekarang: pakar) dalam ilmu faraid (ilmu tentang pembahagian harta warisan Islam). Keempat, dia juga adalah seorang qadi (yakni, faham dan faqih dia tentang al-Quran dan as-Sunnah, maka boleh menjdi jruhukum yg baik lagi adil). Omar b Khattab (r.a),. ketika itu adalah Khalifah (i.e. pemimpin jema'ah mat Islam) menyetujui perlantikan tersebut. Hari ini, adakah dalam pemilihan seseorang untuk sesuatu jawatan itu kita putuskan atas dasar sebagaimana di atas itu?
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment