Saturday, February 12, 2011

Peringatan: Makan Terbaik Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, semua kita makan. Sejak dari kecil lagi kita diajarkan bahawa manusia itu boleh kekal hidup, kalau tak makan seminggu, tapi akan mati jika tak minum air sehari, dan akan mati kalau tiada oxygen dalam 3 minit. Semuanya dgn takdir Allah (a.w). Hari ini kita makan, sekurang-kurangnya 3 kali sehari - pagi, tengah hari dan malam. Ada yg menambah pula 'supper' lewat malam. Umat Islam tidak ditegah makan. Yg ditegah adalah memakan makanan yg haram atau makan dgn sumber yg haram, spt membeli makanan atau bahan makan dari sumber yg terlarang dalam Islam spt dari wang curian, wang rasuah, wang peras ugut, wang rompakan, wang hasil jualan benda-benda haram dan seumpamanya. Mereka yg makan dari sumber yg haram, maka darah daging dan segala yg tumbuh hasilnya akan dibakar di neraka di akhirat kelak.
saudara, Islam mengajarkan umatnya satu ketetapan yg utama dalam perkara makanan. Kita telahpun lihat dalam post yg lalu bahawa makan yg terbaik adalah makan yg dihasilkan oleh keraja tangan kita atau dari usaha titik peluh kita sendiri, bukan dari sumber hasil meminta-minta dari orang lain. Dalam post itu disebutkan bahawa Nabi Daud (a.s) yg juga seorang raja, adalah contoh terbaik dijadikan ikutan. Nabi Daud (a.s) makan dari sumber hasil kerjanya atau titik peluhnya sendiri iaitu menjual baju besi yg dibuatnya sendiri yg dijualnya untuk mendapat wang dan dgn wang itulah dia menyara dirinya dan keluarganya yg terdiri dari 100 orang Isteri. Nabi Daud (a.s) adalah seorang raja yg memerintah negaranya. Dia berhak untuk mengambil sebahagian daripada hasil makhsul negaranya untuk dirinya dan untuk menyara keluarganya. Tapi beliau tidak mengambil se-senpun dari perbendaharaan negaranya untuk menyara diri dan keluarga.
Diriwayatkan hadith dari Khalid ibni M'dan hadith dari Miqdam (r.a) hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Tidak makan salah seorang kamu (orang iman) suatu makanan sama sekali lebih baik dari bahawa makan kamu sekelian dari makanan (sumber pendapatan) hasil kerja kedua-dua tangan kamu (yakni, dgn titik peluh atau keringat sendiri); dan bahawasanya Nabi Allah (a.w) Daud (a.s) adapun makan dia dari (pendapatan hasil) pekerjaan kedua-dua tangannya.' [Hadith Bukhari, Kitab Dagangan]
Islam memberi keberkatan pada orang yg makan atau menyara diri dan kelurganya dari hasil kerja titik peluhnya sendiri, sama ada dia bertani, berniaga atau membuat sesuatu barangan untuk dijual dan sebagainya.
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) hadith dari Rasulallah (s.a.w) yg bersabda bahawa Nabi Daud (a.s) adalah tidak makan dia (akan makanan) kecuali dari makanan (yg didapatinya) dari pekerjaan kedua-dua tangannya.' [Hadith Bukhari, Kitab Dagangan]
Saudara, selain mesej Rasulallah (s.a.w) itu menunjukkan keberkatan makan dan minum dari hasil krja sendiri, hadith-hadith itu melambangkan contoh pemimpin Islam yg terbaik itu adalah mereka yg berusaha sendiri untuk menyera diri dan keluarganya tanpa bergantung kpd 'Baitul Mal' atau kekayaan negara yg tersimpan di dalam perbendaharaan negeri. Hari ini, belum kita temui atau dengar sesiapa yg menyebut bahawa wujudnya raja atau pemimpin yg, dgn usahanya sendiri, menyara diri dan keluarganya. Yg sering mkita dengar adalah pemimpin itu dan ini meluluskan belajawan tambahan untuk 'household'nya kerana pelbagai sebab. Kita juga dengar pemimpin sianu itu mendapat habuan drp konsesi atau kontark mega yg dianugerahkan kpd sianu dan sifolan.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment