Saturday, February 26, 2011

Mengajar al-Quran: Orang yg Terpuji

Assalamualaikum,
Saudara, dalam suatu post tahun lalu atau dua tahun lalu, seorang pembaca blog/post ini menulis tentang orang yg terbaik di dalam Islam itu adalah orang yg belajar al-Quran dan mengajarkan al-Quran. [Nota: Dalam konteks Islam, apabila kita merujuk kpd ketetapan Islam, maka rujukan kpd ketetapan al-Quran juga merupakan rujukan kpd as-Sunnah. Kerana, dalam manifestasi pengabdian - amalan dan ibadah kpd Allah (a.w) itu - kita wajib rujuk perincian sesuau ketetapan Allah (a.w) itu dalam as-Sunnah.]
Kita rujuk bebarapa hadith yg mesejnya sama, iaitu: 
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Affan (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w) [Mengikut riwayat Syu’bah (r.a) sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu’] [dan mengikut riwayat Sufiyan (r.a) pula] ’Kefadhalan (yakni, kebaikan) bagi mereka yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ [Hadith ibnu Majah & Bukhari] 
Ini tidaklah bermaksud bahawa umat Islam itu hanya perlu belajar tiga ilmu tersebut. Umat Islam wajib mempelajari dan memahami ugamanya untuk mendapat kesejahteraan dunia dan lebih-lebih akhirat. Umat Islam boleh mempelajari lain-lain imu demi keperluan dunianya. Tetapi, tanpa ilmu yang tiga itu dia tidak akan terpimpin dalam kehidupan dunianya. 
[Nota: Hadith di atas menjelaskan bahawa mengikut Syu’bah (r.a), seorang daripada perawi dalam isnad hadith ini, ungkapan yang digunakan oleh Nabi (s.a.w) adalah ‘khairukum’, manakala mengikut Sufiyan (r.a) ungkapan yang digunakan adalah ‘Afdhalakum’. Kedua-duanya adalah perawi dalam isnad perawi selepas Othman Affan (r.a) sebelum Ibnu Majah (r.a). Maksudnya sama, iaitu sebaik-baik pekerjaan itu] 
Hadith-hadith di atas dan seterusnya memberikan dalil betapa pentingnya ilmu al-Quran itu dipelajari dan diajarkan kepada orang lain. Kita semua tahu bahawa al-Quran itu adalah Perlembagaan Agung Islam. Ia mengandungi segala perintah Allah (a.w) yang diturunkan secara sedikit demi sedikit kepada Rasulallah (s.a.w) dalam jangka masa dua puluh tiga (23) tahun melalui perantaraan malaikat Jibrail (a.s) ataupun melalui wahyu. 
Al-Quran mengandungi syariat utama ugama Islam. Ia menjadi sumber utama syariat Islam dan peraturan mengenai syariat. Syariat itu adalah keseluruhan system amalan dan ibadah yang membolehkan manusia itu mengabdikan diri mereka kepada Tuhan Penciptanya, Allah (a.w). Oleh kerana itulah mereka yang Islam dan beriman hendaklah dia berpegang semata-mata dengan al-Quran sebagai sumber ilmu dan akidah Islam dengan berpandukan as-Sunnah atau al-Hadith yang menjelaskan secara terperinci bagaimana seseorang yang Islam dan beriman itu mengabdikan diri mereka supaya amalan dan ibadah mereka diterima Allah (a.w). Maka dengan itulah penting belajar Al-Quran, bukan setakat  membacanya dan menghafaznya, tetapi lebih penting menguasai maksud dan tafsirnya, dan sekali gus juga belajar mengenai as-Sunnah: 
Hadith No 1: Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Affan (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik atau yang paling afdhal (atau yang paling utama) (adalah) bagi barangsiapa yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ [Hadith Ibnu Majah & juga at-Termidzi’] 
Hadith No 2: Diriwayatkan hadith daripada Mus’ab bin Sa’din (r.a), katanya hadith daripada bapanya yang berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu adalah (orang) yang belajar dan mengajarkan al-Quran.’ Berkata ‘Asim bin Yahdalah (r.a), seorang perawi dalam isnad hadith ini, yang mendapat hadith daripada Mus’ab (r.a) itu: ‘Dan Mus’ab bin Sa’din (r.a) [Perawi hadith ini] memegang tanganku maka disuruhnya aku duduk di suatu tempat duduk, dan (disuruh) membaca aku akan al-Quran.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Hadith No 3: Diriwayatkan hadith daripada Ali bin Abi Thalib (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sebaik-baik kamu (adalah) orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya.’ [Hadith at-Termidzi] 
Saudara, Empat potongan hadith di atas menyatakan bahawa Rasulallah (s.a.w) telah memberi panduan kepada kita, bahawa orang yang Islam dan beriman itu terbaik jika dia melakukan dua perkara tersebut, iaitu belajar al-Quran (dan as-Sunnah) dan mengajarkan al-Quran (dan as-Sunnah).

Jazakallahu khairah 

No comments:

Post a Comment