Thursday, February 3, 2011

Perkahwinan: Bekas-bekas Isteri Bapa Tidak Dibolehkan

Assalamualaikum,
Saudara, perkahwinan itu digalakkan dalam Islam supaya manusia kekal ada di dunia dan agar membanyakkan umat manusia yg mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Namun ada ketetapan Islam bahawa tidak semua wanita itu boleh dikahwini oleh lelaki. Yg utama disebutkan yg tidak boleh dinikahi adalah bekas isteri kpd bapa (atau, bagi wanita, adalah bekas suami kpd ibu kandung).
Firman Allah (a.w): 'Dan, janganlah kamu menikahi wanita-wanita yg telah dikahwini oleh ayahmu (atau bapamu), terkeualilah pada masa yg telah lampau. Sesungguhnya perbuatan itu amat  dan dibenci Allah (a.w) dan (perbuatan itu) adalah seburuk-buruk jalan (yg dilalui atau ditempohi).' [Ayat 22, Surah an-Nisa']
Saudara, seorang lelaki itu diboleh mengahwini bukan semua wanita. Dalam ayat ini seorang lelaki (atau perempuan) itu dilarang oleh Islam sama sekali menikahi bekas-bekas isteri (atau suami) bapanya (atau ibunya). Dari segi logiknyapun manusia itu, walaupun tidak Islam, faham. [Nota: Ayat ini menyebutkan bahawa jika berlaku sebelum Islam, tidak mengapa tetapi wajib diceraikan isteri (atau sumai) sedemikian.
Perkara ini dimasukkan ke dalam blog ini sebagai peingatan, kerana tidak mungkin lagi berlaku dewasa ini. Walaupun begitu pernah dilapurkan dalam akhbar suatu masa dulu bahawa seorang ibu tunggal telah bersekedudukan dan melakukan persetubuhan dgn anak lelakinya. Satu perbuatan yg jauh lebih serius dari larangan yg disebutkan dalam ayat ini.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment