Assalamualaikum,
Saudara, kita telah tahu beberapa perkara tentang solat; iaitu, antara lain: pertama, solat fardu itu adalah tiang ugama Islam, jika kita tinggalkan, i.e. tidak kerjakan, maka kita meruntuhkan ugama kita; kedua, solat fardu itu adalah amalan yg mula-mula di hisab di akhirat kelak, kalau ok , maka oklah segala amalan dan ibadah selainnya; jika tidak ibadah yg lain tak guna; ketiga, kalau cacat atau wujud kekurangan dalam solat fardu kita, ketika dihisab kelak, Allah (a.w) suruh malaikat tengok ibadah solat sunat kita, untuk menampung kekurangannya; keempat, solat yg diterima hendaklah dgn niat yg menepati perintah Allah (a.w) pada Ayat 57, Surah al-Isra' (i.e. kerana mencari kerahmatan Allah (a.w) (i.e. syurgaNya), dan takutkan azab Allah (a.w) (i.e. siksaan nerakaNya); kelima, sekiranya satu waktu solat ditinggalkan tanpa alasan (i.e. keuzuran) syar'i, maka kita, secara otomatis, jatuh kafir; keenam, solat hendaklah dikerjakan sejajar dgn bentuk-bentuk, cara dan kaedah yg dikerjakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w); dan ketujuh, untuk tujuan itu, hendaklah kita memiliki ilmu yg haq bagaimana bersolat. Maka dgn itulah hadith berikut wajib kita jadikan panduan kita sentiasa dan setiap masa.
Diriwayatkan hadith daripada Abi Qilabah (r.a) bahawa Malik (r.a) menceritakan kepadanya dengan berkata: ‘Kami datang kepada Nabi (s.a.w) (untuk belajar ilmu syariat ugama Islam) sedangkan kami pemuda-pemuda yang hampir sebaya. Kami tinggal bersama beliau (yakni, belajar dengan beliau) selama dua puluh malam. Rasulallah (s.a.w) sangat halus perwatakannya. Sebab itu, setelah beliau mendengar bahawa kami ingin bertemu dengan (yakni, merindui) keluarga kami, beliau menanyakan kepada kami tentang keluarga yang kami tinggalkan. Lalu kami ceritakan kepada beliau. Nabi bersabda: ‘Kembalilah kamu kepada keluarga kamu dan tinggallah bersama mereka, ajarkanlah dan suruhlah mereka.’ (Kata Malik: Disebutkan oleh beliau beberapa hal, ada yang kami ingat dan ada yang tidak ingat kami. Diantara sabda beliau:) ‘Sollu kama ra-aitumuni yusalli’ [Maksud: Solatlah kamu sebagaimana kamu melihat aku bersolat], apabila tiba waktu solat hendaklah azan salah seorang di antara kamu, dan yang paling tua (hendaklah) menjadi imam.’ [Hadith Bukhari]
Saudara, mudah-mudahan kita bersedia mengaji dan belajar ilmu as-Sunnah, supaya kita memiliki ilmu tentang segala bentuk amalan dan ibadah - fardu atau wajib dan sunat - supaya kita terpandu, dan amalan serta ibadah kita sah dan diterima Allah (a.w).
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment