Wednesday, February 16, 2011

Mengajarkan Kebaikan vis-a-vis Mengajarkan Kejahatan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam post yg lalu kita telahpun lihat hadith ini. Ada dua bahagian pada hadith ini. Bahagian pertama menceritakan peristiwa tentang seorang yg datang menemui Nabi (s.a.w) dan dia disuruh bersedekah, maka, sejak itu, tidak henti-hentilah dia bersedekah. Bahagian kedua hadith itu menyebut tentang ketetapan Islam tentang perbuatan baik dan perbuatan mungkar dan mengajarkan kpd orang perbuatan baik atau perbuatan mungkar (i.e. keburukan atau sesuatu yg buruk dalam Islam).[Nota: Perbuatan mungkar adalah segala sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Islam melalui al-Quran atau as-Sunnah].
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Datang seorang lelaki kepada Rasulallah (s.a.w) maka mengajak dia (Nabi) bersedekah atasnya (yakni, bagi dirinya). Maka berkata beberapa lelaki lain: ‘Di sisiku begini dan begini.’ Berkata Abi Hurairah (r.a): ‘Maka tidak tertinggal di dalam majlis itu lelaki tersebut kecuali bersedekah atasnya dengan apa-apa (sama ada) yang sedikit ataupun banyak. Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa membuat kelakuan (perbuatan) baik maka dikerjakan dengannya adalah bagi orang itu pahala yang sempurna, dan dari pahala dari (orang yang) mengerjakan kebaikan dan tidak mengurangi baginya pahala tersebut sedikitpun. Dan barangsiapa membuat perbuatan (kelakuan) kejahatan maka dikerjakannya dengannya (perbuatan tersebut), maka baginya berat atasnya sempurna, dan dari dosa yang dikerjakan dan yang mengerjakan dengannya (oleh orang lain), dan tidak dikurangi sedikitpun dosa-dosa mereka (yang mengerjakannya) sesuatu.’ [Hadith Ibnu Majah] 
Saudara, dalam hadith ini ada dua perkara yg disebutkan, iaitu: pertama, mengajarkan atau berdakwah atau mengajak seseorang Islam melakukan sesuatu kebaikan; dan kedua, mengajar atau berdakwah atau mengajak kpd kejahatan (i.e. maksiat). [Nota: Dalam Islam istilah 'maksiat' bererti segala sesuatu yg buruk atau jelik atau yg ditegah oleh syariat Islam berdasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah]. Dalam dua perkara ini juga, kita diberitahu tiga perkara pula, iaitu: pertama, yg mengajar atau yg berdakwah atau yg mengajak kpd kebaikan atau sesuatu yg baik, dapat pahala kerana mengajarkannya atau berdakwah atau mengajak orang berbuat baik. Dan, sebaliknya, i.e. counter factualnya pula, kalau dia mengajar atau berdakwah atau mengajak orang lain kpd kejahatan, maka dia berdosa. Kedua, orang yg diajarkan atau didakwahkan atau diajak kpd kebaikan, dan orang tersebut laksanakan atau lakukan apa yg diajarkan atau didakwahkan atau diajak, maka dia mendapat pahala kerana belajar atau mendengar dakwah yg baik atau menerima ajakan yg baik, dan kalau dilaksanakannya pula apa yg diajarkan atau yg didakwahkan atau kpd kebaikan yg dia diajak kpdnya, maka dia laksanakan, maka dia mendapat pahala. Counterfactualnya sama, kalau yg diajarkan atau didakwahkan atau yg diajak itu adalah sesuatu yg batil, Contoh: Mengajarkan rukun-rukun qauli, qalbi dan fe'li yg salah atau berlainan dari ketetapan as-Sunnah atau berlainanan dari apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) adalah kebatilan, kerana menyalahi as-Sunnah! Dan, ketiga, oleh kerana orang yg diajar atau didakwahkan atau yg diajak itu kerjakan atau laksanakan sebagaimana yg diajarkan atau didakwahkan atau diajak melakukan, maka yg diajar atau yg didakwahkan atau yg diajak itu mengirimkan pahala kpd orang yg mengajarkannya atau berdakwah kpdnya atau mengajak dia melakukannya, tanpa mengurangi sedikitpun pahala yg dia sendiri terima dari melaksanakan apa yg diajarkan atau didakwahkan atau diajak melakukan sesuatu tadi. Contoh mengajarkan yg baik spt bagaimana nak solat menepati as-Sunnah (yakni, 'Sollu kama ra-aitumuni usolli') itu, adalah suatu kebaikan. Kerana solat yg tidak menepati as-Sunnah adalah batal dan tidak diterima Allah (a.w). [Nota: Sila rujuk semula post-post tentang solat dalam blog ini]. Sebaliknya, kalau kita ajarkan atau dakwahkan kpd seseorang atau kita ajak dia lakukan sesuatu yg batil, spt sesuatu yg bersifat bid'ah ataupun 'bid'ah hasanah', maka batallah amalan atau ibadahnya dan orang yg mengajar serta orang yg diajarkan berdosa, dan apabila dilakukan orang orang yg diajar pula, dia berdosa kerana belajar yg buruk, dan kemudian melaksanakan pula yg buruk, dia pula mengirim dosa kpd orang yg mengajarkannya pula, kerana perkara yg buruk iyg diamalkannya itu diajarkan kpdnya!]
Saudara, ada ustaz atau tok guru, malah ada mutawif haji sendiri mengajarkan kpd orang tentang Solat Tasbih (yg kita tahu melalui blog ini amat baik dikerjakan demi akhirat kita). Tapi, dia mengajar tanpa ilmu atau dalam kejahilan. Kenapa? Solat Tasbih itu adalah empat rakaat sempurna tanpa diputus-putuskan dua dua rakaat dgn satu salam dan kemudian dijema'ahkan pula. As-Sunnah memberitahu bahawa Solat Tasbih itu adalah empat rakaat dgn disudahi dgn satu 'salam', bukan dua-dua rakaat. Dan, Solat Tasbih tidak dijema'ahkan, kerana solat itu adalah amalan peribadi atau perseorangan. Kerana segala solat sunat kecuali Solat Aidil Fitri, Aidil Adha, Solat Terawih, Solat Jenazah dan Solat Memohon Hujan sahaja yg boleh dijema'ahkan di dalam Islam. Dgn itu, mengajarkan bahawa Solat Tasbih dan Solat Hajat itu boleh dijema'ahkan adalah contoh bid'ah hasanah mengikut pandagan umat Islam yg katanya (kononnya) mengikut ajaran Mazhab as-Syafie! [Nota: Imam as-Syafie tidak mengajarkan sesuatu yg bertentangan dgn as-Sunnah. Sila rujuk post yg lalu. Imam as-Syafie tidak pernah ajarkan bid'ah hasanah!].
Saudara,
dalam perkara ugama hendaklah berhati-hati. Jangan semborono, bak kata orang Jawa. Jangan ambil ringan. Jangan buat sesuatu dalam kejahilan. Maka dgn itulah Islam mewajibkan umatnya belajar atau mengaji ilmu. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'al-ilmu hayatul-islami wa-'imadul-imani' (yg bermakssud: Ilmu adalah hidupnya Islam dan tiangnya iman) [Hadith dari ibnu Abbas (r.a), Riwayat Abu Syeikh]. Ugama Islam itu akan mati di dalam jiwa kita jika kita jahil, i.e. tak tahu mana haq dan mana batil. Dan Allah (a.w) berfirman: 'Dan, janganlah kamu beramal apa yg tidak kamu ketahui ilmunya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati semua itu akan ditanya tentangnya (i.e. yg diamalkan).' [Ayat 36, Surah al-Israk] . Beramal atau beribadah tanpa ilmu adalah batil, tidak diterima Allah (a.w) amalan dan ibadah kita. Dan Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'al-Ilmu qabla amal' (yg bermaksud: Berilmulah dahulu sebelum mengerjakan amalan'. Dan, Rasulallah (s.a.w) juga bersabda: 'Wa-innamal 'ilmu bit-ta'lami' (yg bermaksud: Dan, sesungguhnya ilmu hanya didapati (atau didapatkan) dengan belajar (yakni, mengaji).' [Hadith Bukhari, Kitab Ilmu]. Tak mungkin kita tau bagaimana beramal dan beribadah dgn betul tanpa mempelajari al-Quran dan as-Sunnah! kalau kita ikut orang yg tak berilmu, maka Rasulallah (s.a.w) kata pasti kita akan sesat!
Mudah-mudahan pembaca faham apa yg endak diberitahu dalam post ini. Beritahu rakan taulan dan sahabat handai serta keluarga perkara ini. Belajarlah yg haq melalui blog ini, jika tak mau belajar dari orang yg tau.


Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment