Tuesday, February 1, 2011

Kata-kata Hikmah Pagi Ini

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat post sebelum ini apakah akhirnya akan terjadi kpd mereka yg berusaha sedaya upaya mencari dunia, iaitu batl segala amalannya dan terjerumus dia ke dalam neraka. Sehubungan itu kita lihat sabda Rasulallah (s.a.w) berikut yg merupakan kata-kata hikmat untuk menjadi pedoman dan panduan kita, insya Allah:
Sabda Rasulallah (s.a.w): 'Sebesar-besar azam (atau cita-cita) manusia adalah orang iman yg bercita-cita ingin meraih (atau mendapat atau mencapai) kejayaan dalam urusan dunianya dan uruan akhiratnya.' [Hadith Ibnu Majah dalam Kitab Perdagangan atau Jualbeli]
dan, sepotong hadith lain pula spt berikut tentang parkara yg sama:
Diriwayatkan hadith dari Anas (r.a) yg berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Tidak ada sebaik-baik orang dikalangan kamu sekelian dari orang yg meninggalkan dunianya kerana (urusan atau mencari) akhiratnya, dan tidak meninggalkan (atau melupakan) akhiratnya kerana (urusan) dunianya, sehinggalah dia mendapat kedua-duanya kesemuanya (yakni, dapat dunia dan dapat akhirat); maka sesungguhnya dunia itu bekalan (atau, persediaan) untuk akhirat. Dan janganlah ada dikalangan kamu menggantung harapan kpd manusia.' [Hadith ibnu 'Asakar].
Saudara, motivasi hidup terbaik bagi seorang iman adalah berusaha sekuat upaya mencari dunia atau mencari kejayaan dunia supaya melalui kejayaan tersebut dia akan dapat berusaha dgn mudah hendak atau mencari dan mencapai tujuan akhiratnya. [Nota: Orang iman itu adalah orang Islam yg tidak lupa melaksanakan tanggungjawabnya dalam ugamanya untuk dirinya, keluarganya dan masyarakatnya]. Yg wajib dijadikan peringatan yg berterusan adalah dunia itu hanyalah persiapan untuk akhirat, kerana walau selama manapun kita hidup, kita akan mati dan segala-gala yg kita perolehi di dunia itu tidak berguna kpd kita setelah kita mati. Kalau kita mati meninggalkan harta dan kekayaan yg banyak pula, yg untuk anak-anak dan cucu cicit kita. Mereka mungkin menyalahgunakan peninggalan kita itu, yg pula akan membebankan akhirat kita apabila disalahgunakan oleh anak-anak kita.
Saudara, yg menguntungkan kita kalau kita berjaya di dunia hanyalah tiga perkara; iaitu: pertama, sedekah jariah, terutama infaq, yakni segala perbelajaan kita yg dibelanjakan demi fi sabilillah, i.e. membela ugama Allah (a.w) dan membantu saudara iman yg lainnya; kedua, ilmu yg kita ajarkan (atau yg kita tolong atau bantu permudahkan orang mengajar atau mengilmukan atau menyebarkannya) kpd orang Islam yg membolehkan mereka terpandu dalam menjalani kehidupan yg diridhai Allah (a.w) dan kerana ilmu tersebut mereka menjadi orang iman dan istiqamah pula melaksanakan tanggungjawab mereka sebagi orang iman [Nota: ilmu tersebut adalah ilmu al-Quran dan as-Sunnah]; dan ketiga, anak lelaki yg soleh dan anak perempuan yg solehah, yg mendoakan keampuan bagi kita dan mendoakan kesejahteraan akhirat bagi kita sebagai ibu bapanya. Yg selainnya tidak membawa manfaat kpd kita. Kalaulah kita kaya raya, meninggalkan anak pinak yg ramai tetapi orang yg mungkar, orang yg tidak solat, tidak puasa dan sebagainya dan sebaliknya pula menghabiskan harta peninggalan kita untuk kebatilan pula. Sudahlah kita merosakkan diri sendiri ketika hidup dulu tidak menfaatkan harta kekayaan kita untuk akhirat, anak pinak dan cucu cicit kita pula sama lagaknya. Adalah lebih baik dan lebih selamat kalaulah harta kekayaan peninggalan kita diserahkan untuk membela ugama Allah (a.w) dan membantu orang Islam memperbaiki keIslaman dan keimanan mereka.Kerana apa yg kita infaqkan atau belajakan untuk fi sabilillah adalah pelaburan akhirat kita yg mengalirkan dividen akhirat dalam bentuk ganjaran pahala yg tidak putus-putus sehingga kiamat dunia.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment