Assalamualaikum,
Saudara, Allah (a.w) itu adalah tuhan manusia. Namun hanyalah orang Islam dan iman saja yg faham dan yakin bahawa Allah (a.w) itu sajalah tuhan yg berhak disembah. Dan, Allah (a.w) perintahkan manusia mengikut firmanNya dalam al-Quran, Ayat 56, Surah az-Zariat, 'Tidaklah aku (Allah) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpdKu'. Namun daripada begitu ramainya manusia di dunia ini, berapa persenkah yg Islam dan berapa persen pula yg Islam beriman? Orang Islam kita tau, tapi orang iman tu siapa? Rengkasnya - simply said, kata orang putih - orang iman itu adalah orang Islam yg yakinkan kehidupan akhirat, khususnya adanya syurga dan neraka, dan kerana inginkan syurga dan takutkan siksaan neraka, dia akan melaksanakan segala ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), yakni dia akan berusaha mempastikan yg dia akur dgn segala suruhan dan tegahan. Dgn lain perkataan, orang iman itu jadikan al-Quran dan as-Sunnah panduan hidupnya dan juga sumber ilmu mutlak dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Adakah saudara tergolong dalam golongan ini? Siapa pula orang yg digolongkan sebagai orang yg taqwa? Orang yg taqwa itu swajibnyalah orang Islam, dan dia adalah orang iman, dan dia berusaha sedaya upayanya supaya meninggalkan sesuatu yg memungkinkan dia mendapat dosa atau melakukan dosa. Ketaqwaan adalah tahap tertinggi seseorang yg Islam dan iman itu. Maka dgn itulah Allah (a.w) di dalam al-Quran menyebutkan bahawa orang yg terbaik di kalangan kita adalah orang yg terbaik ketaqwaannya.
Firman Allah (a.w): 'Inna akramakum 'indallahi atqakum' (yg bermaksud: Sesungguhnya orang yg paling mulia di sisi Allah (a.w) adalah orang yg paling tinggi ketaqwaannya di kalangan kamu' [Ayat 13, Surah al-Hujurat]
Demikianlah, beberapa pilihan bagi kita: adakah memadai kita jadi orang Islam, iaitu lafazkan dua kalimah syahadah, kemudian ikuti lagak dan cara hidup orang yg tidak Islam? Atau, jadilah orang iman, iaitu faham tentang akhirat, kesudahan kehidupan dan balasan syurga dan neraka, maka berusaha mencari dan mendapatkan syurga? Atau, jadi orang yg taqwa, iaitu orang iman yg berusaha sedaya upaya mengerjakan sebaik mungkin apa yg disuruh, dan tiggalkan sama sekali apa yg ditegah? Orang yg iman dan taqwa itu pastilah dia akur dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Mas'ud (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya Allah (a.w) membahagi-bahagikan dikalangan kamu sekelian akhlak (atau budi pekerti) kamu sebagimana Allah (a.w) membahagi-bahagikan di kalangan kamu rezki kamu sekelian. Dan, sesungguhnya Allah (a.w) memberi dunia (i.e. kesenangan dunia) pada orang-orang yg Allah (a.w) suka dan kpd orang-orang yg Dia (Allah) tidak sukai (i.e. benci); dan tidaklah Allah (a.w) memberi ugama kecuali pada orang yg Allah (a.w) sayangi. Maka barangsiapa yg memberi Allah (a.w) ugama (Islam) (kpdnya), maka sungguh-sungguh Allah (a.w) menyayanginya.' [Hadith Imam Ahmad di dalam Tafsir ibnu Kathir mengenai Surah Hud]
Saudara, dalam beberapa perkara, kita tergolong orang Islam atau orang Iman atau Orang Taqwa dijelaskan dalam hadith di atas itu. Hadith ini juga membezakan sifat Allah (a.w) dalam kalimah 'Basmalah'. Kerana sifat 'ar-Rahman' Allah (a.w) itu, Allah (a.w) berikan kpd manusia rezkinya tanpa had, yg perlu hanya dia usahakan. Lebih banyak usahanya lebih banyak yg didapatinya, tertakluk pada qada' dan qadar yg telah ditetapkan. Maka dgn itu orang yg syirik dan kafirpun dapat rezki dan yg menentang Allahpun diberiNya rezki. Malah lebih banyak mendapat kesenangan dunia berbanding orang Iman dan orang Taqwa. Tapi, sifat 'ar-Rahim' Allah (a.w) dikhususkan dan diberikan kpd orang yg iman dan takwa sahaja, kerana akur dgn ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa', terutamanya menjadikan Rasulallah (s.a.w) model idola hidup mereka. Orang yg berusaha mencari yg haq, i.e. kebenaran (berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah) itu diberi Allah (a.w) ugama padanya. Maka kerana itu dia jadi orang iman dan orang taqwa. Maka dialah orang yg disayangi Allah (a.w), mendapat kerahmatanNya dan berjaya mendapat syurga dan selamat dari neraka di akhirat kelak.
Hadith itu juga menyebutkan bahawa akhlak manusia (atau budi pekerti manusia) itu diberikan kpd semua manusia, tak kira dia Islam atau Iman atau syirik atau kafir atau yg menentang Allah (a.w), mengikut apa yg diusahakannya untuk membentuk keperibadian dan penampilan dirinya. Oleh itulah ada orang Islam yg buruk akhlaknya, dan ada orang yg kafir baik akhlaknya. Yg membezakannya hanyalah orang yg terbaik budi pekertinya atau terbaik akhlaknya adalah pemberian Allah (a.w) kpd orang yg disayanginya, supaya orang itu sentiasalah terjaga untuk mendapat kejayaan demi akhiratnya. Orang itu pastilah juga tinggi keimanan dan ketaqwaannya. Oleh itu cerminkanlah diri sendiri. Apakah kita orang yg disayangi Allah (a.w)?
Oleh itu, berusahalah sebaik mungkin mencari kebenaran (disamping berusaha sebaik mungkin mencari dunia, yakni rezki) dgn mendalami ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), supaya kita diiktiraf Allah (a.w) orang yg taqwa, diberikanNya kerahmatan, maka selamatlah kita di akhirat. Orang yg taqwa itu terbaik akhlaknya dinilai dalam apa jua perspektif atau dimensi.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment