Assalamualaikum,
Saudara, pagi ini kita teliti sepotong hadith yg kalau kita yakini banyak memberi manfaat kpd kita dalam menjalani kehidupan di dunia dan pada masa yg sama kita tidak akan terkilan sesuatu, namun kita merasa tenang menghadapi kehidupan bahawa ada kehidupan akhirat yg baik dan selamat bagi kita.
Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Masud (r.a) berkata: 'Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Sesungguhnya Allah (a.w) membahagi-bahagikan antara kamu sekelian akhlaq (i.e. budi pekerti) kamu sekelian sebagaimana Allah (a.w) membahagi-bahagikan antara kamu sekelian rezki kamu (maksudnya: Sudah tercatit dalam qada' dan qadarnya ketika roh ditiupkan ke dalam tubuh kamu ketika janin berumur 120 hari dalam kandungan ibu). Sesungguhnya Allah (a.w) Allah (a.w) memberikan dunia (i.e. segala sesuatu dalam dunia ini, spt rezki, kesenangan, kedudukan, kemuliaan dsbnya) kpd orang yg disukaiNya dan kpd orang-orang yg tidak disukaiNya (i.e. dibencinya); dan memberi Allah (a.w) pada ugama kecuali orang yg disukai oleh Allah (a.w). Maka barangsiapa yg memberi Allah (a.w) pada orang akan ugamanya, sesungguhnya Allah (a.w) mencintai (atau menyangi) orang itu.' [Hadith Imam Ahmad dalam Kitab Tafsir ibnu Kathir tentang (tafsir) Surah Hud]
Saudara, hadith ini menyebutkan bahawa dunia itu (maksudnya segala rezki, kesenangan, kelapangan, kedudukan dan segala sesuatu yg menyukakan manusia di dunia) diberikan oleh Allah (a.w) kpd semua manusia, tak kira dia Islam atau kafir. Semua manusia dapat bahagian masing-masing mengikut apa yg telah diqadarkan. Namun, Allah (a.w) hanya memberi akhirat (i.e. keIslaman, keimanan, ketakwaan dan segala sesuatu yg memberi kebajikan kpdnya di akhirat) kpd orang yg disayanginya. Maka dgn itu sesiapa yg diberi Allah (a.w) ugama (yakni, kefahaman serta keimanan dalam Islam), maka sungguh-sungguh orang itu telah disayangi (atau dicintai) Allah (a.w)).
Saudara,
Allah (a.w) itu sentiasa memberi peluang kpd kita untuk mendapat kejayaan dunia, maka jika kita gigih berusaha mencari dunia, kita akan dapat apa yg kita inginkan di dunia, kecualilah kalau memang sudah ditakdirkan kita tidak mendapatnya. Maka dgn itu orang yg tidak Islam yg berusaha akan berjaya menjadi kaya raya dan senang lenang hidupnya, sehingga menjadi jutawan dan sebagainya. Orang Islam juga boleh menjadi kaya raya dan senang lenang, kerana segala usaha dunia itu diberikan oleh Allah (a.w) tanpa mengira kita Islam atau kafir. malah ada orang kata kalau kafir lebih mudah menjadi kaya raya dan seumpamanya. Tidak. Semua orang boleh kaya dgn usaha dunianya. Kerana kini ramai juga orang Melayu yg kaya raya sebagaimana kayanya bangsa lain, China atau India! Tapi, Allah (a.w) hanya memberikan ugama (i.e. kefahaman tentang ugama dan menjadi orang yg soleh) kpd orang yg Allah (a.w) sayangi. Tanda seseorang itu disayangi Allah (a.w) adalah timbul keinginan dia untuk mengetahui lebih lanjut dan mendalam tentang ugamanya, maka dia suka mengaji dan mempelajari ilmu mengenai ugamanya supaya dia lebih memahami ugamanya. Kemudian dia berusaha memperbaiki amalan dan ibadahnya dan meningkatkan amalan dan ibadahnya dan lebih-lebih lagi memperbanyakkan amalan dan ibadahnya kerana mencari keridhaan dan kerahmatan Allah (a.w). Contohnya: dia berusaha untuk mencari kefahaman tentang Islamnya, belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah kerana itu saja sumber ilmu dan panduan Islam yg haq. Orang-orang yg berusaha mencari kefahaman, membetulkan amalan dan ibadahnya suaya sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, adalah orang yg dikasihi Allah (a.w).
Kerana? Allah (a.w) memberi jaminan kpd orang iman dalam Ayat 13, Surah an-Nisa' bahawa sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti dimasukkan ke dalam syurga. Orang yg disayangi Allah (a.w) sahaja yg mendapat syurga. Dan sesiapa yg akur dgn suruhan Rasulallah (s.a.w) adalah orang yg disayangi Allah (a.w). Maka dgn itu sesiapa yg menolak as-Sunnah adalah orang yg tidak mendapat kesayangan Allah (a.w). Orang yg tidak mahu mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, kerana menuntut ilmu itu wajib atas orang Islam, adalah orang yg belum disayangi Allah (a.w). Orang yg disayangi Allah (a.w) itu sentiasalah dia akur dgn ketetapan as-Sunnah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment