Assalamualaikum,
Saudara, setiap kita akan mati apabila sampai ajal kita yg telah ditetapkan oleh Allah (a.w). Umur sebagaimana juga rezki hanya boleh diubah dari apa yg sudah diqadarkan atau ditakdirkan dgn doa. Maka dgn itu dalam Islam doa itu sendiri adalah suatu ibadah yg sewajibnya dijadikan amalan lazim kita, setiap hari, terutama selepas selesai mengerjakan solat.
Saudara, apabila mati kita, maka luputlah peluang kita untuk mengerjakan amal dan ibadah (kalau sebelum itu kita tidak kerjakan) atau memperbaiki amal dan ibadah kita (kalaulah sebelum ini kita beramal tanpa kesungguhan atau keikhlasan yg sebenarnya terhadap Allah) atau untuk memperbanyakkan amal dan ibadah (kalau sebelum ini kita hanya buat yg wajib-wajib saja dan yg sunat tak pernah kita kerjakan) atau untuk melabur untuk kebajikan akhirat kita. dalam blog ini kita sering umapamkan segala ibadah itu adalah pelaburan untuk akhirat. malah segala sesuatu yg kita kerjakan adalah pelaburan untuk akhirat - sama ada pelaburan yg batil spt membuat sesuatu yg ditegah atau pelaburan yg haq iaitu membuat sesuatu yg disuruh - kesemuanya pelaburan akhirat yg akan mendatangkan dividennya. Ada pelaburan yg dividennya akan terus mengalir atau sampai kpd kita walaupun kita sudah lama tiada di dunia!
Saudara, kita lihat hadith berikut yg jelas memberitahu kita tentang kebajikan akhirat kita bergantung kpd tiga perkara setelah mati kita:
Diriwayatkan hadith dari Abu Hurairah (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Ketika atau apabila mati seorang insan atau manusia (atau dalam hadith lain dirujuk sebagai anak Adam) maka terputuslah amalannya (untuk kebajikan dirinya di akhirat) kecuali tiga perkara (yg jika dilakukannya semasa hidupnya, akan terus mendatangkan pahala dan kebajikan untuk akhiratnya) iaitu (pertama) sedekah jariah (yg dikeluarkannya semasa hidupnya), (kedua) ilmu (al-Quran dan as-Sunnah) yg dimanfaatkannya (kpd orang lain yg mengamalkannya), atau (ketiga) anak-anak yg soleh (atau solehah, jika perempuan) yg mendoakan baginya (setelah matinya).' [Hadith Muslim, Kitab Wasiat]
Saudara, yg dimaksudkan dgn 'sedekah jariah' adalah yg wajibnya zakat dan infaq dan selainnya adalah sedekah-sedekah yg sunat. Insya Allah kita akan huraikan zakat dan infaq dalam post yg akan datang. Yg dimaksudkan dgn 'ilmu yg memanfaatkan' adalah ilmu yg kita ajarkan atau yg kita sama-sama bantu sampaikan kpd orang Islam lain dan mereka mengamalkan ilmu yg didapati dari kita. [Nota: dalam Islam ilmu yg mendatangkan pahala secara langsung adalah ilmu mengenai Islam dan syariatnya, yakni al-Quran dan as-Sunnah.] Yg dimaksudkan 'doa anak-anak yg mendoakan kedua ibu bapanya' adalah anak lelaki yg soleh dan anak perempuan yg solehah, iaitu anak-anak yg mengerjakan segala suruhan dan perintah Allah (a.w) dan RasulNya, maka dia berdoa memohon kebajikan kedua ibu bapanya selepas solat dan setiap masa. Anak-anak yg tidak solat, doanya tidak memanfaatkan kedua ibubapanya.]
Jazakallahu khairah
Askm, saya ingin mendapat penerangan yang "ilmu yang dimenafaatkan" itu hanya bermaksud kepada ilmu Quran & hadith atau termasuk juga ilmu dunia yang juga memberi menafaat atau kebaikan kepada kehidupan masyarakat umum?
ReplyDeleteAssalamu'alaikum..bg prtnyaan tuan,izinkn sy mnjwbnya..ilmu yg bermanfaat adlh di mana dgn ilmu itu mmbolehkn kita taat kpd perintah Allah dn tngglkn largn-Nya.. dan dpt jauhkn kita dr azab kubur..
ReplyDeleteilmu dunia hnylh maklumat..