Thursday, January 27, 2011

Solat-solat Sunat

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti bagaimana mensolatkan solat fardu dgn meneliti rukun qalbinya, rukun fe'linya dan rukun qaulinya - sejajar dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni usalli' itu. Kerana itu, kerana mencontohi perbuatan Rasulallah (s.a.w), maka solat kita itu betul dan menepati as-Sunnah, dan pasti diterima Allah (a.w) jika kita niatkan bahawa kita kerjakan mencari kerahmatan Allah (a.w) dan takutkan neraka Allah (a.w) [Ayat 57, Surah al-Isra']. Kita mendapat tahu bahawa solat fardu itu amat utama kerana jika tertinggal satu waktu dgn disengajakan, kita jatuh kafir, wal iyazubillah. 
Baru-baru ini penulis terdengar seorang ustaz yg bercakap di TV, rasanya program 'Tanyalah Ustaz', dia ada menyebutkan bahawa begitu ramainya orang Islam yg tidak solat. Kerana katanya dari satu kajiselidik didapati hanya seramai 15% sahaja orang Islam yg bersolat! Jikalah kajiselidik itu betul - dan kemungkinan betul - tak hairanlah kalau Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa daripada 1,000 orang yg akui dirinya Islam, hanya seorang saja dapat syurga dan 999 orang drpd 1,000 orang itu masuk neraka! Jelaslah, majoriti orang Islam (Melayu, terutamanya) tidak mengerjakan solat fardu. Kemudian daripada 15% itu pula, apabila ditinjau dari segi mematuhi  Allah (a.w), iaitu 'wa-la taqfu ma laisa bihi ilmun' dan ketetapan as-Sunnah, iaitu 'al-ilmu qabla amalin', maka segolongan besar pula yg silap atau batil solatnya pula. Kemudian bila ditinjau pula ketetapan Rasulallah (s.a.w), iaitu 'sollu kama ra-aituminui usalli', maka ramai pula lagi termasuk dalam yg solatnya tidak diterima Allah (a.w). Kemudian, ditinjau pula dalam konteks sabda Rasulallah (s.a.w), iaitu: 'man amila amalan laisa amruna, fahua raddun', maka ramai pula yg batal atau tidak diterima solatnya. Ada banyak lagi ketetapan yg dilanggar oleh orang yg solat itu. Kemudian, ada peluang untuk membantu kita mendapatkan syurga walaupun banyak kebatilan dalam solat kita, iaitu mengerjakan solat-solat sunat, untuk mengimbangi lompang-lompang solat fardu dan untuk mengimbangi pelbagai kekurangan dalam memenuhi syarat mengerjakan solat fardu itu. Itupun kita tak buat! Maka tidak hairanlah kalau 1/1,000 orang yg berjaya mendapat syurga dan 999/1,000 orang gagal dan masuk neraka!
Saudara, kita lihat potongan-potongan hadith yg memberitahu kpd kita kemanfaatan mengerjakan solat sunat.
Pertama, untuk membuktikan kesyukuran kita kpd Allah (a.w) kerana nikmat yg kita terima begitu banyak dan berbagai pula:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salleh (r.a), hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Adapun Rasulallah (s.a.w) bersolat sehingga bengkak telapak kakinya. Maka dikatakan (oleh para sahabat) kepadanya: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) sungguh-sungguh telah mengampunkan dosa-dosa engkau apa-apa dosa kamu yang terdahulu daripada dosa-dosa engkau, dan apa-apa yang mengakhirkan dosa-dosa engkau (yakni, dosa-dosa yang kemudian).’ Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Apakah tidak ada aku ini hamba yang syukur kepada Allah (a.w).’ [Hadith  Ibnu Majah] 
Kedua, supaya diampun Allah (a.w) dosa-dosa kita: 
Diceritakan hadith oleh Abdul Rahman bin Thabit bin Syu’ban (r.a), hadith daripada bapanya, daripada Makhul (r.a), daripada Kathir bin Murah (r.a), bahawasanya Aba Fatimah (r.a) menceritakan hadith dengan berkata: ‘Berkata aku: ‘Wahai Rasulallah (s.a.w)! Memberi khabarlah engkau kepadaku dengan amalan yang (supaya) menetapi akan amalan itu oleh aku dan beramal aku dengannya’. Bersabda Rasulallah (s.a.): ‘Atas kamu disuruh bersujud (yakni, mengerjakan solat-solat sunat). Maka sesungguhnya tidak sujud (bersolat sunat) seseorang kepada Allah (a.w) satu sujud (solat sunat) kecuali mengangkat atas engkau oleh Allah (a.w) dengan kerana sujud (solat sunat engkau) itu satu darjat dan melebur (oleh Allah (a.w) dengannya daripada engkau satu kesalahan (keburukan atau dosa).’ [Hadith Ibnu Majah] 
Ketiga, solat-solat sunat menampung lompang-lompang, atau kebocoran atau kekurangan dalam solat-solat fardu kita [Nota: Agaknya bilakah saudara mula kerjakan solat fardu itu? Kalau mulai tiba baligh dan dikerjaka tanpa tertinggal, takda lompang, tapi khusyuk, camne?:
Menceritakan hadith oleh Syuib ibnu Bayan bin Ziad bin Maimun berkata: ‘Telah mengirim surat Ali ibnu Madini (i.e. ibni Abi Talib) darinya.’ Mengkhabarkan Abu Auwam hadith dari Qatadah hadith dari Hasan ibnu Ziad hadith dari Rafi’ hadith dari Abu Hurarah (r.a) berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Sesungguhnya pertama-tama (ibadah dan amalan) yang dihisab (i.e. dihitung di akhirat) dengannya (i.e. amalan dan ibadah ketika di dunia) atas seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya (i.e. solat farduNya), sekiranya didapati sempurna ditulis sempurna, dan jika ada kekurangan darinya sesuatu, maka berfirman Allah (a.w): ‘Lihatlah (oleh kamu wahai malaikat yang menghisab) adakah menjumpai kamu baginya dari solat-solat sunat untuk menyempurnakan baginya (i.e. hamba) apa-apa yang mensia-siakannya dari solat fardunya dari solat-solat sunatnya.’ Kemudian seluruh amalannya dihitung atas hisaban sedemikian itu.’ [Hadith an-Nasa’i]
Saudara, itulah keutamaannya kita mengerjakan solat-solat sunat itu. Demikianlah, sekurang-kurangnya ada tga sebab mengapa 'wajib' kita mengerjakan solat-solat sunat itu.

Jazakallahu khairah






1 comment:

  1. Tuan,

    Sebenarnya ramai orang yang sembahyang tetapi mereka tidak solat, sepertyimana ramai yang ingat mereka berwudu',tapi apa yang mereka lakukan adalah ambil air sembahyang.

    Mungkin ramai akan mengatakan ini adalah istilah bahasa, tapi sekiranya mereka benar-benar mengaji ilmu Al Quran dan Al Hadith, mereka akan jelas apa yang termaktub dalam Al Quran dan Al Hadith.

    Sepertimana bila mana, berkat "DIAM" dalam solat jumaat itu ditegah Rasulullah SAW, bagaimana pula berkhutbah dalam bahasa selain dari bahasa arab.

    Orang jahil yang perasan pandai ni ramai sangat, sebab tu lah dari 73 golongan Islam, 72 masuk neraka, dan dari 1000 manusia sejak Adam AS, 999 masuk neraka.

    Insyaallah, semoga kita tergolong dari golongan yang 1, dan diantara 1 manusia yang mendapat hidayah Allah aza wajalla. Amin.

    A.Alshukor

    ReplyDelete