Friday, January 21, 2011

Orang Islam Bekerja Dalam Premis Jualan Barang Haram

Assalamualaikum,
Saudara sudah beberapa hari terdapat pertelingkahan yg bercorak politik, tapi sebenarnya adalah perkar aqidah, iaitu orang Islam (i.e. Melayu) bekerja di premis atau kedai atau perusahaan menjual barang-barang haram (dalam kes ini alcohol atau arak). Bolehkah atau tidak? 'Boleh' di sini dalam konteks ketetapan Islam dan syariatnya bersandarkan ketetapan Allah (a.w) (i.e. al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Saudara, yg utama kita ingatkan adalah ketetapan Islam dan syariatnya itu adalah ditentukan oleh Allah (a.w) dan disampaikan kpd manusia, termasuk yg Islam, oleh Rasulallah (s.a.w). Lain-lain ketetapan yg tidak terdapat dalam al-Quran dan as-Sunnah bukanlah ketetapan Islam tetapi ketetapan manusia biasa semata-mata.
Saudara, Islam mengharamkan banyak perkara dan banyak benda dalam al-Quran dan as-Sunnah. Antara yg utama diharamkan adalah arak atau liquor. Dalam sepotong hadith Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa 10 pekerjaan atau golongan orang Islam yg dilaknat Allah (a.w) apabila mereka terlibat dgn arak atau liquor ini; iaitu:
1. Orang yg menaman tumbuhan atau pokok yg hasilnya digunakan untuk membuat arak (i.e petani);
2.  Orang yg memerah bahan asli (tumbuhan atau buah atau apa saja bahagian tumbuhan sebagai bahan) untuk dijadikan arak, yakni kilang arak, spt Guinness Stout atau Anchor Beer (i.e. GAB) yg ada di Shah Alam, sebagai contoh - (pekerja kilang);
3.  Orang yg membawakan bahan-bahan untuk membuat arak dari ladang atau dari mana-mana kilang lain yg bahannya digunakan untuk membuat arak ke kilang pembuat arak - (pemandu lori atau treler);
4. Orang yg mengilang atau memproses bahan-bahan asli atau kimia berkenaan dalam membuat atau memprosesnya menjadi arak;
5.  Orang yg mengangkut arak yg telah diproses atau dikilangkan untuk dijual di mana-mana tempat jualan arak - (pekerja kilang, pemandu dan penghantar dan sebagainya);
6.  Orang-orang yg menyimpan (stock) arak untuk jualan di outlet jualan arak bila-bila masa diperlukan - (peniaga dan pekerjanya);
7.  Orang yg menghidangkan arak sebagai minuman kpd orang yg minum arak, termasuklah orang yg bekerja di premis atau organisasi yg terlibat dgn jualan arak - (tuan milik premis dan pekerja di premis);
8.  Orang yg membeli arak untuk diminum olehnya atau membelikan arak untuk diminum oleh orang lain walaupun dia tidak minum - (peminum dan pelayan);
9.  Orang yg menuangkan arak untuk diminum oleh pelanggan (spt di club house atau Coffeee House atau di Bar-bar - (pelayan club); dan
10.  Orang yg minum arak - (peminum).
[Nota: Dalam perkara ini orang bukan Islam tidak dilaknat Allah (a.w) kalau terlibat? Orang yg tidak Islam dilaknat oleh Allah (a.w) dan para malaikat hidupnya di dunia kerana kafir dan tidak bersyukur dgn nikmat kehidupan yg dikurniakan Allah (a.w). Maka mereka di akhirat kelak tidak melalui hisaban kerana terus dilemparkan ke dalam neraka. Orang yg islam yg tidak mengerjakan perintah Allah (a.w) dan mengerjakan larangan Allah (a.w) dan RasulNya, akan dimasukkan ke dalam neraka setelah dihisab. dan antara hisaban yg secara cepat menjerumuskan mereka ke neraka adalah orang yg dilaknat Allah (a.w), kecuali mereka bertaubat dan taubatnya diterima Allah (a.w). Ketetapannya sama terpakai bagi mereka yg terlibat dalam sebarang perkara atau akviti haram spt Magnum, 4 nombor ekor, Sports Toto, Pools, Lottery, Judi, pelacuran, Spa, urut batin, bahan fonograpfi, dll]. 
Saudara, orang yg dilaknat pastilah masuk neraka, kecuali dia sedar larangan Allah (a.w) dan RasulNya dan dia bertaubat dan meninggalkan apa yg dibuatnya, i.e. berhenti terlibat atau behenti kerja. Mungkin ada orag Melayu yg tidak terlibat dalam 10 kes yg disenarikan itu, tapi dia adalah super atau dreber bosnya yg biukan Islam yg menyuruh dia beli sebotol wiskey, contohnya, dia juga dilaknat Allah (a.w)!
Dalam kes ini nasihat penulis kpd TS MB Selnagor dan kesemua YDP Majlis Bandarn di mana-mana sahaja, jika dia Islam dan membenarkan orang Islam menjual arak di premis yg dilesen oleh pihaknya, bersubhat dalam menenatng ketetapan Islam. malah, kalau dia Islam bekerja di oragnisasi yg memberi lesen atau permit menjual arak, adalah bersepakat melakukan yg diharamkan oleh Allah (a.w), maka dia juga berdosa, walaupun tidak secara langsung! Dalam konteks ini juga gesaan Timbalan Menteri Kewangan dan VC MCA, Datuk Donald Lim telah memberi pendapat mengenai Islam yg dia jahil tentang Islam. Oleh itu wajarlah dia tutup mulut, jangan bercakap tentang ketetapan Islam kalau bukan Islam, lebih-ebih lagi jahil tentang Islam. [Nota: banyak juga orang Islam yg jahil tentang Islam, maka dgn itulah mereka drag kakinya, lambat boleh membuat keputusan, termasuklah para ulama' yg takut bersuara mengenai perkara yg batil ini. Pastilah ada banyak kerja lain yg halal selain terlibat dgn 10 perkara yg disebutkan itu bagi orang Melayu. Tapi ... hari ini ramai orang Melayu berkulit Islam walhal isinya sudah kafir atau kufur ...]

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment