Sunday, January 9, 2011

Bid'ah: Suatu Kebatilan (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, atas permintaan ramai pembaca tentang tajuk atau perkara 'bid'ah'  (atau, 'bida'ah') ini, dan oleh kerana pentingnya kita tidak terlibat dgn 'bid'ah' dalam mengabdikan kita kpd Allah (a.w), maka kita akan terus teliti ketetapan as-Sunnah mengenainya. Mudah-mudahan, dgn ilmu yg mencukupi mengenainya nanti, kita akan terpandu dalam beramal dan beribadah dan kita faham risiko besar yg kita akan hadapi jika amalan dan ibadah kita dicemari atau tercemar oleh bid'ah.
Saudara, 
sesuatu amalan dan ibadah itu dicemari oleh 'pembaharuan dalam perkara ugama' atau 'bid'ah' apabila kita tidak menepati suruhan atau pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam hadith berikut:
Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Taraktu fikum amraini ma in tamasaktum bihima lan tadillu, kitaballahi wasunnati nabiyi.' (yg maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu sekelian dua perkara yang jika kamu berpegang kepada kedua-duanya, tidak akan sesat kamu selama-lamanya (dalam mencari dan mendapatkan serta mengikuti siratul mustaqim, yakni mendapatkan syurga) (dua perkara iaitu adalah): Kitab Allah (a.w)(yakni, al-Quran) dan sunnah nabiNya (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w)).' [Hadith sahih at-Termidzi, Ahmad ibnu Hanbal, Ibni al-Asim, al-Hakim, at-Tobrani, ad-Dalamii dan al-Thahawi] 
[NotaPesanan ini disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah terakhir beliau ketika mengerjakan haji wada’ tahun 9 Hijrah. Di dalam al-Quran disebutkan ‘kitab’ dan ‘hikmah’. Kitab dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah al-Quran. Hikmah dalam al-Quran adalah as-Sunnah (atau al-Hadith).Dua kalimah ini terdapat dalam surah-surah berikut: Surah-surah al-Baqarah (ayat-ayat 129, 151 & 231), ali-Imran (ayat 164), an-Nisa’ (ayat 113), ad-Dhuhan (Ayat 34) dan aj-Jumu’at (Ayat 2).  Mengikut Imam as-Shafie perkataan ‘hikmah’ mengikut persetujuan (i.e. kesepakatan) para ulama yang faqih tentang Ilmu al-Quran bermaksud 'Sunnah Rasulallah (s.a.w)' atau as-Sunnah.]
Saudara, yg utama kita fahami dari hadith ini adalah kalau kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah kita sehari-harian, atau sepanjang hidup kita, maka kita tidak akan sesat dan disesatkan oleh orang lain dalam melaksanakan perintah Allah (a.w) mengabdikan diri kita kpd Allah (a.w) dengan betul. Maka dgn itu kita akan menjumpai apa yg sering disebutkan dalam al-Quran 'siratul mustaqim', i.e. jalan mendapatkan kerahmatan dan keridaan Allah (a.w), dan kerana berada di atas jalan itu membawa kita ke syurga. Kalau kita tidak berpegang atau berpandu dgn kedua-duanya, yakni, kita tidak berpandu kpd al-Quran dan as-Sunnah (atau al-Hadith), maka pasti kita akan sesat atau disesatkan orang mencari 'siratul mustaqim' itu.
Adakah jalan tengah? Sebagaimana yg diamalkan oleh majoriti orang Islam sekarang, mereka terima al-Quran dan as-Sunnah, tapi mereka sebenarnya belum benar-benar faham mesej al-Quran dan lebih-lebih lagi mereka belumpun memiliki ilmu yg cukup, apatah lagi faham, tentang ketetapan atau panduan as-Sunnah. Mereka belum benar-benar faham al-Quran, kerana mereka tidak mengaji atau mempelajari al-Quran. Mereka belum benar-benar faham ketetapan as-Sunnah, kerana mereka belum mengaji atau mempelajari as-Sunnah. Jika begitu kemungkinan besar kita terpengaruh dgn cakap-cakap atau ajakan-ajakan orang, kerana kejahilan kita. Maka kita tidak tergolong dari orang yg benar-benar berpandukan sabda Rasulallah (s.a.w) di atas. Maka dgn itu, kemungkinan besar kita terlibat dgn sesuatu yg terasing atau berlainan daripada ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika begitu, maka kemungkinan besarlah kita terjebak dalam perkara-perkara yg tergolong sebagai bid'ah itu. 'Bid'ah' adalah sesuatu amalan rutin keugamaan yg kita kerjakan yg tidakpun dikerjakan atau dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru itu, kalaulah kita secara istiqamah membaca doa dgn kuat setiap kali kita selesai solat, sebagai amalan rutin, maka itu juga bersifat bid'ah. Kita berzikir beramai-ramai pada malam Jum'at  dan secara rutin kita lakukan secara berjema'ah setiap malam Jum'at, dan kita buat setiap minggu, contohnya, adalah bid'ah, kerana Rasulallah (s.a.w) tidak secara rutin berzikir secara berjema'ah. Malah Rasulallah (s.a.w) tidak berzikir atau berwirid secara berjema'ahpun! Malah dalam as-Sunnah disebutkan Rasulallah (s.a.w) selepas selesai solat, akan berpaling mengadap sahabat (i.e. makmum) kemudian beliau berwirid, berzikir dan berdoa bersendirian, dan sahabat berdoa secara bersendirian juga.
Saudara, dalam perkara ugama, khususnya dalam amalan dan ibadah, tidak ada ambil sedikit dalam al-Quran dan as-Sunnah dan tinggalkan sebahagian. Maka dgn itulah Allah (a.w) perintahkan kita masuklah ke dalam (i.e. anuti) ugama Islam sepenuhnya, bukan sebahagian.
Saudara, kita rumuskan mesej dalam post ini iaitu: pertama, kalau kita beramal dan beribadah berpandukan atau berpegang kpd HANYA al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti kita tidak terlibat dgn amalan yg bersifat bid'ah atau amalan dan ibadah kita itu tercemar atau dicemari oleh bid'ah; dan kedua, untuk mempastikan kita benar-benar beramal dan beribadah berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata, kita wajib mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah, bukan merujuk kpd kitab-kitab atau buku-buku atau tulisan karangan manusia. Kerana, kita belum pasti orang yg menulis kitab atau buku atau makalah atau karangan tersebut telah faham Islam dan telah faham al-Quran dan as-Sunnah. Ramai orang yg mengaku diri mereka ulama atau ilmuwan Islam kerana dia lulusan al-Azhar atau Madinah atau Ummul Qura atau UIAM dalam bidang ugama, tetapi dia tidakpun mengaji atau belajar ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Seseorang itu boleh diktiraf berilmu dalam ilmu as-Sunnah kalau dia khatam sekurang-kurangnya satu drpd Kuttubul Sittah (e.g. Sahih Bukhari atau Sahih Muslim). Malah mereka yg mengaji as-Sunnah tahu bahawa dalam perkara ilmu mengenai wudu', bersuci dan solat dalam syariat Islam rujukan terbaik adalah Sunnan an-Nasa'i.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment