Mengamal dan Mengajar Bid'ah (Samb.)
Assalamualaikum,
Pada penghujung tahun 2009 dan awal tahun 2010, kita telah teliti dengan agak panjang lebar isu bid'ah' dalam konteks tajuk di atas itu. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa sesiapa yg mengajarkan perkara yg batil dan mengakibatkan dosa mengerjakannya, maka jika ajaran kita itu diamalkan oleh orang yg kita ajarkan, dia berdosa dan dia pula mengirim dosa kpd kita sama banyak dosa yg dia dapati tanpa dosanya sendiri dikurangkan. Sebaliknya, jika kita ajarkan sesuatu yg mendatangkan pahala kpd orang lain, dan dia terima dan amalkan, maka dia yg mengamalkan ajaran kita dapat pahala, dia pula megirimkan pahala kpd kita, tanpa pahala yg didapatinya dari amalannya tersebut dikurangkan.
Saudara, hari ini (dua tahun kemudian) kita ulangi prinsip ini kerana ia amat penting kpd kita demi kebajikan akhirat kita. Jelasnya, sesiapa yg mengajarkan as-Sunnah kpd seseorang, dia menerimanya dan mengamalkannya, maka dia mendapat pahala mengamalkan sunnah tersebut, dan kita pula dikirimkan olehnya pahala amalannya tanpa mengurangi pahala yg dia dapati dari amalannya itu. Untunglah kita. Sebaliknya, kalau kita ajarkan sesuautu yg bercorak suatu bid'ah atau kebatilan dalam bentuk amalan, cara dan kaedah mengerjakan amalan, maka orang yg menerimanya, mengamalkannya pula, dia mendapat dosa dan dia pula mengirimkan dosa kpd kita. Kes pertama adalah pelaburan akhirat yg haq, manakala kes kedua adalah pelaburan akhirat yg batil. Fikirkanlah, kalaulah yg kita ajar itu bid'ah yg mengakibatkan kita terkeluar dari Islam, i.e. menjadi kafir tanpa kita sedari, kita mengajak orang Islam menjadi kafir, amatlah besar dosanya! Wal iya zubillah.
Saudara, hari ini (dua tahun kemudian) kita ulangi prinsip ini kerana ia amat penting kpd kita demi kebajikan akhirat kita. Jelasnya, sesiapa yg mengajarkan as-Sunnah kpd seseorang, dia menerimanya dan mengamalkannya, maka dia mendapat pahala mengamalkan sunnah tersebut, dan kita pula dikirimkan olehnya pahala amalannya tanpa mengurangi pahala yg dia dapati dari amalannya itu. Untunglah kita. Sebaliknya, kalau kita ajarkan sesuautu yg bercorak suatu bid'ah atau kebatilan dalam bentuk amalan, cara dan kaedah mengerjakan amalan, maka orang yg menerimanya, mengamalkannya pula, dia mendapat dosa dan dia pula mengirimkan dosa kpd kita. Kes pertama adalah pelaburan akhirat yg haq, manakala kes kedua adalah pelaburan akhirat yg batil. Fikirkanlah, kalaulah yg kita ajar itu bid'ah yg mengakibatkan kita terkeluar dari Islam, i.e. menjadi kafir tanpa kita sedari, kita mengajak orang Islam menjadi kafir, amatlah besar dosanya! Wal iya zubillah.
Mengajar dan menyemarakkan as-Sunnah
Hadith di bawah ini wajib dijadikan pedoman dan panduan bagi orang iman. Kerana begitu besar ganjaran pahalanya. Di dunia manusia inginkan laba dan keuntungan yg halal dengan membuat pelbagai pelaboran, dengan harapan menjadi kaya, senang dan mewah apabila pelaborannya menghasilkan dividen yg tinggi setiap tahun - mungkin sekali mungkin dua kali mendapat dividen setahun.
Hadith berikut memberitahu pula pelaburan akhirat yg mendatangkan begitu banyak ganjaran pahala, malah lebih kekal pula, kerana jikapun kita sudah nmati pelaburan terebut kekal mengirimkan ganjaran pahala sehingga kiamat dunia! Pelaburan dunia tidak kekal, tetapi pelaburan akhirat kekal - mengirimkan pahala sebelum kiamat dan mendapat kejajikan pula di akhirat.
KIta teliti hadith berikut sebagai panduan untuk kita memulakan langkah memperbanyakkan pelaburan akhirat dan dengan mudah mendapatkan dividen akhiratnya.
Diriwayatkan hadith daripada Kathir bin Abdullah bin ‘Amru bin ‘Auf al-Muzaniu (r.a), menceritakan hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan satu sunnah dari sunnahku maka beramal dengan dia oleh manusia, adalah baginya seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya tidak mengurangi (atau dikurangi) sedikitpun pahala mereka yang mengamalkannya. Dan barangsiapa membuat bida’ah (yakni, pembaharuan dalam amalan dan ibadat, yang tidak termasuk dalam syariat Islam yang disampaikan oleh Rasulallah (s.a.w)) (dan diajarkannya pula kepada orang lain) maka mengamalkan (dan mengajarkannya) dengan bida’ah itu, ada atasnya (yakni, ditanggungnya) dosa barangsiapa mengamalkan dengannya (dan) tidak mengurangi atau dikurangkan dari dosa barangsiapa beramal dengannya sedikitpun (yakni, dosa mereka yang mengamalkannya ditanggung oleh yang mengajar manakala dosa yang mengikut ajarannya juga akan ditanggung pengamal olehnya).’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Mengajarkan dan menyemarakkan yg batil i.e. bid'ah
Sebaliknya, hadith berikut pula memberikan kita panduan bahawa janganlah mengajar dan mengembangkan sesuatu yg batil, iaitu yg tidak disuruh dan yg tidak di redhai oleh Allah (a.w) dan RasulNya. Maka kita mendapat kiriman dosa. Ingatlah, tiada siapapun di dunia ingin melabur sesuatu yg mengakibatkan kerugian. Itu perbuatan yg bodoh. Tapi, di dunia begitu ramai manusia, termasuk orang Islam yg melabur demi kebatilan - sama ada secara sedar ataupun tak sedar. Kita yg Islam tidak hiraukan pelaburan akhirat yg batil oleh mereka yg bukan Islam. Tapi, kita merasa terkilan apabila ramai umat Islam yg melabur untuk kebatial akhiratnya. Mereka mengajarkan dan mengembangkan kebatilan, terutama bid'ah, walhal mereka adalah semakin hari semakin menghampirkan diri mereka ke jurang neraka. Cuba kita teliti hadith berikut:
Menceritakan hadith daripada Kathir ibn Abdullah (r.a), hadith daripada bapanya, hadith daripada datuknya yang berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa menghidupkan sunnah dari sunnahku (yang) sungguh-sungguh (telah) dimatikan (atau dilupakan) sesudahku (yakni, setelah ketiadaanku), maka bahawasanya baginya pahala seperti pahala barangsiapa yang beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak dikurangi (atau mengurangi) dari pahala manusia yang beramal dengannya sedikitpun. Dan barangsiapa membuat dan mengajarkan bid’ah tidak redha atasnya Allah (a.w) dan RasulNya, maka sesungguhnya diberatkan (atau dipertanggungkan) atasnya dosa seumpama dosa barangsiapa beramal dengannya dari kalangan manusia, tidak mengurangi (atau dikurangi) dosa manusia yang mengamalkannya sedikitpun.’ [Hadith sahih Ibnu Majah]
Mudah-mudahan kita sempat bertaubat dan memperbaiki keimanan kita, sempat mencari ilmu dan membetulkan asas amalan dan ibadah kita, mengenal yg batil dan menerima serta mengamalkan yg hak. Hentikanlah sebar yg batil dan bertaubat dan hentikan mengajar dan mengembangkan yg batil, terutama bid'ah. Amin
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment