Wednesday, January 26, 2011

Kata-kata Hikmah Hari Ini

Assalamualaikum,
Saudara, 
kata-kata hikmah hari ini agak terlewat disampaikan dalam blog ini. Namun daripada tiada eloklah terlambat, tetap kita tatapi kata-kata hikmat itu.Dalam blog ini kita sering diperingatkan bahawa konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu seringkali silap ditakrifkan oleh ramai orang, termasuklah segolongan besar para ulama' dan ilmuwan arus perdana yg rata-rata mengakui diri mereka pengikut fahaman kemazhaban, khususnya Mazhab as-Syafie.
Sehubungan itulah, sesiapa yg berlainan pendapat dan amalan  mereka menuduh orang yg berfahaman yg berlianan dari mereka, terutama jika tidak ikuti fahama kemazhaban, mereka dicop atau dianggap sama ada tersesat ataupun mengikuti aliran Wahhabi. malah jika kita katakan ada beberapa amalan dan perlakuan meeka itu tersasar jauh dari yg hak, mereka akan berang dan marah. Sehinggakan jika kita beramal dan beribadah mengikut spesifikasi as-Sunnah atau sunnah Rasulallah (s.a.w) pun mereka gam sebagai mengikuti fahaman Wahabbi!
Saudara, 
kalau saudara semak satu makalah JAIS dan JMNS bertajuk 'Ajaran Islam Jema'ah', mereka membuat keputusan dgn sandaran fatwa bahawa kononnya ada banyak perkara yg diamalkan oleh mereka yg menggelarkan diri mereka 'Islam Jema'ah' sebagai tersesat. Sehubungan itu, mereka salinkan hadith berikut, yg mereka kata tidak boleh dijadikan asas ketetapan dalam Islam yg mengikuti golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah', kata mereka. Kita lihat hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Darimiyi bahawa Omar b Khattab (r.a) berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, benar-benar faham tentang Islam) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat, bahagia dan berkat) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selain kefaqihan (tentang Islam dan syariatnya berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah dan secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Saudara, Imam ad-Darimiyi adalah salah seorang ulama' hadith atau muhadithin, kerana beliau juga mengupul hadith. Namun, Imam ad-daramiyi lebih memfokuskan pengutipan atau pengumpulan hadith-hadith tentang tajuk atau perkara 'jema'ah' dan 'keimaman', i.e. kepimpinan umat Islam. Hadith ini bukan disabdakan oleh Rasulallah (s.a.w) tetapi disebutkan oleh Omar b Khattab (r.a), iaitu khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg kedua selepas Abu bakar as-Siddiq (r.a). Mereka kata tak boleh terima preskripsi hadith ini.
Kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa selepas beliau wafat, umat Islam hendaklah ikuti dua orang dalam melaksanakan tuntutan Islam, iaitu Abu Bakar dan Omar (r.a), kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa Allah (a.w) membenarkan kata-kata Omar (r.a). Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu dalam as-Sunnah bahawa jikalah Allah (a.w) ingin melantik seorang nabi, jikalah ada nabi selepas beliau, nescaya orang yg akan dilantik nabi adalah Omar (r.a). Begitulah tingginya status Omar (r.a) dalam Islam. malah, pasti saudara telah mendengar para ulama' menyebutkan ada beberapa ketatapan Islam yg dimungknkan oleh hasrat Omar9r.a), antaranya dalam perkara 'aurat' umat Islam. Tambahan pula Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu, merangkumi sunnah beliau dan sunnah para khalifah yg empat. Maksudnya, hadith ini sah dijadikan asas ketetapan atau hukkum syar'i dalam Islam.
Saudara, kata-kata hikmah Omar (r.a) ini ada asas yg kokoh, iaitu ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran bilamana Allah (a.w) perintahkan umat Islam anuti Islam secara berjema'ah dan menepati pula as-Sunnah apabila Rasulallah (s.a.w) menyebut tentang 'jema'ah', 'Imam' atau umumnya kepimpinan dan kerajaan dalam Islam. Jadi Omar (r.a) tidakm bercakap tanpa nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah. maka kata-katanya pasti benar. malangnya para ulama dan ilmuwan arus perdana tidak mahu terima hadith Omar (r.a) ini kerana mereka tidak faham Islam dan tidak faham hakikat apa yg dimaksudkan dgn 'as-Sunnah' itu.
Insya Allah, kita akan mulakan penelitian kita tentang isu 'jema'ah' dan apakah yg dimaksudkan dgn konsep dan hakikat serta kaedah perlaksanaan dan sistemnya dalam post-post yg akan menyusul nanti, insya Allah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment