Assalamualaikum,
saudara, kita telah bincangkan bahawa kalaulah Islam dan syariatnya sudah disempurnakan sebelum institusi kemazhaban diwujudkan, selepas Islam bertapak di bumi 200 atau 300 tahun kemudian, maka dalam satu dimensi fahaman kemazhaban adalah pembaharuan dalam sistem Islam. Setiap yg baru yg tidak termasuk dalam ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, pastilah suatu kebatilan. [Nota: Sila rujuk apa kata para imam yg dikatakan mengasaskan mazhab dalam post yg lalu].Cuba kita teliti fahaman kemazhaban ini semata-mata sebagai satu topik untuk perbincangan sahaja.
Mazhab, Jema'ah dan Imam
Ada orang berilmu dalam Islam menyebutkan bahawa untuk diakui sebagai tergolong dalam 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, wajib mereka anuti Islam secara bermazhab. Ini timbul kerana wujud institusi keImaman dalam syariat Islam, i.e. 'ulil amri'. Tanpa imam, kata mereka, yg empat itu umat Islam tidak ada panduan dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w)! Kerana adanya imam yg empat itulah umat Islam mudah dipandu dalam mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w). Pengikut Mazhab as-Syafie berimamkan Imam as-Syafie. Pengikut mazhab Maliki berimamkan Imam Malik b Anas sebagai pemimpin mereka dalam ugama di akhirat kelak, kata mereka yg mengikuti fahaman Mazhab Maliki. Dan, seterusnya.
Saudara, di akhirat kelak semua manusia dari Adam (a.s) sehinggalah orang terakhir dilahirkan di dunia ketika kiamat dunia, akan dibangkitkan (i.e. dihidupkan semula) untuk diadili - apakah mereka layak ke syurga atau hanya sesuai untuk neraka. Orang yg syirik, yg kafir, yg kufur, yg munafiq, yg fasiq, yg menzalimi diri - amnya yg berdosa akan dicampakkan ke dalam neraka dan kekal di dalamnya tanpa dihisab atau yg ada keyakinan hati bahawa Allah (a.w) itu wujud akhirnya akan diberi peluang masuk syurga. Orang Islam yg Islamnya dipandu oleh al-Quran dan as-Sunnah dan menepati syarat berjema'ah akan dihisab dan diberikan Kitab Catatan Amalan masing-masing yg menentukan apakah layak menduduki syurga atau perlu dibersihkan dahulu dalam neraka sebelum diberi peluang tinggal di syurga.
Disaat itulah semua yg Islam berdiri dibelakang imam (pemimpin) mereka. Inilah gambaran yg diberikan oleh Ayat berikut:
Firman Allah (a.w): 'yauma nad'u kulla unasin bi-imamihim ...' (yang bermaksud: Pada suatu hari (i.e. hari itu) kami panggil setiap umat dgn imam-imam (i.e. pemimpin) mereka ...') [Ayat 71, Surah al-Isra'], kemudian barulah Kitab Catatan Amalan diserahkan kpd setiap seorang yg Islam yg menepati tuntutan al-Quran dan as-Sunnah yg dibawakan oleh para rasul dan nabi mereka. Ayat ini menunjukkan bahawa mereka yg mengatakan imam as-Syafie, Imam Maliki, Imam Hanbali dan Imam Abu Hanifah itu imam-imam mereka adalah tersilap. Kerana kesemua mereka itu sudah lama tiada lagi, walhal imam-imam yg didepan jema'ah yg berhimpun depan Allah (a.w) adalah imam-imam yg hidup zaman masyarakatnya atau jema'ahnya untuk menjadi saksi kehidupan mereka semasa di dunia dulu mereka berpandukan syariat ugama Allah (a.w) yg dibawakan oleh para rasul atau nabi zaman mereka atau tidak!
Saudara, yg berhimpun di belakang imam masing-masing itu adalah mereka yg mengabdikan diri mereka menepati syariat ugama Allah (a.w) zaman mereka. Contoh: Zaman Ibrahim (a.s), zaman Musa (a.s) atau zaman Isa (a.s) dan juga zaman Rasulallah (s.a.w). [Nota: Umat Islam yg mengamalkan Islam mengikut syariat Rasulallah (s.a.w) pula akan berhimpun di belakang imam-imam mereka - imam-imam yg memerintahkan jema'ahnya berpandukan syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru sebagai pemimpin yg menyaksikan keIslaman kaumnya, imam-imam tersebut hendaklah orang yg hidup sezaman dgn jema'ahnya].
Saudara, yg berhimpun di belakang imam masing-masing itu adalah mereka yg mengabdikan diri mereka menepati syariat ugama Allah (a.w) zaman mereka. Contoh: Zaman Ibrahim (a.s), zaman Musa (a.s) atau zaman Isa (a.s) dan juga zaman Rasulallah (s.a.w). [Nota: Umat Islam yg mengamalkan Islam mengikut syariat Rasulallah (s.a.w) pula akan berhimpun di belakang imam-imam mereka - imam-imam yg memerintahkan jema'ahnya berpandukan syariat Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w). Justeru sebagai pemimpin yg menyaksikan keIslaman kaumnya, imam-imam tersebut hendaklah orang yg hidup sezaman dgn jema'ahnya].
Jazakallahu khairah
(Bersambung ...)
No comments:
Post a Comment