Monday, January 31, 2011

Solat-solat Sunat: Solat Witir (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah dapat tahu dalam post sebelum ini bahawa Solat Witir itu walaupun tidaklah 'wajib' sebagaimana wajibnya solat-solat fardu, tetapi seakan-akan wajib kerana disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) dan di sukai oleh Allah (a.w) sesiapa yg mengerjakannya. Tambahan pula nilainya pada Allah (a.w) adalah besar. Mereka yg mengerjakan Solat Witir digelar 'Ahli al-Quran' pula. Oleh itu wajarlah kita yg ingin mengkotakan Azam Tahun Baru kita supaya sementara kita masih bernafas membuat sebanyak mungkin pelaburan akhirat demi kesejahteraan akhirat kita.
Soalnya? Bilakah waktu-waktunya Solat Witir itu? Jika kita terlepas, yakni ternyenyak tidur dan sempat mengejakannya bagaimana?
Kita semak ketetapan as-Sunnah mengenai dua isu ini dalam beberapa potongan hadith, antaranya adalah hadith-hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Kharijah Ibni Khuzafah al-‘Adawii (r.a) berkata: ‘Keluar Nabi (s.a.w) atas kami, (yakni, datanglah Nabi (s.a.w) kepada mereka) maka bersabda dia: ‘Bahawasanya Allah (a.w) sungguh menambah pada kamu sekelian dengan (urusan) solat, dan adapun solat (yang ditambah) itu baik bagi kamu sekelian daripada unta merah, iaitu solat Witir, dijadikan bagi kamu sekelian oleh Allah (a.w) di dalam waktu antara solat Isya’ hingga apabila keluar (terbit) fajar (yakni, solat Subuh).’ [Hadith  Ibnu Majah & Abu Daud]. 
Hadith berikut menjelaskan bahawa Rasulallah (s.a.w) mensolatkannya terkadang di awal malam, terkadang pertengahan malam dan terkadang ketika sepertiga terakhr malam. Di dalam hadith lain disebutkan bahawa Abu Bakar as-Siddiq (r.a) bersolat Witir sebelum tidur kerana takutkan tertidur terlepas waktunya, makankala Omar ibni Khattab (r.a) pula, yg memiliki keuatan mental yg tinggi, mesolatkan sebelum tiba waktu Subnuh.
Diriwayatkan hadith daripada ‘A’masy daripada Muslim bin Masyruq (r.a) berkata: ‘Bertanya aku kepada Aisyah (r.ah): ‘Bila ada solat witir Rasulallah (s.a.w)?’ Berkata Aisyah (r.ah): ‘Tiap-tiap demikian (malam) sungguh-sungguh berbuat solat witir (oleh Nabi (s.a.w)), (iaitu) pada awal malam dan pada pertengahan malam dan pada akhir malam, dan akan tetapi berhenti dia solat witir demikian ketika tua dia dan berwitir waktu sahur.’ [Hadith Abu Daud, Kitab Solat].
Berapa rakaatkah Solat Witir itu? Soalan ini dijawab oleh hadith berikut, iaitu sekurang-kurang satu rakaat dan sebanyak-banyaknya lima (5) rakaat: 
Diriwayatkan hadith daripada Abi Ayub al-Ansari (r.a) berkata: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) telah bersabda: ‘Witir itu wajib. Maka barangsiapa mengkehendakinya maka Witirlah lima rakaat. Dan barangsiapa berkehendakan dengan tiga rakaat (solatlah witir tiga rakaat). Dan barangsiapa berkehendakan (satu rakaat) maka Witirlah dengan satu rakaat.’ [Hadith Ibnu Majah].
Kemudian, kalaulah kita terlalu letih sehinggakan tidak sempat bangun sebelum tiba waktu Solat Subuh, bagaimana? Soalan ini dijawab oleh hadith berikut. [Nota: Jawapan ini sama dgn jawapan kepada masalah kita tertinggal waktu solat fardu, kerana terlupa atau tertidur].
Diriwayatkan hadith daripada Abi Said (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Man nama ‘an witri au nasiyahu fa-yusallahi iza zakarahu.' [yg bermaksud: Barangsiapa tertidur daripada mengerjakan solat Witir, atau terlupa, maka bersolatlah Witir ketika ingat dia.][Hadith Abu Daud]. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan bahawa jikalah kita tertidur, tak sempat bangun sebelum masuk waktu Solat Subuh, untuk mengerjakan Solat Witir, maka hendaklah kita solatkan Solat Witir ini apabila kita bangun, tak kira bila waktunya di pagi hari. Begitu jugalah ketetapan as-Sunnah mengenai Solat Subuh. kalau kita tak terjaga, dan matahari sudahpun terbit atau meninggi, dan kita belum Solat Subuh, maka hendaklah kita solatkan ketika terjaga dari tidur. Dan, kalau kita terlupa mengerjakan Solat 'Asar ketika petang, maka hendaklah kita solatkan ketika teringat kita yg kita belum Solat 'Asar walaupun matahari sudah terbenam.
Jelaslah, hadith di atas itu seolah-olah menunjukkan kpd kita bahawa Solat Witir itu 'wajib', kerana jika tertidur atau terlupapun, kita disuruh solatkan apabila kita teringat dan apabila kita terjaga dari tidur - seolah-olah tak boleh tidak. Soalnya: adakah kita telah membiasakan diri mengerjakan Solat Witir ini? Atau, hari ini baru kita tahu bahawa Solat Witir itu wajib disolatkan setiap malam? 
Saudara, kita diberitahu juga dalam as-Sunnah bahawa orang yg kasihkan Allah (a.w) pastilah Allah (a.w) kasihkan dia, sehinggakan disebutkan sebagai bidalan bahawa jika kita menapak menghampiri Allah (a.w) selangkah, Allah (a.w) berlari-lari untuk menemui kita.  Maka, orang yg dikasihi Allah (a.w) itu amat beruntung, kerana dijamin syurga oleh Allah (a.w). Antara orang yg dikasihi Allah (a.w) adalah orang yg mengerjakan Solat Witir.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment